OH MY LANGKAWI!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.... YEAHHHH!!! Nak cuti sem dah... ops... bukan cuti sem... tapi midsem laa.. ==" Nak balik my hometown dah... Langkawi, hang tunggu aku balik nooo...  

Sebelum balik nak kena siapkan kerja apa yang patut.. kalau boleh nak balik nanti nak rilek ja... hahaha.. nak makan puas-puas.. nak jalan puas-puas.. Haa.. Nampak tak tahap kerinduan kat Langkawi tu... 

Ahad depan ada exam.. wish me luck!! 

Haaa.... Tasha tengah cari sesiapa yang ada jual tudung bawal kangaroo dengan harga borong yang murah... Tasha nak beli 30 helai.. banyakkan.. member yang pesan.. nak bagi adik-beradik katanya... 

ok.. Sebelum tu... Kepada kawan-kawan yang nak pesan coklat langkawi tu boleh la tempah noo.. tapi jangan banyak sangat.. nanti tak larat nak bawak pulak... hahaha... haa,.. pesan sekali dengan duit la no.. kalau pesan dengan  air liur ja, nanti tasha beli coklat dengan air liur ja... hahaha...

Jadi motif entri kali ini adalah:
1. wish me luck
2. nak cari pemborong tudung bawal..
3. sapa-sapa nak pesan coklat


REDHA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Entah mengapa di kehenginan pagi ni hati ni terasa sayu sangat. Seolah-olah.... [how can I explain?] 


Ya, redha.. redha itu penting. penting bagi menjamin kesejahteraan kita. Bagaimana dengan orang yang tidak mendapat redha? Pastinya hidupnya terumbang ambing. Sesat dalam kegelapan sekiranya tidak ada insan yang menariknya keluar. 

Apabila kita tidak berada dalam redha Allah dan ibu bapa, kita pasti rasa resah... semua benda yang kita buat serba tak kena.. Ada ja salah yang timbul. Tanpa kita sedar... perasaan resah gelisah itu adalah tanda supaya kita sedar dengan apa yang kita buat... Dan kita perlu kembali ke jalan yang benar... Jalan yang diredhai oleh Allah dan ibu bapa kita...

Kadang-kala kita terleka dengan nafsu yang menggila. Tanpa kita sedar siapa kita.. Terlalai seketika dek arus pemodenan yang giat berlumba-lumba untuk maju ke depan. Dunia dihujung jari... Dek kuatnya arus itu, kita lemas dalam ketaksuban dunia yang penuh dengan kepuraan. Plastik kata kawan tasha. 

Tasha bukan insan yang baik sangat.. jauh lagi insan yang sempurna... Namun, tasha cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Cuba mendaptkan kembali redha Allah.... Tapi... Tak semua orang suka dengan perubahan kita. Kata sinis dilempar.. herdikan diterima... Ya Allah... betapa berat ujian yang kau berikan padaku... Cara bagaimana lagi aku bisa buat mereka mengerti ..Aku bukan yang dulu lagi... 


Tasha mengambil kesempatan ini untuk memohon sejuta kemaafan kepada insan-insan yang pernah tasha berbuat salah. Terkadang bibir ini telah melempar kata sinis tanpa sedar. Mengguris hati mana-mana pihak.. Mengganggu emosi dan minda kalian. Mohon maaf... Saya cuba untuk berubah... Cuba mencari redha Allah.. 

This entry was posted in

WORDLESS WEDNESDAY! #1


Kita manusia tak lari dari buat salah. Dari kesilapan itulah yang membuat kita lebih matang. Kita bukan manusia yang sempurna yang tidak pernah berbuat salah. Sebab itu, kita dicipta berpasangan.. Untuk saling melengkapi... untuk saling membantu menutup tiap kelemahan masing-masing.... Dan kita juga tak boleh sewenang-wenang menghukum orang... Tiada hak untuk kita menghukum tanpa penjelasan yang kukuh dan bukti yang jelas.. Sebaiknya jika orang berbuat salah.. kita bimbinglah ia seiring dengan kita menuju ke jalan yang benar kerana pasti satu hari kita juga akan berbuat salah.... apa tindakan orang terhadap kita??? semuanya bergantung pada apa yang kita buat pada orang.....



REKREASI SAMBIL BERAMAL


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... kelmarin tasha and the geng baru ja buat junggle trekking dan sisa kepenatan tu masih berbaki.. hoho...

sebelum memulakan entri ni, tasha memohon maaf sekiranya entri ni bakal menyinggung mana-mana pihak yang berkaitan.... 

Aktiviti ni dikatakan bermula pada pada 16/3/2014 jam 9.30am.. dan tasha pagi tu excited bangun awal... hihi.. Alhamdulillah... air dah ada pagi tu.. so, tak da la mandi P.Ramlee... cuci muka ja.. kikiki...

Actually aktiviti trekking ni sepatutnya bermula pada 9.30 am, tapi disebabkan oleh kekangan yang tak dapat di elakkan aktiviti ni mula agak lambat... 

Mula tu dah rasa boring pun ada gak.. rasa macam nak balik ja... kesabaran seorang manusia sikit tercabar... lambat kan nak mula sapa yang tak boring tunggu lama-lama.... 

Sekitar jam 12.30 tengahari, aktiviti pun bermula.... excited weyh.... pengalaman baru buat tasha... orang lain mungkin la rasa biasa.. Dah selalu keluar masuk hutan.. Bagi tasha ia adalah pengalaman yang akan tasha ingat sampai bila-bila... Inshaa Allah...

Sebelum masuk hutan, kami di beri sedikit penerangan... Kalau ada kecemasan sebut MERAH. Kalau jumpa harimau, cakap MAYBANK, kalau jumpa ular cakap TALI PINGGANG, kalau *&^*, cakap KAK LIMAH... Dalam hutan tu, baca la YA HAFIZ berulang kali.. inshaa Allah akan dilindungi dari perkara yang tidak diingini... 

Kami terdiri dari 30 orang ahli (termasuk penasihat, ajak, krew dan ahli biasa). Di mana kami dibahagikan kepada 3 buah kumpulan kecil. Mula ja masuk tu, excited bukan main... laju ja kaki ni melangkah.. hahaha... walaupun tasha di kenali sebagai budak yang lemah lembut masa zaman sekolah, Tasha akan buktikan tasha lembut bukan sebarang lembut, semangatnya membara... 

Dalam 15-20 minit yang pertama, Tasha dah rasa lain macam dah... jantung ni dah rasa macam nak pecah... and tasha tak dapat nak control penafasan... Tasha cuba paut pada sebatang pokok kecil, and selawat banyak-banyak.. cuba nafas slow-slow.... but lama-lama rasa macam nak pitam... Apa yang tasha ingat masa tu tasha panggil kawan.. mintak tolong dia.... 

kemudian mereka sembur sesuatu di tangan tasha.. and bila hidu.. ok fine deadorant... hahah... fungsinya adalah  untuk sedarkan mangsa yang hampir pengsan... 

After that, tasha rasa saluran penafasan tasha kembali normal... Apa yang tasha fikir masa tu... tasha tak boleh gopoh... jalan slow-slow... kawal penafasan... Alhamdulillah.... semuanya kembali normal... 

Jalan-jalan kutip sampah... borak-borak... Then, ada sorang member ni muka macam bijak bestari... dia memperkenalkan beberapa spesis tumbuhan yang ada dalam hutan tu... Dengan yakinnya dia kata salah satu pokok tu adalah tanduk rusa... tasha menidakkannya.. sebab di laman rumah tasha pokok tanduk rusa macam lain... dia merupakan tumbuhan yang menumpang... tapi tumbuhan yang di tunjukkan oleh beliau berada di atas tanah.... Then penasihat pun cakap la ni adalah rumpai air.. di mana pada waktu malam, rumpai air ni akan bercahaya sepanjang jalan.. (sorry kawan..... but nak tegelak dengan kenyataan yakin anda tu...haha)

ok, Objektif aktiviti ni sebenarnya bukan jalan-jalan makan angin... 
1. membaiki tanda jalan. Mudah untuk apa-apa aktiviti trekking yang akan datang, supaya tidak sesat..
2. membersihkan hutan belantara... (sampah memang banyak... sampai koyak plastik... )
3. mengeratkan lagi hubungan antara ahli KERLU.

Ingatkan boleh mandi sungai dah hari tu, tapi disebabkan hujan.. terpaksalah batalkan niat tu.. :( 

Semasa sampai di kawasan sungai tu, ada sorang ahli ni dia dah pengsan.. tak sedarkan diri.. Situasi agak cemas jugak masa tu. Sementara tunggu mangsa sedar, yang lain boleh la rehatkan diri, makan serta solat...

ok ni pertama kali tasha solat dalam hutan... memang lain rasanya.. lebih tenang... lebih dekat dengan alam... 
Masa balik, kami dah tak ikut jalan naik turun bukit dah... tu memang penat... kami ikut jalan sungai... redah sungai... even tak dapat mandi sungai.. dapat main air pun jadi la... hahaha

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali... sekitar jam 5.00pm kami selamat pulang... syukur.... walaupun perjalanan kami ni nampak mudah... tapi banyak dugaan yang kami hadapi... tanpa kerjasama takkan sampai obkjektif pada hari tersebut...

Balik ja ke bilik, terus mandi solat.. dan tidur seawal jam 8pm... bangun semula pukul 10pm.. makan buregr jup, solat.. rasa nk buat kerja but mengantok lagi... tidur sampai pukul 3am... sedar masih ada kerja nak buat tapi mata ni tak larat nak angkat.. buka laptop ja .. tengok dalam 15minit tidur balik... sampai la ke subuh...

rasanya tidur yang paling lama.. lebih 10 jam jugak kot... hahaha.....

Terima kasih, kalau ada aktiviti redah masuk hutan macam ni lagi.. inshaa Allah tasha akan join lagi.... 

Disclaimer


Privacy
The owner of this blog does not share personal information with third-parties nor does the owner store information is collected about your visit for use other than to analyze content performance through the use of cookies, which you can turn off at anytime by modifying your Internet browser’s settings. The owner is not responsible for the republishing of the content found on this blog on other Web sites or media without permission.


Blog Comments
The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually


Terms and Conditions
All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

MUKA KETAT


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Pertama sekali syukur Alhamdulillah.... separuh nyawaku sudah kembali.... Terima kasih kepada sahabat Tasha, "Thanks Shuk sebab tolong formatkan Chika (my lovely lappy)" hihi... 

mula-mula sebelum masuk U memang berhasrat nak format dah... sebagai langkah berjaga-jaga, takut nanti meragam pulak si Chika ni... Dah lama dah tak format. Last format masa umur dia 1 tahun, lebih kurang 3 tahun yang lepas... hahaha... Alhamdulillah la, sepanjang Chika bersama dengan tasha tak pernah lagi dia meragam yang pelik-pelik... Haa, lihat kan di situ macam mana tasha didik Chika ni jadi anak yang baik... hahaha.. Ok fine... merapu lebih =="


kembali ke tajuk utama yang akan tasha bahaskan kali ni.... soalannya berbunyi... Memang kena buat muka ketat ka? 

Sekiranya kita seorang peniaga, perlu ka kita buat muka ketat dengan pelanggan? 
> Tidak memberi layanan yang baik. Sedih kadang-kadang melihat segelintir peniaga yang selalu buat muka ketat.. Kadang-kadang malas juga nak hadap muka ketat mereka ja... Tapi tu ja kedai yang ada.. nak tak nak kena beli gak kan.. kalau tak beli berlaparlah perutku ini....

> Satu hal pulak, guna lah bahasa yang sopan. maksudnya senyum la sikit... tahu la penat... tapi nampak sangat masa bagi hidangan yang di pesan tu riak yang tidak ikhlas... pakai letak dengan kasar ja... Duit baki pun pakai letak ja... sampai kita pun tak tahu tu duit baki kita ke tak... Ramai kot orang di situ... kalau kita tak perasan tu duit kita tak ka lesap... Nak tegur, nanti dikatakan menyibuk pulak..... 

> Berilah tumpuan sepenuhnya pada kerja tu jangan sibuk nak cakap phone ja, kalau salah ambik order kot la nak mintak maaf.. Dah tu boleh pulak buat muka ketat... Nak kata yang pelanggan bagi order salah... Dah sah-sah tak fokus, sibuk bergayut ... Last-last pelanggan pulak jadi serba salah.. terpaksa ambik jugak la....

> Harga yang tidak tetap. Seringkali berubah-ubah.. hari ni harga lain. esok harga lain pulak... aduh... pokai la kalau hari-hari makan lauk yang sama tapi harga semakin hari naik ja... untuk elakkan perkara ini berlanjutan mohon pihak berkenaan untuk meletak list harga bagi setiap lauk == as a student, untuk elakkan harga naik makan la nasi goreng yang harganya memang sama ja....

> First come, first serve la kan.... ni tak.. orang dia kenal dia buat dulu.. ok fine tahu la budak baru... tapi jangan la buat macam ni... Kami pun lapar jugak...

Entri ini bukan sesekali untuk menjatuh mana-mana pihak... Cuma sekadar ingin memberi kesedaran kepada segelintir peniaga supaya lebih beretika... terapkan nilai-nilai yang murni... rezeki yang anda peroleh dari hasil kerja anda sama ada ikhlas mahupun sebaliknya... renung-renungkan lah.....


Saya hanya blogger picisan yang cuba meluahkan rasa terpendam.. salah silap ku mohon maaf...

#wish me good luck... esok explorace sempena Kha'T 8
This entry was posted in

GAYA HIDUP SIHATKU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Setelah sekian lama, akhirnya kini tasha mula mengamalkan gaya hidup sihat?? haha.. ><  Mana taknya, hari cuti ja mesti ada aktiviti nak buat. so, tak sempatlah nak melaksanakan hobi lama... tidur ^^ 

Minggu lepas, Tasha naik basikal {pusing-pusing dalam kawasan kolej ni}. Mula tu takut la jugak, sebab dah lama tak naik basikal di atas jalan raya yang sentiasa ada kenderaan lalu lalang... huh... 

Kesian dekat housemate tasha, tak pandai nak naik basikal langsung.. penat mengajar.. tak juga boleh... alahai.... last sekali, dia jogging ja... haha.. Lepas tu, tasha naik kayak pulak.. BEST sangat.... dah lama tak naik woo.... mulanya kekok jugak, sebab dah lama tak naik kan... lama-lama tu ok je... 


Ok, kesian sekali lagi dekat housemate tasha sebab free ja mandi spa lumpur... 3 kali rasanya.. rupanya kayak tu bocor... Tasha hanya mampu... HA Ha Ha... kejamnya... ><


Sebagai seorang mahasiswi, kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat, supaya tubuh kita sentiasa cergas dan otak kita cerdas.. ye dop.. >< nanti dalam kelas tak la mandom ja... Tasha yang sekarang, bukan yang dulu.. yang suka tidur dalam kelas... no way... 

Pada jumaat yang lalu, classmate tasha ajak laa jogging.. ok fine, bangun seawal subuh.. janji pukul 7am nak jogging.. tapi..... ok.. faham-faham la..... ha ha ha... di sebabkan sistem yang kurang teratur, kami adalah jogging dalam 5 minit kot.. kot la... lepas tu ada insiden yang mencuit hati cek... [demi menjaga hati insiden tersebut tidak dapat di siarkan] ^^



Hari seterusnya, perancangan untuk jogging lebih teratur... jaraknya lebih jauh.. agak memakan masa dan tenaga... Dari kolej Harun Aminurrashid to Tasik proton city... banyak jalan+sembang+merapu dari jogging. {jalan tu pun salah satu senaman kan..} 



Pada hari tersebut juga berlaku sekali lagi insiden. insiden ni bukan mencuit hati ok... agak merbahaya.... (@_@) dugaan... hadapilah dengan senyuman... ><  Lebih kurang 3 jam baru la kami sampai di kolej balik... serius penat weyh.. rasa macam kaki malas nak angkat ja.... mula-mula kan, lama-lama nanti ok la tu... bersakit dahulu, bersenang kemudian ok...