Mossy Forest Cameron Highlands



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Cuti yang buruh yang lepas , tasha dengan kawan-kawan tidak mensia-siakan cuti kami... Walaupun assignment banyak menanti, aktiviti wajib setiap minggu kami tetap adakan.

Kali ini kami memilih gunung irau atau lebih dikenali dengan Mossy Forest sebagai tempat pendakian. Dengan ketinggian 2110m dari aras laut dan merupakan gunung ke 15 tertinggi di Malaysia. Mossy Forest jugak dikenali sebagai gunung Lord of The Ring Malaysia. Memang rugi la bagi hiker kalau tak pergi hiking di mossy forest ni..

Untuk hiking ke Gunung Irau, sebaiknya kena buat permit. Tak mahal pun 1 kepala RM5.00 daripada kalau kena saman beratus-ratus... Tak tahu nak buat permit macam mana? boleh tanya tasha.. hehe....

Tak seperti hiking ke pine tree dulu hanya 4 orang gadis... Kini peserta lebih ramai dalam 11 orang yang terdiri daripada 7 orang dari UPSI, 4 orang dari UPNM.


1 Mei 2015, Kami mula bertolak dari Tanjong Malim selepas solat asar. Akibat jalan jem, perjalanan kami mengambil masa yang agak lama. Sekitar jam 10 kami tiba di tanah rata cameron. Pertama sekali yang nak cari adalah tempat makan. 

Lepas makan, kami mencari masjid yang terdekat untuk menginap. Jimat badget... hehe.. Ingatkan kami ja yang tidur, rupanya ramai.... sebelum tu, kami ke Balai Polis Brinchang untuk membuat report pendakian kami. Risau jugak kalau jadi apa-apa. so, sebelum terlambat baik ambil langkah berjaga-jaga.

Lebih kurang jam 5 pagi kami mula bertolak ke tapak pendakian gunung irau. Di situ kami solat subuh. Cuaca pagi tu memang sejuk. Kabus tebal... beku tulang hitam ni... Selepas warming up dan bacaan doa, pukul 7 kami mulakan trail pendakian dengan mendaki tangga kayu.


Dengan mengambil masa lebih kurang 2 jam kami tiba di Mini Irau. Kami sempat rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke peak irau. Semput? memang semput. Trail agak hardcore. Sebab traill tu agak lembap, berlumpur, lincin dan silap langkah boleh makan diri....

rehat sekejap di Mini Irau lebih kurang 20-30 minit baru la kami meneruskan perjalanan kami ke Peak Irau. and we did it!!! Masa untuk kami mendaki ke Peak Irau lebih kurang 3 jam 30 minit... Kalau rehat kejap ja mungkin boleh sampai lebih awal....

Setelah tibanya kami disitu .. Mashaa Allah.. cantiknya ciptaan Allah.... Kagum dengan keindahan yang ada... segala kepenatan yang kami lalui tadi terbayar dengan keindahan yang kami lihat...

The best part is about our photoshoot... Sebelum kami turun , sempat lagi kami photoshoot di tempat yang paling cantik..

Masa turun kami lebih cepat. dari pukul 12.15pm-3.30pm... jadi perjalanan kami memakan masa 7 jam untuk turun dan naik. disebabkan tasha masih baby hiker, semput tu masih terasa... Rasa nak nangis ja sebab penat sangat.. tenaga dah banyak habis... Tapi dikuatkan semangat jugak... alhamdulillah... sampai jugak ke penamatnya....

5 comments:

Ahlam Miera Shafie said...

bestnya..sy dh lama xp berdaki.. dulu jadi aktiviti hujung minggu tapi dkt bukit berdera jerlah.. hehehe

Dunia Zumal said...

Bestnye dapat hiking masa cuti, Tasha dengan kawan2 pakai cam dalam gambar tu ke masa hiking?

Syira Lokman said...

lawanyaaaaaaaa

Eila Rafdzi said...

salam nak tanya beberapa soalan :
1.awk naik gunung tu with tourist guide or sendiri2?
2. then nk buat permit tu kt mana?
3. nak buat report kt balai polis brinchang tu mcm mana?..ker just bagi nama2 ahli yg mendaki jer

alia farhan Said said...

Cantik gila yg photoshoot tu...dengan pokok2 kt blkang tu...

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata