Train Like a Beast, Look Like a Beauty! - Cassey Ho's

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Work out. Setiap orang ada tujuan masing-masing untuk work out. Nak kurus. Nak fit. Nak sihat. Dan setiap orang ada cara tersendiri. 

Sesetengah orang nak kurus. Nak kurus dengan cepat. Ambik pil sana sini. Yup, sangat berkesan. Tapi sampai bila nak bergantung dengan pil saja. Mampu ka nak beli pil tiap-tiap bulan. So, workout la jalan mudah.. Goal di sini bukan nak kurus.. tapi nak fit.. dapatkan tubuh badan ideal... BMI yang seimbang...

Mengharapkan pil kurus..Tahan perut.. Malas nak work out... Arghh.. alasan semata. Kita memang digalakkan untuk senaman kan... Jadi, kenapa nak malas... Sehari 60 minit tu dah cukup berbaloi... 30 minit pagi, 30 minit petang... 

Jangan pernah control bab makan. makan ja apa yang anda nak makan.. Tapi dalam kuantiti yang sedikit dan kerap... meh, nak bagi petua cepat kenyang... ni tasha ada baca dalam satu ig yang di post oleh ayuni_chocolate. Kalau anda perasan la apa yang dikatakan oleh dia...


1) air masak kena minum banyak.. sekurangnya 3liter/ 8gelas air masak..
2) makan 5-6 kali sehari
3) berjalan/senaman 45 minit sehari
4) Banyakkan warna biru sebab dipercayai mampu menghalang selera makan
5) jangan simpan si besar. maksudnya baju yang besar kalau dah capai berat badan ideal.
6) makan dalam pinggan yang kecil
7) banyakkan bijirin
8) makan bila lapar. Nak tahu sama ada anda makan kerana nafsu atau lapar. Elakkan ambil makanan yang diidamkan.
9) bertenang ketika makan. Makan secara perlahan untuk cepat kenyang. Otak manusia mengambil masa 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang.
10) makan buah lebih baik dari jus buah sebab cepat kenyang

 Nak tahu lebih tips boleh la tengok ig dia..

Macam mana nak pastikan kita minum air kosong yang cukup dalam sehari???

bangun pagi = 1 gelas
sarapan = 1 gelas
minum pukul 10 pagi = 1 gelas
lunch = 1 gelas
minum petang pukul 3 = 1 gelas
minum petang pukul 6= 1 gelas
dinner = 1 gelas
supper = 1 gelas

(Make sure gelas jangan besar sangat.. nanti jadi lebihan air...ikut keperluan tubuh badan)

Diingatkan juga kandungan air yang melebihi keperluan badan akan mendatangkan kesan bahaya kepada buah pinggang. Bergantung kepada amalan diet, senaman dan persekitaran kita... nak tahu lebih lanjut mengenai bahaya lebihan air tengok sini >> Kesan Minum Air Berlebihan

Tanda air dah cukup dalam badan:

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

Tak sempat la nak work out. Malas nk jogging. malas nak keluar. Nak kena pergi Gym ka? ala duit lagi.. Work out pun boleh buat di rumah. Macam mana nak work out? Tak tahu... 

Setiap orang ada idola work out masing-masing.. Tak ada jugak? Tanya pak cik google...

Idola work out tasha adalah Cassey Ho's.. ada banyak tips, ada banyak work out... 

7 comments:

Dunia Zumal said...

Kalau terlebih air takpe ke Tasha???

FAYYADHAH said...

Good info. Nak try sekarang je rase. huhu

Amsran Sanuin said...

share ADA kata minum air telalu banyak bahaya.. benar ke? http://gigitankerengga.blogspot.com/2013/01/bahaya-terlebih-minum-air-kosong_22.html

Anonymous said...

ada benarnya dengan apa yang diperkatakan dalam blog tu... tapi baca kembali part bergantung dengan gaya hidup kita... sekiranya kita seorang yang aktif, minum air putih yang banyak sangat baik untuk mengembalikan bendalir dalam badan akibat berpeluh... tapi bagi individu yang tidak gemar bersenam, memang agak bahaya.. mgkin akan jdi lbihan air.. itu yang mnjadi darah cair, sawan dan sebagainya... itu pntgnya kita kena bersenam.. utk kekalkan stamina badan.. just pendapat saya.. kalau salah mohon tegur.. ^^

tenku butang said...

tq atas perkongsian ni.. leh amalkan.. hee

Anonymous said...

lebihan air melebihi keperluan badan akan mendatangkan kesan bahaya jugak bagi individu yang kurang aktif. air yang banyak bertujuan untuk menggantikan bendalir yang hilang dalam tubuh badan akibat perpeluhan dan sebagainya. air yang lebih akan menghasilkan lebih banyak darah dan mendatangkan kesan bahaya kepada buah pinggang kerana terpaksa bekerja keras untuk membersihkan darah.

Dunia Zumal said...

Terima kasih atas jawapan Tasha. ^-^

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata