Maksud Open Market

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Ramai yang tertanya apa itu Open Market?? Malah diingatkan juga bagi bakal mahasiswa/si yang ditemuduga bagi program pendidikan ada sesetengah kos adalah Open Market. Anda perlu tahu apa itu Open Market. 

Apakah maksud ”untuk pasaran terbuka (open market) iaitu TIADA JAMINAN penempatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian”.
Bermaksud selepas tamat pengajian nanti, tiada penempatan ke sekolah kerajaan. Anda perlu mencari pekerjaan sendiri untuk menjadi guru.
Bolehkah menjadi guru walaupun mengikuti program untuk Open Market ini ? Ya, anda memang boleh menjadi seorang guru, dan bezanya anda tidak di postingkan di sekolah kerajaan sahaja.
Dimanakah saya boleh cari kerja? Anda boleh menjadi guru di sekolah-sekolah swasta, kolej-kolej swasta dan di sektor kerajaan sebagai pentadbir.
Jika Ijazah mempunyai pendidikan, adakah boleh untuk tidak menjadi guru? Boleh 
Sumber ini diperoleh dari laman web UPSI sendiri. Memang ramai yang menyoalkan isu ini... Bagi tasha hal ini terjadi sebab lambakan cikgu. Setiap tahun ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Ramai juga yang berjaya menamatkan pelajaran masing-masing. Ada yang dapat Posting, tak kurang juga yang tanam anggur... Kenapa? 

Macam yang telah dijelaskan tadi sekiranya seseorang itu tidak dapat posting di sekolah kerajaan tak kan la nak tunggu juga.. Daripada buang masa apa kata pergi cari di sekolah swasta, kolej swasta dan sabagainya... Macam Uni lain jugak la kena bersaing untuk menjadi guru ni... Result ok, Temuduga Ok... dapatlah tawaran... Kalau result ok tapi temuduga ko.. jangan tanya la kenapa.. jangan pula nak merungut tak tentu pasal... 

Tapi, apa-apa pun nak masuk mana-mana uni ni jangan fikir sangat peluang kerja ada ka tak... Sekiranya bidang itu sesuai dengan jiwa anda.. teruskanlah.... Rezeki ada dimana-mana... Rezeki itu milik Allah dan datang dari Allah....