WORDLESS WEDNESDAY! #4


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Hari ni saja ja wordless update lambat sikit.. tunggu 1 Rejab menjelma.. Berkumandang ja Azan maghrib tadi masuk la sudah 1 Rejab.. di mana bermulalah kisah baru kita... Ampun maaf dipinta sekiranya tasha ada berbuat salah dan silap... terkasar tutur kata, perbuatan dan sebagainya... moga ukhuwah yang terbina antara kita kekal ke Jannah. Inshaa Allah....




WORDLESS WEDNESDAY! #3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Di sini saya ingin tegaskan bahawa saya bukannya pandai menjahit dan melukis.. So, no wonder la kenapa puppet saya sebegini rupa. Haha... tergelak sendiri bila nak siapkan singa dengan zirafah tu... Dah lain macam ja rupa dia... Hee.. go tasha go... Ni baru permulaan...

Thanks kepada sahabatku yang sudi dermakan:
 sarung tangan :D
Mata yang comel :)


KENAPA SAYA JADI BLOGGER?


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Dah lama tak update blog ni. So, tak tahu apa nak update sebenarnya. Bila tengok balik entri lama-lama, teringat balik masa mula-mula menginjakkan kaki dalam dunia blogging ni. Apa yang bestnya? Apa yang mendorong tasha sebenarnya? Tak buang masa ka? hahaha... itulah antara soalan yang selalu di ajukan... 

Pada mulanya blog ni hanya merupakan platform untuk tasha bercerita pasal diri tasha. Kemudian, Tasha mula galak dalam menulis dan mula memasukkan hasil-hasil karya tasha yang terdahulu sampaila sekarang dalam blog ni... Tak lama lepas tu tasha ada kongsi sikit info-info yang tasha baca, lihat... Dan tak lupa juga tasha juga turut kongsikan info pendidikan dengan kawan-kawan seperjuangan tasha.... 

so, Kiranya blog tasha ni blog ROJAK la.. Semua benda tasha nak kongsi dalam ni... hihihi... Tapi rasanya carian yang paling tinggi adalah pasal Langkawi dan Pendidikan. Dan dari info pendidikan tu la, tasha mula kenal kawan-kawan seperjuangan yang bernasib macam tasha ni.. huhu.. Dan dari situ la ukhuwah antara kami mula terbina.. Alhamdulillah... 

Blog ni sebenarnya tak ada buang masa SEKIRANYA kita pandai mengurus masa ya.. Blog ni juga merupakan satu Plantform untuk kita berfikiran secara kreatif, terbuka dan melatih kita untuk memantapkan penulisan kita. Betul tak? 

Malah, blog juga dapat membantu kita untuk menjana pendapatan kita. Walaupun tak banyakkan... Bertatih la dulu.... Memang tak dinafikan kalau banyak usaha banyakla untung yang kita dapat... so, jangan hairan la kalau ada sesetengah blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia ni pun belum jana apa-apa pendapatan...

memang 0-0 tasha masuk dalam dunia ni... Tak tahu apa-apa.. Pakai ikut sedap nak post ja... Lepas tu bila tasha blogwalking... kita dapat tengok blog blogger lain yang SUPER AWESOME. Dan dari situ la kita belajar dari tutorial yang ada.... Bangun pelahan-pelahan... Bina satu jenama sendiri... 

Ya, dulu blog tasha adalah STORY OF MY LIFE. taip la dalam google tu... banyak ja STORY OF MY LIFE... so, macam mana nak bina identiti tasha sendiri... Maka dengan itu terciptalah BLOG TASHA AQISHA. itu jenama tasha.. huhuhu...


Nak jadi blogger bukanlah perkara yang mudah... Kita kena fikir jugak apa yang kita nak taip tu. satu prinsip tasha tak suka nak taip isu yang mungkin akan menjatuhkan orang lain... macam gosip artis and so on... memang rating akan tinggi... dosa kita pun makin tinggi kan... inshaa Allah.. kita jaga aib orang... Allah akan jaga aib kita... 

Bila dah jadi blogger ni jugak.. ada juga insan-insan yang nak ambik kesempatan untuk jatuhkan kita.. jadi, kita kena hati-hati dengan setiap apa yang kita taip.. Jangan salah info.. tak pasal-pasal orang akan mengutuk kita... Orang ni cakap lain.. Orang tu cakap lain... so, siapa sebenarnya yang betul... siapa tipu siapa??? Wallahualam... 

sama-sama kita muhasabah diri... 


BELIEVE

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... 

BELIEVE
satu kata yang mudah dilafazkan... tapi sukar nak dipikul....
susahkan nak percaya kat orang. tambah2 orang tu baru ja kita kenal 2@3 jam...
pastu senang2 ja kita nak bagi kepercayaan kita kat orang lain..(memang tak la...)
macam tu la jugak orang lain rasa bila kita berada di posisi mereka..
dah bila orang tu tak da kepercayaan lagi kat kita, mesti kita fikir apa salah kita. jahat sangatka kita sampai orang xmau percaya kat kita.. hurm, kalau nak di fikirkan memang tak habis la 1 malam dok fikir....
tapi bila orang dah bagi kepercayaan kat kita. mesti kita rasa takut plak kan nak tanggung beban tu... memang la macam senang ja...cuba renung balik.. <baca selanjutnya>
Entri ni pernah tasha tulis satu ketika dulu... dan sekarang tasha kena tanamkan dalam diri tasha... Jangan Percayakan sesiapa... Tasha ni cepat sangat kesian & percayakan orang. Niat tasha pada awalnya cuma nak membantu... Tiada minta bayaran apa pun... apabila terima pertolongan dari dia, tasha dengan senang hati membantu... Tasha post produk dia dalam blog tasha...mula-mula ragu juga.. Tapi bila dia bagi tengok page dia tu.. banyak testimoni yang gembira dengan perkhidmatan dia.. 
 fan page & group semua tasha letak... 

Namun, setelah beberapa bulan... fan page dia padam.. bila tanya kenapa? dia cakap under maintainance.. ok fine..terkilan juga sebab customer nak tengok testimonikan..

satu hari ada terima email... A nak beli pakej produk sekian-sekian... then tasha terus bagi contact orang tu... After that, kelmarin A email lagi.. dia cakap orang tu macam tipu ja... sekian sekian sekian... 

Tasha rasa macam something wrong somewhere dah... try call tak angkat, dia reject... sms tak balas.. banyak kali bukan sekali... 

tengok group.. ok.. Group pun tutup... (group produk dia tu)

so, tasha fikir.. sebelum apa-apa jadi.. sebelum reputasi blog ni jadi teruk.. Tasha rela bertanggungjawab sepenuhnya atas kerugian A tu.. nak tak nak tasha kena bersihkan reputasi blog tasha dan tasha sendiri.. 

Alhamdulillah.. Nasib baik A boleh dibawa bincang... and tasha anggap ia satu pengajaran dan pengalaman buat tasha.... 

so, lepas ni kalau ada sesiapa yang nak promote barang apa-apa.. tasha akan ambil maklumat yang selengkapnya... kalau yang berniaga no pendaftaran niaga tu tasha nak.. memang tak boleh nak berlembut dengan orang...

untuk produk yang tasha maksudkan tu.. tasha dah padam... harap maklum.. :D
This entry was posted in