REVIEW: TIADA TAJUK




TIADA TAJUK (ISMI FA ISMAIL)


NAK GEMBIRA? NAK TERSENYUM? NAK BAHAGIA? NAK KETENANGAN? NAK HARAPAN? NAK KESEMPURNAAN??
TAK PAYAH.
KALAU NAK JUGA, JANGAN BACA NOVEL NI. TUTUP DAN BUANG JAUH-JAUH. SEBAB NOVEL NI UNTUK MEREKA YANG MAHU MERASA KETIADAAN... JANGAN GUSAR DENGAN KULITNYA YANG KOSONG. MEMANG BEGITU. SEBAB NOVEL NI TAK ADA TAJUK. DAN IA ADALAH SEBUAH SEKUEL. SEKUEL KEPADA APA YANG ANDA TANYA? CARI SENDIRI. NOVEL SAYA SEBELUM INI YANG KULITNYA HITAM DAN BERTULISAN MERAH MACAM DARAH. BACA YANG ITU DULU. BARU ANDA BOLEH MERASAI KETIADAAN YANG NOVEL INI INGIN TAWARKAN. UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI NILAI SEBUAH MISTERI. DAN UNTUK MEREKA YANG MERASAKAN BAHAWA TAKUT ITU ADALAH TEMAN.
Itulah sinopsis TT yang merupakan sambungan kepada JANGAN BACA NOVEL NI. Apa yang dapat tasha katakan TT ini merupakan rungkaian segala persoalan yang terdapat dalam JBNN. Ia mengisahkan 2 tahun selepas MUNIR dibebaskan dari pusat rawatan mental dan ADIB berusia 9 tahun. ADIB mempunyai akal yang luar biasa... pemikirannya seperti orang dewasa. Kata-katanya penuh fakta dan logik sehinggakan memeningkan kepala orang lain memikirkannya.huh...

"Abang Munir buat apa?"
"tak ada apa-apa. abang munir cuma jenguk adib. sorry la kalau abang munir kejutkan adib. abang munir tak sengaja... "
"tak lah. aku bangun bukan sebab abang munir. tapi sebab aku mimpi buruk."
"sebelum tidur tadi adib tak basuh kaki dulu kut. tu yang mimpi buruk tu..."
"mimpi adalah pengimejan di bawah paras sedar yang semua manusia alami abang munir. samada aku basuh kaki ataupun tak sebelum tidur, ianya adalah tidak signifikan dengan kandungan mimpi aku. sebaliknya banyak faktor-faktor lain. seperti pengalaman lampau yang mengulang tayang. rembesan tenaga yang dilepaskan oleh penumpuan minda terhadap sesuatu emosi. ataupun pemprosesan maklumat dalam otak yang terbeku lalu memannifestasikan dirinya dalam bentuk mimpi, " terang adib panjang lebar. matanya bulat dan segar. langsung tak macam orang yang bangun dari tidur.
"oh..."

TT ini juga merupakan permulaan bagi beberapa pembunuhan bersiri "PEMBUNUHAN BATIK BIRU" setiap kali pembunuhan terdapat cerita-cerita pendek dengan mangsa....

KISAH 1 : transformasi tanpa sempadan
KISAH 2:  tak bersayap bukan penghalang
KISAH 3:  jangka, sedia, ubah
KISAH 4: yang pergi akan kembali
KISAH AKHIR: perempuan terpilih

Siapa adib sebenarnya? Siapa pula HAN?
tap mereka ada misi
cuma satu...

"mengubah manusia sedikit demi sedikit sehingga semuanya ter __  __ __ __ __



14 comments:

Ibnu Ramli said...

Hehe kenapa misteri sangat novel ni sampai takde title dan muka depan.. mengubah manusia sehingga semuanya ter apa?

Firzanah Azhar said...

ayat last... ter*bunuh kan :o

Tasha Aqisha said...

hahaha..... tu y mnrik mnat sya utk mmbca.. ia mrupakan rungkaian kisah jangan baca novel ni...
ter apa??? hihi... jwapan ada d dlm intipati setiap kisah

Tasha Aqisha said...

hihi.. x.. bukan terbunuh..
cba lagi...

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Kalau ter*sedar macam mana Tasha... Owh novel nie bersiri rupanya... Rasa terpaut lak ;)

AmyZana said...

Kawan saya ada beli buku ni. Saya baca muka surat depan sekali dengan muka surat terakhir je XDD Teringin nak tahu isi kandungannya tapi rasa malas sangat nak basa =_____= Yang ter tu..... ter tidur ke ?

Tasha Aqisha said...

bukan tersedar.. hihi...
y tiada tjuk ni pengakhiran dia la..

Tasha Aqisha said...

baca la... best sgt... tertidur???
eh xla

Khir Khalid said...

Assalam Tasha.. wah misteri ni hehee.. Salam ziarah & follow sini juga. Salam ukhwah.. :)

Norhasniza Khalid said...

hihi, misteri sungguh...

fikri mohamad said...

Kalau bukn terBUNUH terTUKAR terHAPUS..
Jadinya Ini Adalah terKISAH!!
CAKAP INI ADLAH BETUL!!

Unknown said...

Adakah ianya betul??

Are Ziq said...

Ye ke? Awak psti ke?

Unknown said...

Mengubah manusia sedikit demi sedikit sehingga semuanya terJAWAB.

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata