Pine Tree Trail, Fraser's Hill


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hiking Pine Tree Trail memang merupakan pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Sebelum ni tak pernah tahu pun Fraser's Hill ada tempat hiking. Ingatkan situ cuma tempat pelancongan ja. Bila di godek-godek baru tahu di situ ada tempat hiking yang agak mencabar treknya. kekuatan mental dan fizikal sangat penting.

Trek Pine Tree adalah 5.5 km. Tak jauh sangat daripada trek tasha di tapah hari tu... Yang mencabarnya trek ni adalah naik turun bukit yang mempunyai tahap kesukaran yang tinggi jugak. Memakan masa hampir 7-8 jam pergi dan balik. 

Tasha hiking bersama tiga orang rakan lagi. and yes... kami semua perempuan... Tu risiko pertama yang terpaksa kami ambil. Tapi disebabkan semangat kami yang kuat... with or without man, kami akan teruskan jugak hiking kami... 

Perjalanan dari tg. malim ke Fraser's Hill lebih kurang 1 jam 15 minit. Dekat ja... tapi yang tak boleh blah jalan dia bengkang bengkok. Naik pening di buatnya... nasib baik tak da mabuk darat... 


Sampai ja kami di Fraser's Hill.. pusing-pusing cari Pine Tree Trail. Tak jumpa-jumpa... sampai sesat. Line pulak kadang-kadang ok, kadang tak ok (nak cari guna GPS la). Memang memerlukan kesabaran yang tinggi la... Last sekali kami jumpa peta macam kat atas ni... Ouh, kena naik atas sikit lagi ni... 

Ok... sebelum hiking sempat lagi kami jalan-jalan cuci mata... haha... (sempat lagi) and tak lupa jugak kena breakfast sebelum hiking.. takot jugak ada yang pancit nanti... nak ingatkan... sila bawak bekal siap-siap sebab sini makanan agak mahal dan..... hehehe..... 

Ingat nak beli tshirt... corak pulak tak berkenan.. yang berkenan saiz budak-budak.... mana nak muat... keluar kedai dengan perasaan kecewa.... 
  


tempat tasha berdiri tu merupakan pintu masuk utama pine tree trail dan akan jumpa pondok pertama... Jangan risau sebab trek dia memang jelas dan susah nak sesat.. Cuma tahap keselamatan tu kena jaga la... masa tasha masuk jalan agak becak dan licin... 

Fasa pertama trek mendatar lagi. makin lama makin turun bukit. Masa turun bukit tu tak terasa penat sangat. Halangannya tak sukar lagi. Dalam 800m lebih kami jumpa dengan pondok yang kedua. rest sekejap... sambil tengok peta... Get ready sebab lepas tu kami akan menuruni cerun yang agak curam... dan jumpa dengan beberapa jenis pokok seperti pokok pisang apa tah.. tak ingat nama pisang tu... and jumpa pokok yang macam tali tarzan tu... 


Kemudian baru jumpa dengan pondok yang ketiga... Ops, pondok dah runtuh.. tinggal bumbung ja...kepenatan tu kian terasa... tapi semangat tu tetap ada...  




Setelah penat menuruni cerun... kami akan mula mendaki pulak... Masa mendaki tu la kepenatan semakin terasa.. Trek mula mencabar... dah la kaki pendek.. nak kena langkah besaq.. memang penat la... Berapa kali berhenti... Sepanjang perjalanan tu kami jumpa ramai orang... Soalan pertama yang kami tanya... "Sampai puncak dak?? Jauh lagi dak?? Berapa lama lagi??" Tau apa yang jawapan yang kami dapat???

"Tak sampai puncak pun... separuh ja... kalau nak sampai puncak ambik masa 2-3 jam lagi. sekarang ni dah lewat. kalau sampai puncak silap-silap malam baru keluar. "


Kami teruskan jugak perjalanan kami... Dalam kiraan kami kalau 3.30pm kami tak sampai puncak, memang kami akan berpatah balik... sangat bahaya sebab kami bukan datang dengan orang yang profesional dan kami semua perempuan... Susah kalau keluar malam... bahaya...... Sampai ja di satu cerun kami dah decide nak patah balik lebih awal.... 

walaupun sampai sini ja trek kami, dah cukup bersyukur. Sekurangnya perjalanan kami tak sia-sia.. Macam-macam yang kami dapat. Dapat jugak hiking walaupun tak habis... Inshaa allah next trip kami akan cuba habiskan.. Tapi kena masuk awal la... baru boleh habiskan... Ni kami masuk pun dah lewat... walaupun kami penat, letih... kami tetap happy... 

Kami mula hiking 12.45 pm-3.30 pm. 


Pine Tree Trail Fraser's Hill See You Soon