REKREASI SAMBIL BERAMAL


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... kelmarin tasha and the geng baru ja buat junggle trekking dan sisa kepenatan tu masih berbaki.. hoho...

sebelum memulakan entri ni, tasha memohon maaf sekiranya entri ni bakal menyinggung mana-mana pihak yang berkaitan.... 

Aktiviti ni dikatakan bermula pada pada 16/3/2014 jam 9.30am.. dan tasha pagi tu excited bangun awal... hihi.. Alhamdulillah... air dah ada pagi tu.. so, tak da la mandi P.Ramlee... cuci muka ja.. kikiki...

Actually aktiviti trekking ni sepatutnya bermula pada 9.30 am, tapi disebabkan oleh kekangan yang tak dapat di elakkan aktiviti ni mula agak lambat... 

Mula tu dah rasa boring pun ada gak.. rasa macam nak balik ja... kesabaran seorang manusia sikit tercabar... lambat kan nak mula sapa yang tak boring tunggu lama-lama.... 

Sekitar jam 12.30 tengahari, aktiviti pun bermula.... excited weyh.... pengalaman baru buat tasha... orang lain mungkin la rasa biasa.. Dah selalu keluar masuk hutan.. Bagi tasha ia adalah pengalaman yang akan tasha ingat sampai bila-bila... Inshaa Allah...

Sebelum masuk hutan, kami di beri sedikit penerangan... Kalau ada kecemasan sebut MERAH. Kalau jumpa harimau, cakap MAYBANK, kalau jumpa ular cakap TALI PINGGANG, kalau *&^*, cakap KAK LIMAH... Dalam hutan tu, baca la YA HAFIZ berulang kali.. inshaa Allah akan dilindungi dari perkara yang tidak diingini... 

Kami terdiri dari 30 orang ahli (termasuk penasihat, ajak, krew dan ahli biasa). Di mana kami dibahagikan kepada 3 buah kumpulan kecil. Mula ja masuk tu, excited bukan main... laju ja kaki ni melangkah.. hahaha... walaupun tasha di kenali sebagai budak yang lemah lembut masa zaman sekolah, Tasha akan buktikan tasha lembut bukan sebarang lembut, semangatnya membara... 

Dalam 15-20 minit yang pertama, Tasha dah rasa lain macam dah... jantung ni dah rasa macam nak pecah... and tasha tak dapat nak control penafasan... Tasha cuba paut pada sebatang pokok kecil, and selawat banyak-banyak.. cuba nafas slow-slow.... but lama-lama rasa macam nak pitam... Apa yang tasha ingat masa tu tasha panggil kawan.. mintak tolong dia.... 

kemudian mereka sembur sesuatu di tangan tasha.. and bila hidu.. ok fine deadorant... hahah... fungsinya adalah  untuk sedarkan mangsa yang hampir pengsan... 

After that, tasha rasa saluran penafasan tasha kembali normal... Apa yang tasha fikir masa tu... tasha tak boleh gopoh... jalan slow-slow... kawal penafasan... Alhamdulillah.... semuanya kembali normal... 

Jalan-jalan kutip sampah... borak-borak... Then, ada sorang member ni muka macam bijak bestari... dia memperkenalkan beberapa spesis tumbuhan yang ada dalam hutan tu... Dengan yakinnya dia kata salah satu pokok tu adalah tanduk rusa... tasha menidakkannya.. sebab di laman rumah tasha pokok tanduk rusa macam lain... dia merupakan tumbuhan yang menumpang... tapi tumbuhan yang di tunjukkan oleh beliau berada di atas tanah.... Then penasihat pun cakap la ni adalah rumpai air.. di mana pada waktu malam, rumpai air ni akan bercahaya sepanjang jalan.. (sorry kawan..... but nak tegelak dengan kenyataan yakin anda tu...haha)

ok, Objektif aktiviti ni sebenarnya bukan jalan-jalan makan angin... 
1. membaiki tanda jalan. Mudah untuk apa-apa aktiviti trekking yang akan datang, supaya tidak sesat..
2. membersihkan hutan belantara... (sampah memang banyak... sampai koyak plastik... )
3. mengeratkan lagi hubungan antara ahli KERLU.

Ingatkan boleh mandi sungai dah hari tu, tapi disebabkan hujan.. terpaksalah batalkan niat tu.. :( 

Semasa sampai di kawasan sungai tu, ada sorang ahli ni dia dah pengsan.. tak sedarkan diri.. Situasi agak cemas jugak masa tu. Sementara tunggu mangsa sedar, yang lain boleh la rehatkan diri, makan serta solat...

ok ni pertama kali tasha solat dalam hutan... memang lain rasanya.. lebih tenang... lebih dekat dengan alam... 
Masa balik, kami dah tak ikut jalan naik turun bukit dah... tu memang penat... kami ikut jalan sungai... redah sungai... even tak dapat mandi sungai.. dapat main air pun jadi la... hahaha

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali... sekitar jam 5.00pm kami selamat pulang... syukur.... walaupun perjalanan kami ni nampak mudah... tapi banyak dugaan yang kami hadapi... tanpa kerjasama takkan sampai obkjektif pada hari tersebut...

Balik ja ke bilik, terus mandi solat.. dan tidur seawal jam 8pm... bangun semula pukul 10pm.. makan buregr jup, solat.. rasa nk buat kerja but mengantok lagi... tidur sampai pukul 3am... sedar masih ada kerja nak buat tapi mata ni tak larat nak angkat.. buka laptop ja .. tengok dalam 15minit tidur balik... sampai la ke subuh...

rasanya tidur yang paling lama.. lebih 10 jam jugak kot... hahaha.....

Terima kasih, kalau ada aktiviti redah masuk hutan macam ni lagi.. inshaa Allah tasha akan join lagi.... 

6 comments:

Kisah Si Dairy said...

seronok ni join aktiviti macam nie

Nor Fadzilah Mohd Yusof said...

trgelak juga bace part tanduk rusa tu... hehe.. pls visit my blog http://dilakazuha.blogspot.com/

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Wow bestnyer jungle tracking :)

Tasha Aqisha said...

Alhamdulillah.. mmg sronok..

Tasha Aqisha said...

hihihi... mmg kna bhan dia sehari..

Tasha Aqisha said...

hihi... best2

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata