REDHA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Entah mengapa di kehenginan pagi ni hati ni terasa sayu sangat. Seolah-olah.... [how can I explain?] 


Ya, redha.. redha itu penting. penting bagi menjamin kesejahteraan kita. Bagaimana dengan orang yang tidak mendapat redha? Pastinya hidupnya terumbang ambing. Sesat dalam kegelapan sekiranya tidak ada insan yang menariknya keluar. 

Apabila kita tidak berada dalam redha Allah dan ibu bapa, kita pasti rasa resah... semua benda yang kita buat serba tak kena.. Ada ja salah yang timbul. Tanpa kita sedar... perasaan resah gelisah itu adalah tanda supaya kita sedar dengan apa yang kita buat... Dan kita perlu kembali ke jalan yang benar... Jalan yang diredhai oleh Allah dan ibu bapa kita...

Kadang-kala kita terleka dengan nafsu yang menggila. Tanpa kita sedar siapa kita.. Terlalai seketika dek arus pemodenan yang giat berlumba-lumba untuk maju ke depan. Dunia dihujung jari... Dek kuatnya arus itu, kita lemas dalam ketaksuban dunia yang penuh dengan kepuraan. Plastik kata kawan tasha. 

Tasha bukan insan yang baik sangat.. jauh lagi insan yang sempurna... Namun, tasha cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Cuba mendaptkan kembali redha Allah.... Tapi... Tak semua orang suka dengan perubahan kita. Kata sinis dilempar.. herdikan diterima... Ya Allah... betapa berat ujian yang kau berikan padaku... Cara bagaimana lagi aku bisa buat mereka mengerti ..Aku bukan yang dulu lagi... 


Tasha mengambil kesempatan ini untuk memohon sejuta kemaafan kepada insan-insan yang pernah tasha berbuat salah. Terkadang bibir ini telah melempar kata sinis tanpa sedar. Mengguris hati mana-mana pihak.. Mengganggu emosi dan minda kalian. Mohon maaf... Saya cuba untuk berubah... Cuba mencari redha Allah.. 

This entry was posted in

2 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Semoga Tasha mendapat keredhaan Allah dalam apa juga yang dilakukan... Insha Allah.

sha dhira said...

ujian tu tandanyaAllah sayang.. May Allah bless :D
SEMOGA KITA TABAH MENHADAPI CABARAN MENDATANG..

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata