AWASI BICARAMU



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. 
"Kata-kata orang pendiam itu lebih tajam seperti pisau menusuk apabila dia mula berbicara, namun kata-kata yang selalu bercakap kosong dan sia-sia itu langsung tidak memberi kesan apa-apa sekalipun dia memberi nasihat"

Mukadimah sikit... faham dak???  orang pendiam ni sebenarnya bukannya tak banyak bercakap, cuma dia lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap benda kosong... cuba kita tengok dalam kehidupan seharian kita... berapa puluh patah perkataan yang keluar dari mulut kita... banyak kan... ok.. berapa patah perkataan kata-kata kita hari ni berilmu, bermanfaat, tidak sia... sikit ja kan.... kita lebih suka banyak cakap kosong, gosip, mengumpat... huh.... astaqfirullahalazim.... banyak sungguh kita mencipta dosa seharian... 

tersedarnya hari ini, apabila kita keluarkan kata yang ternyata sia... langsung tak bermanfaat kepada orang lain bah kan tidak sama sekali bermanfaat kepada kita... habis apa yang kita belajar selama ini... hanya hafal semata untuk exam, ataupun manfaat untuk kehidupan seharian kita???

Seriously, tasha cakap.. tasha bukan seorang yang suka pot pet pot pet... (bukan nak bangga diri tapi itulah kenyataannya). kadang-kadang bila tak ada apa yang nak di cakapkan, tasha akan diam.. terfikir jugak dengan kawan sebelah.. "dia boring ka kawan dengan aku ni. aku ni tak banyak cakap". siapa yang nak jadi pendiam kan... tapi itulah tasha.. tasha hanya akan cakap tentang sesuatu isu yang bagi tasha penting... 

Bila berdua dengan kawan, tasha akan cuba jugak cari idea.. nak bual pasal apa.. tasha cuba jugak walaupun sekejap.. cuma nak hidupkan suasana... kesian kat kawan.. :( sorry kawan sebab dapat kawan yang pendiam ni.. :( 

Namun, orang yang pendiam ni bisa jadi peramah bila kena dengan cara, masa, orang  dan tempatnya... haa... bila tasha dah mula cakap pasal sesuatu isu, jangan di tanya kenapa tak nak diam ok... 

Tapi orang yang pendiam ni kadang-kadang ubi berisi.. kata-katanya berbisa apabila membidas sesuatu isu. nasihatnya menikam jantung... orang yang pendiam ni juga sebenarnya diamnya bukan sia jugak... tapi matanya sentiasa memerhati... Macam tasha sendiri, apabila diam tasha akan memerhati ragam orang sekeliling... macam-macam kita boleh tengok... dan tasha sendiri akan buat satu kesimpulan tentang seseorang tu mengikut pandangan tasha sendiri... kenapa, mengapa... haha.. nasib la...

Malah orang yang pendiam ni sebenarnya bijak mengawal marah dan sabar.. ops, tapi sabarnya ada batas ok... bila sabarnya melebihi tahap, meletuslah nuklear buat sekian kalinya... Tasha bila orang marah, herdik... tasha akan kawal, sabar.... namun bila tembok kesabaran itu runtuh maka lihatlah hasilnya nanti... Dan, tasha juga susah nak marah orang orang... serius tasha bukan jenis suka marah.... Tapi tasha akan nasihat dia dengan kata-katanya yang penuh dengan bunga-bunga berduri... itulah tasha.. tapi selepas kata tu rasa kesihan pulak... 

Bagi tasha sendiri, tasha seorang yang cukup pantang bila orang cakap 'pakai lepas' ja.,, ikut suka dia ja nak keluarkan kata-kata yang tak bermoral.. maki hamun... langsung tidak beradab orang macam tu... bagi tasha apa yang keluarkan dari mulut kita itulah identiti kita...

jadi, sahabat sekalian, kita mulakan lebaran yang baru... toksah la nak bergosip dah, mengumpat apa bagai... kita cerita pasal benda lain.. yang bermanfaat untuk kita... inshaa Allah.. selagi kita menjaga aib orang, Allah SWT pasti akan memelihara aib kita... amin...

salam Blogger
Tasha aqisha




This entry was posted in

JADILAH BLOGGER BERHEMAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... apa itu blogger? apa pulak blogger berhemah... seseorang atau individu yang mewujudkan web sebagai platform untuk bercerita fasal diri sendiri (diari online), berkongsi pelbagai maklumat dan sebagainya... 

macam-macam jenis blog yang kita boleh jumpa. Blog travel, blog shop, personal, food, designer, education, social dan macam lagi. Malah ada juga yang gemar join giveaway dan contest. Ada juga yang mulanya suka-suka ja buat blog... 

apa yang kita dapat bila jadi seorang blogger?
blog kita ni boleh dijadikan sebagai platform untuk mencari pendapatan sampingan.. dengan adanya traffic yang tinggi.. lagi masyuk la... tapi kena ada cara-cara yang betul la... baru berbaloi kita blogging ni... kita kena jadikan usaha kita ni berbaloi dan tidak sia-sia... 

