REVIEW: TIADA TAJUK




TIADA TAJUK (ISMI FA ISMAIL)


NAK GEMBIRA? NAK TERSENYUM? NAK BAHAGIA? NAK KETENANGAN? NAK HARAPAN? NAK KESEMPURNAAN??
TAK PAYAH.
KALAU NAK JUGA, JANGAN BACA NOVEL NI. TUTUP DAN BUANG JAUH-JAUH. SEBAB NOVEL NI UNTUK MEREKA YANG MAHU MERASA KETIADAAN... JANGAN GUSAR DENGAN KULITNYA YANG KOSONG. MEMANG BEGITU. SEBAB NOVEL NI TAK ADA TAJUK. DAN IA ADALAH SEBUAH SEKUEL. SEKUEL KEPADA APA YANG ANDA TANYA? CARI SENDIRI. NOVEL SAYA SEBELUM INI YANG KULITNYA HITAM DAN BERTULISAN MERAH MACAM DARAH. BACA YANG ITU DULU. BARU ANDA BOLEH MERASAI KETIADAAN YANG NOVEL INI INGIN TAWARKAN. UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI NILAI SEBUAH MISTERI. DAN UNTUK MEREKA YANG MERASAKAN BAHAWA TAKUT ITU ADALAH TEMAN.
Itulah sinopsis TT yang merupakan sambungan kepada JANGAN BACA NOVEL NI. Apa yang dapat tasha katakan TT ini merupakan rungkaian segala persoalan yang terdapat dalam JBNN. Ia mengisahkan 2 tahun selepas MUNIR dibebaskan dari pusat rawatan mental dan ADIB berusia 9 tahun. ADIB mempunyai akal yang luar biasa... pemikirannya seperti orang dewasa. Kata-katanya penuh fakta dan logik sehinggakan memeningkan kepala orang lain memikirkannya.huh...

"Abang Munir buat apa?"
"tak ada apa-apa. abang munir cuma jenguk adib. sorry la kalau abang munir kejutkan adib. abang munir tak sengaja... "
"tak lah. aku bangun bukan sebab abang munir. tapi sebab aku mimpi buruk."
"sebelum tidur tadi adib tak basuh kaki dulu kut. tu yang mimpi buruk tu..."
"mimpi adalah pengimejan di bawah paras sedar yang semua manusia alami abang munir. samada aku basuh kaki ataupun tak sebelum tidur, ianya adalah tidak signifikan dengan kandungan mimpi aku. sebaliknya banyak faktor-faktor lain. seperti pengalaman lampau yang mengulang tayang. rembesan tenaga yang dilepaskan oleh penumpuan minda terhadap sesuatu emosi. ataupun pemprosesan maklumat dalam otak yang terbeku lalu memannifestasikan dirinya dalam bentuk mimpi, " terang adib panjang lebar. matanya bulat dan segar. langsung tak macam orang yang bangun dari tidur.
"oh..."

TT ini juga merupakan permulaan bagi beberapa pembunuhan bersiri "PEMBUNUHAN BATIK BIRU" setiap kali pembunuhan terdapat cerita-cerita pendek dengan mangsa....

KISAH 1 : transformasi tanpa sempadan
KISAH 2:  tak bersayap bukan penghalang
KISAH 3:  jangka, sedia, ubah
KISAH 4: yang pergi akan kembali
KISAH AKHIR: perempuan terpilih

Siapa adib sebenarnya? Siapa pula HAN?
tap mereka ada misi
cuma satu...

"mengubah manusia sedikit demi sedikit sehingga semuanya ter __  __ __ __ __



REVIEW: JANGAN BACA NOVEL NI





JANGAN BACA NOVEL NI (ismi fa ismail)

KALAU ASYIK BACA NOVEL CINTA SAJA PUN KADANG-KADANG BOSAN JUGA KAN? TRY NOVEL NI. TAPI JANGAN BACA SEORANG DIRI. MAKE SURE ADA TEMAN. SEBAB ADA KEMUNGKINAN ANDA AKAN MERASA ANEH, JUGA BERHALUSINASI BENDA YANG BUKAN-BUKAN. NOVEL INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT. TAPI UNTUK MEREKA YANG INGIN MENJANA MINDA DAN MENGUATKAN JANTUNG. SEBAB SEMAKIN JAUH MEMBACA, OTAK ANDA AKAN SEMAKIN LIGAT BERPUTAR DAN JANTUNG ANDA AKAN SEMAKIN KUAT BERDEBAR-DEBAR. TAK PERCAYA? CUBALAH.
berikut merupakan sinopsis novel JBNN. Memang... kalau boleh jangan baca... Sebab semakin lama semakin kita rasa menyesal... tapi disebabkan sifat ingin tahu kenapa? mengapa? siapa? itulah yang mendorong tasha meneruskan pembacaan. Tapi, tasha berani baca waktu siang ja.. hihihi... 

Novel ni seorang polis yang bernama MUNIR yang telah berjumpa seorang kanak-kanak lelaki bernama ADIB berusia 7 tahun. Sejak bertemu dengan adib, pelbagai kejadian pelik berlaku. Dan apa yang lebih pelik novel yang diberi oleh adib kepada munir mempunyai persamaan dengan dunia realiti. Terdapat beberapa cerita seram yang terkandung dalam novel yang diberi adib seperti 
  1. KACUK: Aku bukan binatang (kenapa jadi kucing jadian?)
  2. TERAPUNG:jom kita terbang nak tak? (kanak-kanak boleh terbang. Disahkan hilang. meninggal.. )
  3. RAMALAN: masa depan yang menakutkan (bunuh keluarga untuk protect keluarga dari dibunuh orang lain?)
  4. TUMPANG: saya tumpang sekejap je (mati hidup semula? dan mati lagi.... )
  5. TELEFON: tolong hubungi saya... tolonglah.... (kenapa nak hubungi dia? siapa dia?)
  6. BUNGA KEMATIAN:seputih kemboja (dia ada di setiap kali ada kematian. Baginya kematian adalah sesuatu yang suci)
  7. BATIK SENTUNG BIRU: penguraian (mengandung tapi masih dara.. anak hantu? )

Semua kisah ini telah membuatkan MUNIR di masukkan ke pusat rawatan mental. Kenapa?? Nak tahu kena la baca... ^^


Enactus Malaysia National Cup 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... 26-27 mei tasha pergi ke SACC atas program Enactus Malaysia National Cup 2014. Memang gempak! Walaupun UPSI tidak berpeluang untuk ke semi final.. Kami dah cukup bangga dengan usaha kalian... inshaa Allah.. tahun depan kita cuba yang lebih baik... Wah.... speaking pun lari... ada hati nak join enactus... ==" 


Tahniah kepada UUM yang menjuarai Enactus Malaysia National Cup kali ni.. wah best la dapat pi Beijing.. Tak pa2... Enactus UPSI jangan mudah mengalah.. jadikan kejatuhan hari ni sebagai pembakar semangat untuk bangkit... ^^ Walaupun baru dua hari tasha jadi supporter UPSI, memang banyak pengalaman yang tasha dapat... memang best.. dapat tengok idea dan inovasi dari UNI lain... 

Kalau tak silap ada lebih kurang 21 IPTA/S yang masuk bertanding.. Memang gempak la... Masing-masing menunjukkan kelebihan tersendiri.... Tak rugi datang event macam ni... banyak ilmu yang kita dapat.. ^^



Masa rehat kelmarin, sempat gak jalan-jalan sekitar mall yang ada di situ.. tup-tup terpandang satu kedai buku... MPH laaa... apa lagi.. laju ja kaki ni ajak member masuk... tujuan cuma satu ja.. nak cari novel... novel yang dah lama cari... susah nak dapat di tanjung malim dan langkawi... Alhamdullillah.. rezeki... jumpa gak... terus sambar... Nasib baik baki baucar ada lagi RM100... so, tasha beli la 4 buah novel ini untuk tasha.. dan satu novel untuk kawan tasha... 



Lepas baca ni, tasha nak buat review.. hihi.. tak sabar.. ^^

KISAH AKU, DIA DAN MEREKA


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Hai.... Alhamdulillah... Tinggal lagi beberapa minggu saja lagi tasha dan kawan-kawan bakal menamatkan semester yang pertama... Sob sob.. sedihnya ~~ (eleh.. baru sem satu la... ada lagi 7 sem...)

Selama satu sem ni pelbagai kegembiraan, kepenatan, kedukaan, kesukaan yang kami alami.... Fuh, kenapa rasa macam baru kelmarin ja masuk UPSI??? Ya, masa terlalu pantas meninggalkan kita... Dan kita perlu bijak mengatur masa agar ianya tidak sia-sia... 

Alhamdulillah... sepenjang sem 1 ni pelbagai macam perkara yang tasha dah buat.. 
trekking, kayaking, cycling, jogging, eating and shopping!!! hahaha.... 

Tasha pasti akan merindui mereka nanti... Terima kasih Allah kerana menemukan tasha dengan mereka... insan yang tasha sayangi... sahabatku... Semoga ukhuwah yang terjalin anatara kita kekal ke jannah... 

Ok... Bila jumpa kawan baru.. Tak bermakna kawan-kawan lama dilupakan... oh, pasti tak... Kawan-kawan dibangku sekolah masih diingatan... dari kecik ke zaman universiti... walaupun kami tidak sambung belajar ditempat yang sama.. tapi kami masih mempunyai satu ikatan yang tak kan pernah putus... rindu pulak zaman sekolah.. aisyee... ni yang nak feeling malam-malam ni... 


Kawan-kawan tasha ni dah ada yang bergelar ibu, tunang orang, isteri orang... Alhamdulillah... tahniah geng... Tinggal berapa orang ja lagi yang masih meniti kehidupan sebagai anak dara.. cewahh... hahaha.... 

apa plan nak buat cuti sem ni nak buat dengan mereka??? ok.. just wait and see... heee....

Bila nak habis sem bermakna Final dah dekat.... so, apa persediaan yang tasha dah buat??? Bangun tasha bangun.. Jangan mudah terleka... Ingat apa tujuan sebenar ke sini!!!

Ya, aku ke sini dengan matlamat dan harapan orang tuaku....

sedarlah tasha... berpijak di bumi nyata.. !!!..

wish me luck.. amin


ASSIGNMENT YANG TERAKHIR UNTUK SEM 1


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Entah la kenapa tasha boleh demam plak hari ni... Dengan selsema + pening... Memang seksa... Mungkin sebab dah lama tak demam kan... Tapi ini juga menunjukkan badan tasha ni ada virus.. and badan tasha sedang bertarung dengan virus tu untuk selamatkan tasha... Hahahah.... Kalau mengikut pandangan islam pula... sakit ni merupakan salah satu cara untuk menghapus dosa-dosa kecil... Ya Allah.. ampunilah segala dosaku, kedua ibubapaku, guru-guruku dan muslimin muslimat sekalian.. amin... Jadi mengikut Islam mahupun barat, masing-masing ada kelebihan kepada kita kan... ^^

Nak tahu lebih lanju pasal demam ni? Sila la baca entri tasha yang sebelum ni

Thanks kepada kawan saya yang tak jemu-jemu nasihatkan saya untuk makan ubat... katanya "Kalau tak makan nanti hantu mai makan tasha" hahaha.. so funny... thanks atas bebelan+nasihat anda tu... Tasha amat menghargainya ^^ 

Oh ya, kembali kepada tajuk asal... Tasha nak kongsi sikit dangan pembaca yang dikasihi sekalian... hari rabu yang lalu tasha baru ja selesai sudahkan Assignment berkumpulan... Haa... cuba teka apa yang kami kena buat?? 

Kami kena buat persembahan.. Menyanyi, bermain alat muzik, menyayi dengan pergerakan, menyanyi dengan props.... See... itulah assignment tasha bagi subjek Muzik ni... Biasalah kos PAKK.. tekanan kurang.. sebab masing-masing enjoy and perangai pun macam budak-budak.. No wonder la kos ni sesuai dengan kami...

Hari sebelum persembahan yakin ja boleh buat... tapi bila ja sampai hari tu... dup dap dup dap ja... boleh plak silap step... bukan sikit... tapi banyak.. Takpa-takpa.... ni baru persembahan yang pertama kali di khalayak.... jadikan ia sebagai panduan untuk buat lebih baik nanti... Harap-harap anda semua enjoy dengan persembahan dari kumpulan tasha ni... 

Alhamdulillah... kumpulan tasha juga terpilih sebagai salah satu peserta yang akan bertanding dalam pertandingan inovasi.. untuk subjek pembangunan sahsiah kami perlu mencipta produk untuk membangunkan sahsiah guru... Nak tahu produk apa?? Nantikan entri selanjutnya...




 

DOA NABI YUNUS AS


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... siapa yang tahu doa nabi Yunus as??? Haa... majoriti mesti tau kan...  Doa ini selalu kita baca semasa sujud yang terakhir solat hajat. Tasha mula belajar doa ini masa sekolah rendah lagi. Ringkas dan penuh bermanfaat. mudah dihafalkan... 

Tanpa kita sedar atau tidak... doa ini sebenarnya dapat membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan.. Kesusahan yang bagaimana??? 

Tasha selalu amalkan doa ini tak kiralah sama ada tasha susah ataupun tidak... Bila tak ada buat apa-apa (masa lapang) tasha selalu amalkan... baca berulang kali.... Bila tasha rasa tak sedap hati, gelisah, tak tenteram, bila sedih.... Alhamdulillah... bila gelisah tasha baca doa ini... hati tasha kembali tenteram... Dan bila tasha perlukan keberanian, doa inilah yang akan tasha baca berulangkali.... 

Haa... bukan masa susah ja kita baca doa ni.. masa senang pun boleh baca... Inshaa Allah hari-hari kita berjalan dengan lancar.... Sebelum tasha tamatkan entri kali ini, jom sama-sama kita baca doa ini ^^

Eh, sebelum tu tasha nak ucapkan tahniah kepada adik-adik, akak-akak, abang-abang yang dapat tawaran ujian medsi tu... Buat yang terbaik tau... haa.. jangan lupa baca doa ini sebelum jawab soalan... supaya yang susah dipermudahkan.... ^^ 

Dah check Ujian MEDSI??? Check (SINI)

This entry was posted in

WORDLESS WEDNESDAY! #5


Teguran itu Sakit....

Tapi Membuat kita Bangkit....


Seperti mana yang kita tahu...
teguran bukan beerti menghina... maka Tegurlah secara berhemah..... 
Ya, sangat sakit/pedih bila kita ditegur... cepat sangat melenting bila ditegur... 
"Dia ja yang betul.. aku salah..."
jadi, sampai bila kita nak ke hadapan... sekalipun kita tidak bersetuju dengan pendapat yang cuba di utarakan... tegurlah secara berhemah dan terimalah teguran itu sebagai pembina semangat kita... Inshaa Allah...

Simposium Kebangsaan Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Bila tak ada assignment... tak ada aktiviti lain nak buat mulala nak boring... Bila ada aktiviti pulak, penuh... sampai tak sempat nak merasa cuti... Assignmnet bagai nak kena siapkan... So, jangan nak merungut banyak tasha... Bersyukur ja dengan masa yang ada ni... Nikmati masa yang sedia ada.. gunakan sebaiknya.. jangan siakan ia dengan perkara yang merugikan... Inshaa Allah...


Minggu lepas di Upsi ada sebuah program yang diberi nama...
Simposium Kebangsaan Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak
Program bermula hari sabtu dari jam 9 pagi-5 petang. Kiranya tadika yang terdapat di sekitar Tanjong Malim ni terlibat la...  Ada pelbagai aktiviti yang menarik. Masa tu terasa nak kembali ke zaman kanak-kanak ja... hahaha...  


hari jumaat tu, semua Urusetia dah mula buat kerja... Semua dah bahagi tugas masing-masing... so nanti tak ada la kelam kabut nak buat kerja kan... Ramai dop urusetia? hoho... ni baru sebahagian ja... 

Pada hari tersebut ada pelbagai aktiviti yang menarik... seperti forum, car booth sales (jual makanan, tudung, baju and so on.. *xsempat nak usha banyak), pameran dari tadika kemas(sempat kenalan dengan salah seorang dari cikgu tadika tu.. dia merupakan salah seorang ex student UPSI gak), ada pameran dari kolej swasta dan pameran (alat bantu mengajar) ABM dari pelajar UPSI sendiri... aktiviti outdoor dan indoor... sangat menarik... kreatif... dan yang paling penting adalah persembahan kanak-kanak tadika... Tak sempat nak tengok kanak-kanak buat persembahan.. sebab ramai sangat orang... ibu bapa.. tak pa.. bagi ja ibu bapa tengok bakat anak mereka... biar mereka bangga dengan bakat anak-anak mereka.. terharu... kecik-kecik sudah pandai buat drama muzikal.. 

Kebanyakkan urusetia dipelopori oleh budak PAKK sem 1... ahahah.. budak kelas tasha yang ramai tu... Ada yang jadi DJ, urusetia pendaftaran, forum, pameran and so on... Tasha tugas tasha hari tu jual belon... ala.. tak ada gambar belon tu pulak.. erm... belon yang rupa upin ipin, doraemon... *jup tanya en.google.. Malam sebelum tu masing-masing dah mula buat kerja dah.. hias khemah... tiup belon <--- guna pam ok... 

Pada mulanya jualan belon kurang menggalakkan.. mungkin sebab mahal kot... lepas tu kadang-kadang anak nak beli.. tapi parents tak bagi.. alahai kasihan... Pada sebelah petangnya, kami telah turunkan harga kepada harga yang murah.. beli dua cuma RM5... hahaha.. perghh... memang layan la... ramai pulak...


Jeng.. jeng.. jeng... ni la aktiviti yang tasha dan kawan-kawan buat bila tak ada kerja... haaa.. cantik kan... <3 actually nak buat benda ni kena bayar guna kupon... tapi kami buat muka sedih+comel dekat Dr. Loy dapat la free... kasihan Dr.Loy.. bisnes hampir bankrup sebab ada student macam kami yang suka benda free.. heeee... Lepas tu dia suruh kami promote dekat orang ... nak naikkan bisnes balik.. heee..... 


Program hari tu habis dalam pukul 5 petang... kemas apa yang patut...  then sebelum balik sempat bergambar dengan Dr.Loy... eh.. nampak tak jerung kat belakang tu?? teringin nak naik... perangai budak-budak datang kembali.. best ja bila tengok kanak-kanak main atas jerung tu... Tashaaa... behave yourself ok... Harap tahun depan lebih meriah!!!