KENAPA SAYA JADI BLOGGER?


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Dah lama tak update blog ni. So, tak tahu apa nak update sebenarnya. Bila tengok balik entri lama-lama, teringat balik masa mula-mula menginjakkan kaki dalam dunia blogging ni. Apa yang bestnya? Apa yang mendorong tasha sebenarnya? Tak buang masa ka? hahaha... itulah antara soalan yang selalu di ajukan... 

Pada mulanya blog ni hanya merupakan platform untuk tasha bercerita pasal diri tasha. Kemudian, Tasha mula galak dalam menulis dan mula memasukkan hasil-hasil karya tasha yang terdahulu sampaila sekarang dalam blog ni... Tak lama lepas tu tasha ada kongsi sikit info-info yang tasha baca, lihat... Dan tak lupa juga tasha juga turut kongsikan info pendidikan dengan kawan-kawan seperjuangan tasha.... 

so, Kiranya blog tasha ni blog ROJAK la.. Semua benda tasha nak kongsi dalam ni... hihihi... Tapi rasanya carian yang paling tinggi adalah pasal Langkawi dan Pendidikan. Dan dari info pendidikan tu la, tasha mula kenal kawan-kawan seperjuangan yang bernasib macam tasha ni.. huhu.. Dan dari situ la ukhuwah antara kami mula terbina.. Alhamdulillah... 

Blog ni sebenarnya tak ada buang masa SEKIRANYA kita pandai mengurus masa ya.. Blog ni juga merupakan satu Plantform untuk kita berfikiran secara kreatif, terbuka dan melatih kita untuk memantapkan penulisan kita. Betul tak? 

Malah, blog juga dapat membantu kita untuk menjana pendapatan kita. Walaupun tak banyakkan... Bertatih la dulu.... Memang tak dinafikan kalau banyak usaha banyakla untung yang kita dapat... so, jangan hairan la kalau ada sesetengah blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia ni pun belum jana apa-apa pendapatan...

memang 0-0 tasha masuk dalam dunia ni... Tak tahu apa-apa.. Pakai ikut sedap nak post ja... Lepas tu bila tasha blogwalking... kita dapat tengok blog blogger lain yang SUPER AWESOME. Dan dari situ la kita belajar dari tutorial yang ada.... Bangun pelahan-pelahan... Bina satu jenama sendiri... 

Ya, dulu blog tasha adalah STORY OF MY LIFE. taip la dalam google tu... banyak ja STORY OF MY LIFE... so, macam mana nak bina identiti tasha sendiri... Maka dengan itu terciptalah BLOG TASHA AQISHA. itu jenama tasha.. huhuhu...


Nak jadi blogger bukanlah perkara yang mudah... Kita kena fikir jugak apa yang kita nak taip tu. satu prinsip tasha tak suka nak taip isu yang mungkin akan menjatuhkan orang lain... macam gosip artis and so on... memang rating akan tinggi... dosa kita pun makin tinggi kan... inshaa Allah.. kita jaga aib orang... Allah akan jaga aib kita... 

Bila dah jadi blogger ni jugak.. ada juga insan-insan yang nak ambik kesempatan untuk jatuhkan kita.. jadi, kita kena hati-hati dengan setiap apa yang kita taip.. Jangan salah info.. tak pasal-pasal orang akan mengutuk kita... Orang ni cakap lain.. Orang tu cakap lain... so, siapa sebenarnya yang betul... siapa tipu siapa??? Wallahualam... 

sama-sama kita muhasabah diri... 


6 comments:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Masing2 ada tujuan sendiri kenapa jadi blogger, cuma orang yang tak faham tetap akan tak faham. Apa pun jika kita jaga prinsip dan tatasusila, pasti tiada masalah akan kita hadapi :)

Bahrain Ramlan said...

Seronok bila jadi blogger ni. Satu kepuasan tak terkata

Tasha Aqisha said...

tetapkan prinsip kita.... pedulikan apa org nak kta.. asalkan kita jgn sesekali skitkan hti org... dunia blog ni sememangnya best... banyak ilmu yang kita kongsi... lgi bnyak ilmu yang kita dpt...

Tasha Aqisha said...

kan... stu kepuasan bila kita boleh mnaip apa y kita nak... ilmu kita ...

sYiRa LoKMaN said...

singgah sini dari entry blogger remaja blog HH :))
SELAMAT BERKENALAN, jemput singgah blog Syira ye ..dah berwajah baru :)

Redzuan Muslim said...

Salam perkenalan..sy ni blogger baru dan byk lg perlu belajar..minta tunjuk ajar dr blogger2 otai untuk kemajuan blogger sy...

http:// arjunakasih23.blogspot.com/

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata