JADILAH BLOGGER BERHEMAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... apa itu blogger? apa pulak blogger berhemah... seseorang atau individu yang mewujudkan web sebagai platform untuk bercerita fasal diri sendiri (diari online), berkongsi pelbagai maklumat dan sebagainya... 

macam-macam jenis blog yang kita boleh jumpa. Blog travel, blog shop, personal, food, designer, education, social dan macam lagi. Malah ada juga yang gemar join giveaway dan contest. Ada juga yang mulanya suka-suka ja buat blog... 

apa yang kita dapat bila jadi seorang blogger?
blog kita ni boleh dijadikan sebagai platform untuk mencari pendapatan sampingan.. dengan adanya traffic yang tinggi.. lagi masyuk la... tapi kena ada cara-cara yang betul la... baru berbaloi kita blogging ni... kita kena jadikan usaha kita ni berbaloi dan tidak sia-sia... 

so, apa yang menaikkan nama blog anda? 
pendapat blogger picisan macam tasha ni, banyak sangat blogger yang gemar post pasal artis-artis.. gosip sana sini... kadang-kadang kesian jugak dengan sesetengah artis, terpaksa jadi bahan untuk menaikkan traffic blog dengan menjaja kisahnya... manusia mana yang tak pernah buat silap kan... ni la masalahnya bila jadi public figure ni... sabar ja la... so, no wonder la kenapa blognya terkenal... 

tasha paling tak suka blog yang ada unsur politik dan gosip artis ni... biarlah saya blogging secara berhemah asalkan tidak menyentuh hati dan perasaan mana-mana pihak... tasha tak nak blog tasha terkenal dengan blog yang penuh dengan unsur politik mahupun gosip.. takut nanti info yang di beri salah... siapa yang tanggung dosa... kita juga.... 

biarlah orang tak kenal blog ni pun... asalkan blog ni tak terkenal dengan publisiti murahan... 

Alhamdulillah blog tasha ni banyak menyumbang informasi kepada semua pembaca blog... pendidikan dan percutian...terima kasih.. hasil ber'blogging' , tasha sudah dapat rasa duit hasil blog dah... untuk hidup berkat.. sumbernya mesti lah berkat jugak kan...

Mohon maaf sekiranya entri ni telah menyinggung mana-mana pihak.. tapi ini hanyalah pendapat tasha.. :D 

banyak blogger-blogger yang menyumbang info yang berguna. jadi pilihlah blogger yang berhemah untuk jadi sumber inspirasi...

This entry was posted in

5 comments:

Asha Lya said...

kalau bab gosip2 memang kita tak suka..tak elok nak aibkan org kan

HASRUL HASSAN said...

Untung siapa yang menjadi inspirasi Tasha .. :) ....

Bukan tak boleh cerita kisah selebriti dan artis ni, cuma kena pandai dan fikir apa yang perlu dan tak perlu. Trafik boleh dijana kot mana sekalipun .... menulis sesuatu untuk trafik sebenarnya bukan mudah JIKA kita mahu apa yang kita sampaikan itu beri sesuatu yang bermnfaat.

Ada orang suka tangkap anak ikan utnuk jadi umpan ikan besar .. :)

Tasha Aqisha said...

aha... tasha selalu ingatkan dri tasha..
klu kita jaga aib org, Allah swt akan jaga aib kita kelak...

Tasha Aqisha said...

hihi... HH adalah salah sorang sumber inspirasi... alhamdulillah.. info brguna bnyak tasha belajar di blog HH.. tq.. hihi...
aha.. betul tu... selagi ia tdk mnyentuh prsaan mna2 pihak....

Kisah Cikgu ieta said...

Bagua Tasha. Sentiasalah menjadi Blogger berhemah. Happy blogging ya Tasha ^__^

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata