Awet Muda Dengan O2 Bubbly Bright Dan Nano Bio-Cellulose Mask


Awet Muda Dengan O2 Bubbly Bright Dan Nano Bio-Cellulose Mask | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bila balik dari bercuti terus dapat parcel produk dari B.Liv. Macam tau-tau ja my face need some treatment. Balik dari pulau hari tu muka makin gelap, kering dan mengelupas. Nak nangis pun ada. Dah la gelap dah sebab kerja tengah panas. Bila mandi laut makin gelap la...

O2 Bubbly Bright (Oxygenating Mask)


Sampai ja rumah terus try mask O2 Bubbly Bright (Oxygenating Mask). Mula-mula cuci muka dulu dengan cleanser cetaphil. Make sure dah bersih baru la apply O2 bubbly bright ni. Dia ada spatula tau. Guna spatula tu.. Tak payah nak celup jari dalam bekas tu dah. 


Letak kat tapak tangan sikit dan sapu lah seluruh muka. Urut-urut manja gitu. Tak sampai beberapa saat, akan ada bubble muncul penuh satu muka tau.. Rasa tau bubble tu muncul. Rasa best ja bila bubble mula terbentuk kat muka ni. Lama kelamaan bubble tu akan hilang. Bila bubble dah hilang, tasha urut muka sekali lagi. Biarkan dalam 10-15 minit. Kemudian baru la basuh dengan air sampai bersih. Serius lepas ja basuh tu muka jadi lembut. Best ja pegang. 



Yang best pasal mask ni dapat cerahkan kulit, buang segala dead skin dan bersihkan muka kita ni. O2 Bubbly Bright ni diperbuat daripada 3 bahan utama iaitu o2 Bubble (Purifying) yang boleh cuci pores kita yang tersumbat tu, rice powder (brightening) yang memberi kelembapan dan mencerahkan wajah, dan Red Soft Beads (exfoliating) yang mampu menyingkirkan dead skin. Bila dead skin dah tak ada, barulah rasa muka kita ni lembut ja. 


Nano Bio-Cellulose Mask  


Tasha rasa ni pun salah satu mask yang mempunyai inovasi. Biasanya kalau sheet mask macam ni material dia macam tisu basah tu kan. Tapi yang special sheet mask ni ia macam jelly sheet mask. Inilah yang di panggil Nano Bio-Cellulose. Dimana fibre mask ni 1000x lebih halus dari rambut manusia dan lagi mudah untuk khasiatnya diserap oleh wajah. Then mask yang macam ni mempunyai tahap kelembapan yang lebih tinggi berbanding mask biasa yang cepat kering. 

perbezaan nano bio-cellulose mask dengan mask biasa. 

Mask ni ada 3 jenis iaitu hydrate away (moisturizing bio-cellulose mask), age eraser (Youth Preserving bio-cellulose mask) dan soothe me now (soothing bio-cellulose mask).

Hydrate away (moisturizing bio-cellulose mask)


Biasa lah kalau hydration mask ni dia lebih kepada memberi kelembapan kepada kulit. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering, mask ni sangat sesuai untuk anda. 

Age eraser (Youth Preserving bio-cellulose mask) 


 Untuk age eraser mask ni pulak dia mengembalikan keremajaan kulit wajah kita. Segala kedut-kedut akan berkurang bila selalu pakai dan wajah akan lebih anjal. 

 Soothe me now (soothing bio-cellulose mask)


Soothing mask ni pulak dia lebih kepada repair our skin. Mask ni pun boleh melembapkan kulit dan mengurangkan garis halus di wajah kita. 

Jaring yang ada di depan dan belakang mask

Cara nak pakai mask ni senang ja. Koyak sachet mask. Lepas tu buka jaring yang ada di depan dan belakang mask tu. Lepas tu letak elok-elok kat muka. Biarkan dalam 15-20 minit baru boleh remove. 

Lepas dah remove. Urut muka perlahan-lahan biar saki baki mask tadi betul-betul meresap dalam kulit kita. Baru la pakai skincare yang lain. 

Tasha memang suka pakai mask. Tapi bukan mask yang jual RM1 satu tu tau. Serius menyesal beli mask yang murah macam tu. Sangat-sangat tak sesuai dengan tasha. So, bila nak pakai mask tasha akan pastikan mask tu betul-betul berkualiti. Biarpun mahal sikit tapi berbaloi dengan hasil yang kita dapat. 

Apa-apa yang kita pakai pun mestilah secara berterusan baru boleh dapat lihat kesannya. Kalau jenis yang ada kesan cepat tu sangat bahaya tau. Entah bahan apa yang dia letak tu. 

B.Liv
Healthy Pores
Healthy Skin

Trip Ke Sabah - Hari Pertama


Trip Ke Sabah - Hari Pertama | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha nak share dengan korang trip badget tasha. Tasha pergi trip ni dari KL dengan 3 orang kawan dan sorang kawan dah tunggu  di Sabah. 


Hari Pertama 15 Ogos 2017

Flight kami ke sabah pada pukul 5.35 pm. Tapi disebabkan cuaca yang kurang elok sejak akhir-akhir ni, banyak flight yang delay. Termasuklah flight kami. Mula-mula delay sampai 6.30.. Lepas tu delay lagi sampai 8.20 pm... So, agak lewat jugak la kami sampai masa tu. Lebih kurang pukul 11 lebih. Disebabkan flight kami delay 2 jam lebih, kami pun dapatlah burger sebiji.. Jadi lah untuk alas perut. 


Bila bagitau orang tiket yang kami dapat ni murah gila. Ramai yang tak percaya. Kami dah booking tiket ni dalam bulan 11 tahun lepas. Kami grab masa promo.. So, sorang boleh dapat RM9.58. Lebih kurang RM10 la. Pergi balik dah RM20. Jimat kan...

Masa pergi semua bag baju kami bawak masuk cabin. Just pastikan beg tak lebih 7kg la.. Risau jugak takut terlebih berat sampai sanggup ambil penimbang ikan sebab nak timbang beg ja.. hahaa...

Masa balik ja kami amik baggage 15 kg. Faham-faham ja la.. bila shopping banyak benda nak beli kan. tu pun 15 kg kami share 3 orang (sorang 5KG je). Nampak sangat trip badget kan.

Total flight KL-KK-KL + baggage 5KG = RM31.80

Untuk hari pertama ni jugak kami tak ambil kereta sewa lagi. Kami ingat nak amik grab ja kan. Tak berbaloi sewa kereta sebab kami sampai dah malam kan. Alhamdulillah, rezeki member datang jemput. Kebetulan malam tu dia free. Lagi jimat la kami. Terus bawak kami check in kat Sakot Hostel. 


Sakot Hostel ni tasha booking last minute la jugak. Dalam dua hari lagi nak pergi baru booking. Nasib baik ada kosong jugak walaupun hari pertama bilik lain, hari kedua bilik lain. Tapi bilik dia cantik kot. Bersih, sangat selesa, ada laundry... Pekerja dia macam pramugari dah pakaian dia. Layanan sangat tiptop. 

gambar dari agoda ye.Hari tu tak sempat nak snap.

Satu malam di Sakot tasha dapat RM73 diskaun 30% . Booking guna apps Agoda tau. kalau booking melalui web agoda mahal sikit dalam seringgit. Kalau booking direct dengan Sakot tak dapatlah diskaun 30%... Booking direct dengan Sakot harga lebih kurang RM110 satu malam. 

Total 2 malam di Sakot Hostel adalah 170.96 termasuk tax and fees. 
Kalau bahagi 3 jadi RM57/seorang

Sampai di tempat penginapan pun dah lewat. Memang tak sempat la nak jalan-jalan malam tu. Terus tidur, tunggu next day pulak... Kita ke pulau.........


Trip Ke Sabah - Hari Kedua 16 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Ketiga 17 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Keempat 18 Ogos 2017 
Trip Ke Sabah - Hari Kelima 19 Ogos 2017



Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018

Promo Kekosongan Tempat di UA bagi Permohonan Rayuan Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2017/2018 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. First of all, tasha nak ucapkan tahniah kepada bakal mahasiswa/wi yang telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar tu. 

Bagi yang tidak mendapat tawaran, masih tak terlambat untuk anda buat rayuan. Pilih kos yang kurang saingan dan anda rasa boleh bawak. Jangan pulak pakai bedal je ambik kos tu.

Ni ha ada promo kekosongan.. So, boleh la tengok dah pilih kos yang anda rasa sesuai dengan anda..




Sekiranya dah tak ada kos yang anda minat.. Jangan putus asa.. Inshaa Allah, ada rezeki yang lebih baik.. Apply semula untuk intake Feb nanti.. 

KLAIRS | Mid-day Blue Sun Lotion & Mochi BB Cushion Pact


KLAIRS Mid-day Blue Sun Lotion & Mochi BB Cushion Pact  | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Simple But Enough... Itulah tagline bagi satu brand kosmetik korea yang terbaik. Kali ni tasha nak kenalkan korang dengan dua produk Klairs yang mendapat tempat dalam hati peminat makeup korea.

Kalau bagi gadis korea yang paling dorang suka pakai adalah bb cushion dan juga sunblock. Kiranya dua product ni memang wajib ada dalam beg tangan dorang. Dengan dua produk ni pun dah boleh jadikan kita cantik. Tak perlu mekap tebal-tebal pun. Just simple je tapi perfect. 


Klairs Mid-day Blue Sun Lotion



Untuk pilih sunblock yang terbaik, kita kena pastikan tekstur sunblock tu jenis mudah meresap dengan kulit. Kalau perasankan sesetengah sunblock tu tekstur dia terlalu padat sampaikan susah nak meresap dalam kulit. Dah tu sampai melekit-lekit. 

Sampailah jumpa Mid Day Blue Sun Lotion ni. Sunblock ni sangat penting tau. Benda wajib pakai. Duduk tengah panas ka, teduh ka kena jugak pakai. Sebab sinar UV ni tetap ada walaupun ditempat teduh. Sun Lotion dari Klairs ni dapat protect kulit kita dari sinar UV. Tekstur sun lotion ringan dan mudah meresap ke dalam kulit tapi dia tak keringkan kulit kita tau. Dia dapat stabilkan kelembapan di kulit kita. 

Kalau nak pakai sunblock harian make sure SPF dia 35 ke atas. Dan ternyata Mid Day Blue Sun Lotion ni mempunyai SPF 40/PA++. Kalau kita berjemur tengah panas pun, sun lotion ni dapat protect kulit dari bahang matahari. So tak ada la muka jadi merah macam udang kena bakar. Malah muka akan jadi glow gitu. Lagi satu disebabkan ia mempunyai tone yang natural jadi sun lotion ni jugak boleh dijadikan sebagai base make up. 

Cara nak apply sangat senang.

1. Pastikan pakai 15 minit sebelum keluar.
2. Pakai dulu skincare korang sebelum pakai sun lotion ni. Pastikan sun lotion betul-betul meresap baru pakai make up ye. Better guna span tau. Lepas tu baru lah boleh apply make up korang. Tak pun lepas pakai sun lotion ni, apply je BB Cushion. Dah siap.
3. Kalau korang berjemur tengah panas lama sangat. Apply semula sun lotion ni setiap 2 jam.

Mochi BB Cushion


First impression pasal Mochi bb cushion ni semestinya packaging dia yang sangatlah comel dan lain dari yang lain. Sangat ekslusif. Pact BB Cushion ni sangat portable dan boleh dibawa ke mana-mana ja. BB Cushion ni juga mempunyai built in cap case yang lebih hygenic. Yang mana boleh tutup dan buka. Ini penting bagi mengelakkan kandungan BB Cushion ni menjadi kering dan tak mudah keluar kalau terbalik pun. Ia memberikan ciri-ciri keselamatan dan kebersihan pada pact bb cushion.

Mochi BB Cushion ni direka khas sebagai balm-type product. Which is, teksturnya lebih baik dari cecair dan mampu menutup pores. BB cushion ni memberi finishing yang fresh pada wajah dan flawless. Tak ada la nampak pucat, tak bermaya je muka.

Kalau perasan kat muka kita ni ada part yang tona tak sekata kan. Pastu ada macam merah-merah kat muka. So, tone bagi BB Cushion ni adalah apricot-beige. Jadi ia dapat menaturalkan kesan merah-merah kat muka untuk sekatakan wajah dan nampak look yang natural.

Mochi BB Cushion ni juga ada SPF 40. Jadi boleh juga dijadikan sebagai sunblock dan kalau korang nak touch up semula wajah korang pun sesuai. jadi tak perlulah nak pakai sun block lain dah. Korang boleh apply BB cushion ni dengan 3 cara. Pilih lah jenis coverage yang macam mana korang suka.


