MUKA KETAT


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Pertama sekali syukur Alhamdulillah.... separuh nyawaku sudah kembali.... Terima kasih kepada sahabat Tasha, "Thanks Shuk sebab tolong formatkan Chika (my lovely lappy)" hihi... 

mula-mula sebelum masuk U memang berhasrat nak format dah... sebagai langkah berjaga-jaga, takut nanti meragam pulak si Chika ni... Dah lama dah tak format. Last format masa umur dia 1 tahun, lebih kurang 3 tahun yang lepas... hahaha... Alhamdulillah la, sepanjang Chika bersama dengan tasha tak pernah lagi dia meragam yang pelik-pelik... Haa, lihat kan di situ macam mana tasha didik Chika ni jadi anak yang baik... hahaha.. Ok fine... merapu lebih =="


kembali ke tajuk utama yang akan tasha bahaskan kali ni.... soalannya berbunyi... Memang kena buat muka ketat ka? 

Sekiranya kita seorang peniaga, perlu ka kita buat muka ketat dengan pelanggan? 
> Tidak memberi layanan yang baik. Sedih kadang-kadang melihat segelintir peniaga yang selalu buat muka ketat.. Kadang-kadang malas juga nak hadap muka ketat mereka ja... Tapi tu ja kedai yang ada.. nak tak nak kena beli gak kan.. kalau tak beli berlaparlah perutku ini....

> Satu hal pulak, guna lah bahasa yang sopan. maksudnya senyum la sikit... tahu la penat... tapi nampak sangat masa bagi hidangan yang di pesan tu riak yang tidak ikhlas... pakai letak dengan kasar ja... Duit baki pun pakai letak ja... sampai kita pun tak tahu tu duit baki kita ke tak... Ramai kot orang di situ... kalau kita tak perasan tu duit kita tak ka lesap... Nak tegur, nanti dikatakan menyibuk pulak..... 

> Berilah tumpuan sepenuhnya pada kerja tu jangan sibuk nak cakap phone ja, kalau salah ambik order kot la nak mintak maaf.. Dah tu boleh pulak buat muka ketat... Nak kata yang pelanggan bagi order salah... Dah sah-sah tak fokus, sibuk bergayut ... Last-last pelanggan pulak jadi serba salah.. terpaksa ambik jugak la....

> Harga yang tidak tetap. Seringkali berubah-ubah.. hari ni harga lain. esok harga lain pulak... aduh... pokai la kalau hari-hari makan lauk yang sama tapi harga semakin hari naik ja... untuk elakkan perkara ini berlanjutan mohon pihak berkenaan untuk meletak list harga bagi setiap lauk == as a student, untuk elakkan harga naik makan la nasi goreng yang harganya memang sama ja....

> First come, first serve la kan.... ni tak.. orang dia kenal dia buat dulu.. ok fine tahu la budak baru... tapi jangan la buat macam ni... Kami pun lapar jugak...

Entri ini bukan sesekali untuk menjatuh mana-mana pihak... Cuma sekadar ingin memberi kesedaran kepada segelintir peniaga supaya lebih beretika... terapkan nilai-nilai yang murni... rezeki yang anda peroleh dari hasil kerja anda sama ada ikhlas mahupun sebaliknya... renung-renungkan lah.....


Saya hanya blogger picisan yang cuba meluahkan rasa terpendam.. salah silap ku mohon maaf...

#wish me good luck... esok explorace sempena Kha'T 8
This entry was posted in

3 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kalau peniaga yg buat muka ketat, confirm zumal tak beli :)

deno said...

betul2

Emi Amira said...

waktu pagi je peniaga senyum waktu ptg senyuman dia dah pergi bercuti tu yg tak senyum tu

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata