REVIEW: AKHIR




AKHIR (ISMI FA ISMAIL)



TAK PAYAH SINOPSIS. ANDA DAH TAU BUKU INI TENTANG APA. YANG ANDA PERLU TAHU SEKARANG, INI YANG AKHIR. TAK ADA DAH LEPAS NI. SEBAB SAYA DAH LETIH. LELAH HIDUP DALAM KEGELAPAN. BIAR BUKU INI YANG MENJADI AKHIR KEPADA SESEBUAH KISAH. JUGA KEPADA SETANGKAI NYAWA YANG DALAM BEBERAPA TAHUN INI BERAYUN LONGLAI. SAYA TAK MAHU SEKSA DIA TERUS. SAYA BUKAN KEJAM. SAYA HANYA SEORANG YANG MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA, TENTANG SEBUAH NOVEL HITAM YANG KEWUJUDANNYA HANYA MENDUNDANG RASA SAKIT, PEDIH, NGILU, PELIK, TAKUT, KECEWA, MARAH, BENCI... SEDIH. RASA-RASA YANG SAYA TAK PASAL-PASAL JUGA KENA LALUI SEBAGAI PENULIS. SEMUA INI, HANYA KERANA NAK MENGISI MASA LAPANG ANDA. JADI NAH. AMBIL DAN BACA. BUKU INI MUNGKIN TIDAK SEBAGUS YANG ANDA HARAPKAN. TAPI INI YANG TERAKHIR. SEKURANG-KURANGNYA HARGAILAH IA ATAS SEBAB ITU.
Begitulah sinopsis bagi novel ini... Memang inilah yang terakhir. kisah yang bakal merungkaikan segala yang terkunci... membongkarkan segala kisah yang telah lama disimpan hanya kerana dia. Dialah teman.. Dialah pelindung... Seseorang yang sukar dilihat... Hanya berbisik... berbisik pada angin.... Dan mangsa hanya tersenyum... seolah gembira dengan semua yang terjadi... 

Ketika membaca novel ini kadang diri ini terbawa-bawa dengan situasi yang dalam novel... berhalusinasi tentang kehadiran mereka... bunyi-bunyi seolah membawa petanda kepada sesuatu... dan pengulangan ayat yang sama sebanyak 7 muka surat... disengajakan atau kesalahan typo??? 

Bila kegelapan diapit satu amaran di sisi kirinya dan sebuah simbol kematian di sisi kanannya, pintu pengantara dua alam akan terbuka.


Sinopsis Novel HITAM