AWASI BICARAMU



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. 
"Kata-kata orang pendiam itu lebih tajam seperti pisau menusuk apabila dia mula berbicara, namun kata-kata yang selalu bercakap kosong dan sia-sia itu langsung tidak memberi kesan apa-apa sekalipun dia memberi nasihat"

Mukadimah sikit... faham dak???  orang pendiam ni sebenarnya bukannya tak banyak bercakap, cuma dia lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap benda kosong... cuba kita tengok dalam kehidupan seharian kita... berapa puluh patah perkataan yang keluar dari mulut kita... banyak kan... ok.. berapa patah perkataan kata-kata kita hari ni berilmu, bermanfaat, tidak sia... sikit ja kan.... kita lebih suka banyak cakap kosong, gosip, mengumpat... huh.... astaqfirullahalazim.... banyak sungguh kita mencipta dosa seharian... 

tersedarnya hari ini, apabila kita keluarkan kata yang ternyata sia... langsung tak bermanfaat kepada orang lain bah kan tidak sama sekali bermanfaat kepada kita... habis apa yang kita belajar selama ini... hanya hafal semata untuk exam, ataupun manfaat untuk kehidupan seharian kita???

Seriously, tasha cakap.. tasha bukan seorang yang suka pot pet pot pet... (bukan nak bangga diri tapi itulah kenyataannya). kadang-kadang bila tak ada apa yang nak di cakapkan, tasha akan diam.. terfikir jugak dengan kawan sebelah.. "dia boring ka kawan dengan aku ni. aku ni tak banyak cakap". siapa yang nak jadi pendiam kan... tapi itulah tasha.. tasha hanya akan cakap tentang sesuatu isu yang bagi tasha penting... 

Bila berdua dengan kawan, tasha akan cuba jugak cari idea.. nak bual pasal apa.. tasha cuba jugak walaupun sekejap.. cuma nak hidupkan suasana... kesian kat kawan.. :( sorry kawan sebab dapat kawan yang pendiam ni.. :( 

Namun, orang yang pendiam ni bisa jadi peramah bila kena dengan cara, masa, orang  dan tempatnya... haa... bila tasha dah mula cakap pasal sesuatu isu, jangan di tanya kenapa tak nak diam ok... 

Tapi orang yang pendiam ni kadang-kadang ubi berisi.. kata-katanya berbisa apabila membidas sesuatu isu. nasihatnya menikam jantung... orang yang pendiam ni juga sebenarnya diamnya bukan sia jugak... tapi matanya sentiasa memerhati... Macam tasha sendiri, apabila diam tasha akan memerhati ragam orang sekeliling... macam-macam kita boleh tengok... dan tasha sendiri akan buat satu kesimpulan tentang seseorang tu mengikut pandangan tasha sendiri... kenapa, mengapa... haha.. nasib la...

Malah orang yang pendiam ni sebenarnya bijak mengawal marah dan sabar.. ops, tapi sabarnya ada batas ok... bila sabarnya melebihi tahap, meletuslah nuklear buat sekian kalinya... Tasha bila orang marah, herdik... tasha akan kawal, sabar.... namun bila tembok kesabaran itu runtuh maka lihatlah hasilnya nanti... Dan, tasha juga susah nak marah orang orang... serius tasha bukan jenis suka marah.... Tapi tasha akan nasihat dia dengan kata-katanya yang penuh dengan bunga-bunga berduri... itulah tasha.. tapi selepas kata tu rasa kesihan pulak... 

Bagi tasha sendiri, tasha seorang yang cukup pantang bila orang cakap 'pakai lepas' ja.,, ikut suka dia ja nak keluarkan kata-kata yang tak bermoral.. maki hamun... langsung tidak beradab orang macam tu... bagi tasha apa yang keluarkan dari mulut kita itulah identiti kita...

jadi, sahabat sekalian, kita mulakan lebaran yang baru... toksah la nak bergosip dah, mengumpat apa bagai... kita cerita pasal benda lain.. yang bermanfaat untuk kita... inshaa Allah.. selagi kita menjaga aib orang, Allah SWT pasti akan memelihara aib kita... amin...

salam Blogger
Tasha aqisha




This entry was posted in

4 comments:

Linda said...

betul tu Tasha....drpd bercakap menimbulkan masalah, kdg2 lebih baik diam kann...:)

Tasha Aqisha said...

ha tu la.. kadang2 bila kta kta org, kita tak sedar ada hti yang terguris... baik diam ja.. smpan dlm hti tu... :D

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal tension kalau orang banyak cakap... Kadang2 apa yang dia cakap boleh buat sakit hati walaupun dia tak sedar terlepas cakap...

Tasha Aqisha said...

ya betul tu.... sbb tu sblum ckp apa2... tasha fkir bnyak dlu.. tkot tlpas ckp.. mmg bg kita biasa ja.. mgkin bg invdu lain isu yang kita cakp ni snsitif.. :D

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata