Cinta Muka Buku Kami

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Bertahun lamanya kami saling mengenali tanpa bersua muka, kami berkongsi gelak tawa, tangis, mencipta pelbagai memori... semuanya hanya di laman sosial... 

Dengan izin Allah swt, kami bertemu... Walaupun pada mulanya ada pelbagai rintangan... 

Betapa excitednya nak jumpa kesayangan beta, call prebet nak suruh hantar ke KTM.. sampai ja KTM tiket pulak boleh habis.. tiket seterusnya pukul 5.30pm... What??!! 

"sabar tasha .... sabar.."

Kemudian terus ambik teksi pergi ke stesen bas tanjong malim... Alhamdulillah... cun ja.. masa sampai tu terus naik bas... perjalanan yang memakan masa selama dua jam sangat membosankan... 

Orang yang pertama tasha jumpa adalah Nana..... hehe.... memang tak kenal langsung... masa jalan tu hairan jugak ada orang dok senyum-senyum ja... lain macam pulak senyum tu... beranikan diri pergi dekat dengan orang tu....

Jalan-jalan, pusing-pusing Mydin Meru Ipoh tu sementara tunggu kesayangan sorang lagi....


Actually, tasha seorang yang pemalu... hehe... so, segan-segan lagi nak bersembang... Ya la first time datingkan... hehe... Alhamdulillah.. lama-lama ok la... 


Yana study di UITM Shah Alam, Nana pulak study UITM Dungun... Sementara dua orang ni free dan masih di Perak, Tasha pun berkesempatan nak jumpa kesayangan tasha ni.. hehehe... Bukan senang nak jumpa.. 

Inshaa Allah, berharap pada masa akan datang jumpa lebih ramai ahli skuad... bersua muka untuk lebih eratkan silaturahim yang sekian lama terbina... 



"Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat itu belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak."
(Lukman Al-Hakim)