so, apa yang menaikkan nama blog anda? 
pendapat blogger picisan macam tasha ni, banyak sangat blogger yang gemar post pasal artis-artis.. gosip sana sini... kadang-kadang kesian jugak dengan sesetengah artis, terpaksa jadi bahan untuk menaikkan traffic blog dengan menjaja kisahnya... manusia mana yang tak pernah buat silap kan... ni la masalahnya bila jadi public figure ni... sabar ja la... so, no wonder la kenapa blognya terkenal... 

tasha paling tak suka blog yang ada unsur politik dan gosip artis ni... biarlah saya blogging secara berhemah asalkan tidak menyentuh hati dan perasaan mana-mana pihak... tasha tak nak blog tasha terkenal dengan blog yang penuh dengan unsur politik mahupun gosip.. takut nanti info yang di beri salah... siapa yang tanggung dosa... kita juga.... 

biarlah orang tak kenal blog ni pun... asalkan blog ni tak terkenal dengan publisiti murahan... 

Alhamdulillah blog tasha ni banyak menyumbang informasi kepada semua pembaca blog... pendidikan dan percutian...terima kasih.. hasil ber'blogging' , tasha sudah dapat rasa duit hasil blog dah... untuk hidup berkat.. sumbernya mesti lah berkat jugak kan...

Mohon maaf sekiranya entri ni telah menyinggung mana-mana pihak.. tapi ini hanyalah pendapat tasha.. :D 

banyak blogger-blogger yang menyumbang info yang berguna. jadi pilihlah blogger yang berhemah untuk jadi sumber inspirasi...

This entry was posted in

UPSI DAN AKU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... rasanya dah hampir seminggu blog ini terabai. bersawang sangat. Namun, PV masih di tahap yang memuaskan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pengunjung blog tasha. 

hari ni dah masuk hari keempat tasha di upsi. Alhamdulillah.. kenalan, roomate, housemate semua baik-baik belaka.. Ada jugak sesetangah rakan facebook yang dah bersapa. Hari ni ja yang ada masa lapang sikit. Sebab tu la sempat nak update blog yang hampir bersawang ni. (tambahan pula wifi kolej dah boleh guna.. hihi)

Tasha daftar di upsi pada 9/2/2014 hari ahad pukul 8.30... tapi tasha datang hampir pukul 9 lebih.. hahaha... sebab dekat tu yang malas pergi awal tu.... Sampai ja di cafe Khar, orang punya la ramai... nak parking kereta pun susah.. 

bila dah settle urusan pendaftaran tu, tasha terus pergi ke bilik.. roomate tasha orang teganu... lepas soal selidik latar belakang, rupanya dia ni dulu pernah study di UMK... classmate sahabat baik tasha yang turut study di UMK pada masa tu... tanya la lagi... rupanya dia ni juga, classmate form6 dengan kawan tasha yang sorang lagi... Mashaa Allah....kecik betul malaysia ni... pi mai pi mai tang tu jugak.... kebetulan yang bermakna.... Housemate pulak ada orang sabah... lepas ni tasha kena belajar bahasa teganu dengan sabah la... best.. best..

Lepas ja survey rumah, bilik ok la... besar jugak.... tapi...... bilik air kecik, ampaian kecik,dapur kecik,ruang tamu tak macam ruang tamu... nak lepak di ruang tamu pun fikir 10 kali.... Tak macam rumah di blog lama... ruang tamu besar siap ada meja makan... ada balkoni, bilik air pun besar.... kira puas hati la.... 

pukul 1.30 petang, student baru kena berkumpul untuk bergerak ke dewan besar pulak... so, tasha amik kesempatan yang ada untuk keluar shopping dulu... beli apa yang tak beli lagi.... kena beli iron... cerek kena beli... nak makan maggie, minum milo..... 

balik ja shopping terus kemas bilik... susun barang-barang... lepas tu rehat kejap sementara tunggu nak ke dewan besar... ingatkan dekat ja dewan tu... walaupun dewan masih dalam kawasan kolej, kena jugak naik bas... huh...

sepanjang orintasi ni kerja dengar taklimat ja... sampai tersengguk-sengguk... nak tidur takut nanti orang ambil gambar pulak... tak pasal-pasal dapat publisiti murahan di situ....

kelmarin punya story, member tasha kena panggil secara rawak, then orang tu tanya apa itu falsafah pendidikan negara... dia tak tahu.. lepas tu orang tu suruh dia panggil nama kawan yang dia kenal... dia sebut nama tasha... aduh... blurrr... tasha pun tak tahu... nak cakap apa... tak kan cakap tak tahu...

petang tu happening sikit sebab ada LDK.. kena buat persembahan.... kumpulan di agihkan mengikut bulan kelahiran... di sebabkan lahir bulan 8, kami sepakat nak buat persembahan tentang hari kemerdekaan... lakonan dan nyanyian.. situasi kanak-kanak di tadika... hahah.. bayangkanlah...... tak da latihan group kami... spontan ja... hahah... bestt...

hari ni tasha dah dapat kad matrik... lawa gitu.... jadi, petang ni tasha tak ada sebarang aktiviti... malam ni baru ada... tu pun latihan ikrar untuk malam esok ja..... apa-apa pun hari ni kita enjoy.......... dapat tidur puas-puas......

ok la... dah cukup merapu untuk hari ni... rasa macam panjang la pulak.. hahaha... biasalah dah lama tak update... sekali update... haaa....