Cara nak apply BB Cushion ni pun senang je.
1.Korang pakai dulu skincare harian korang. Gunakan span yang diberi then dap dap kat muka. Start dari tengah then baru la ke tepi tepi.


Klairs Trial Sample Set 



Selain dari dua product kat atas, tasha jugak dapat 7 jenis set trial kit daripada Klairs. Setiap kit ini mengandungi 3ml sampel produt sahaja. So, kalau yang baru nak try product dari Klairs belilah dulu trial kit ni. Lepas tu confirm korang akan beli set besar terus. hehe...

Antara sampel yang tasha dapat ni adalah:

1. Gentel Black Deep Cleansing Oil
2. Supple Preparation Facial Toner
3. Supple Preparation All-over Lotion
4. Illuminating Supple Blemish Cream SPF 40/PA++
5. Rich Moist Soothing Serum
6. Rich Moist Soothing Cream
7. Midnight Blue Calming Cream

Cara Dapatkan Product Klairs

Korang boleh dapatkan product klairs ni sama online mahupun offline di store yang terpilih. Ataupun boleh je direct ke website Hermo Malaysia

Kalau korang nak dapatkan info yang lebih detail pasal product Klairs ni boleh je terus ke Website Klairs. 


Website Hermo: https://goo.gl/kg3uKA



Simple But Enough



CARA MUDAH PINDAHKAN DUIT DARI KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)

kredit: google

CARA MUDAH PINDAHKAN DUIT DARI KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M) | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga penyelesaian bagi KADS1M ni. 

Dah macam-macam masalah timbul dari kads1m ni. Masalah kad belum sampai la, jauh dari cawangan bank rakyat yang dipilih la. Memang makan kos banyak la kalau nak pergi ambil kad di cawangan yang dipilih. Lagi sakit hati bila pergi kad tak ada. 

Jadi tasha terjumpalah solution bagi masalah ni dekat Facebook. Dan dah berjaya transfer pun dari akaun kads1m ke akaun bank rakyat tasha.

Benda wajib yang korang perlu ada akaun bank rakyat. Kalau belum ada, boleh buka ye. Minimum bukak akaun bank rakyat cuma RM20 je. Bila dah ada akaun dan kad ATM bolehlah follow step kat bawah ni yang dikongsi oleh @_aliaamazlan . Tapi ni tasha dapat dari facebook (KosukeWarez)

Masukkan kad

Pilih butang Lain-Lain

Pilih T-Pin Perbankan Internet

Masukkan nombor telefon korang
untuk (TAC)

Masukkan PIN yang mudah ingat

Taip semula PIN

DONE first step


google irakyat


klik Personal Banking



Klik First time registration


klik gambar yang ada kad tu


Isi semua yang diperlukan





tekan "Click Here" untuk log in


klik OK dalam pop up tu.
Then Log in ikut username dan password korang


make sure PREFERRED NAME tu sama macam yang korang taip tadi


Klik Account Info


Klik Account Overview.


Kat sini korang akan nampak 2 bank rakyat. 
1.account bank rakyat yang korang selalu guna tu.
2. account Kadsim

Untuk transfer klik TRANSFER dari account KADS1M ok.



Korang tak boleh ambil RM250. kena tinggalkan RM10 dalam tu ok.


Dah Berjaya. Jangan Boros pulak.






Terima kasih pada yang sudi share. Sangat-sangat membantu rakan diluar sana. Selamat mencuba. 


August Born

August Born | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Eh kejap je dah nak masuk Ogos. Dan bertambahlah satu angka lagi umur tasha ni... Cepatnya masa berlalu... 

Tengah scroll kat facebook ternampak la design baju ni... Untuk anak kelahiran ogos je la... 

Ada yang nak hadiahkan kat tasha tak?? hehe..

Selain baju, design ni ada juga dicetak pada mug, casing phone, hoodies.. dan korang boleh pilih warna yang korang suka... 


August Born
The Most Difficult one to understand!
They are very smart and can get bored easily.
Known flirts but they are very loyal in true realtionships
They have a hard time sitting still.
With their childlike energy, they're forever young.
They are masters at being random.
They have an answer for everything.
They can change their mind in a second.
Lovers not fighters but they will still knock you out.
They will not take crap from anyone.

Kalau korang berminat nak beli boleh terus klik ke link ni >>> https://www.teezil.net/8