Bertatihlah Dengan Kaki Sendiri



Bertatihlah dengan kaki sendiri

Kerana ia lebih mulia
daripada bersayap emas
tetapi milik orang lain

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terlalu bergantung dengan orang sekeliling membuatkan kita takut untuk berdiri dengan kaki sendiri. Kenapa? Takut jatuh? Kalau dah jatuh, bangun la... Seribu kali jatuh, seribu kalilah bangun... Kerana dengan jatuh itulah akan membuatkan kita lebih kuat, lebih tegar untuk menghadapi liku-liku yang akan datang. 

Belajar untuk hidup susah. Tak ada salahnya. Buat apa malu. Kita susah dulu kemudian baru kita nikmati kesenangan hasil usaha kita sendiri. Nak berjaya, nak hidup senang... kita mulakan dari bawah... Kita nak berjaya macam orang lain yang dalam masa yang singkat. Memang tak kan berjaya la kalau mudah putus asa. Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai... Kena ada usaha yang berterusan. 

Ingat balik masa kita mula lahir. Kita tak tahu apa-apa. Bahkan bercakap, berjalan, berlari pun tak tahu. Apa yang kita tahu hanya menangis, Kita sebagai manusia ada tahap perkembangan kita. Dari kanak-kanak sehingga tua. dari tak tahu apa-apa sehingga kita mampu melakukan semuanya sendiri... Berjalan, berlari, melompat.. acap kali jatuh.. kita bangun dan berlari lagi...  Semua itu bukannya mengambil masa sehari dua... bertahun lamanya... 

Kenapa kita tak jadikan kekuatan kita masa zaman kanak-kanak sebagai inspirasi kita ketika kita dah besar??? 

Pesanan ikhlas ini dituju khas buat penulis blog ini Miss Tasha AQisha yang hampir hilang semangat. 


11 comments:

adk dayah said...

nice sharing dear =)

Engku Muzahadin said...

Nice ;)

Ms Qiya Saad said...

Bersabar dgn setiap dugaan ye..biasa la tu..semua org pn akn mngalami fasa up and down ni..apa yg pnting masa kita kt atas jgn lupa org yg dibawah, n bila kita kt bawah tgk la org2 yg da brjaya sbg inspirasi..dont give up!

Anonymous said...

itu la... bila rasa down tasha akan cuba igt balik knpa tasha ada disini.. igt matlamat sebenar.. impian tasha.. parents... Inshaa Allah.... i will be strong girl

Anonymous said...

tq

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...

setuju dengan penyataan nie...kekadang kita tak ambik pengajaran atas apa yang berlaku masa kecik2.. jatuh berkali tapi kita tak pernah menyerang kalah.. bangkit dan bangkit. Cuma bila dah dewasa nie ... kekadang dugaannya berbeza kot...

mselim3

pls: kena ada idola ... sebagai inspirasi ...

Siti Yang Menaip said...

jangan la hilang2 semangat.. namo la..
mari2 kami kasi semangat tu =D

take care ya..

Shahida Dzulkafli said...

Sharing yang sangat bagus.. ada masanya mungkin kita akan rasa sangat down sebab terjatuh tapi sesungguhnya hanya diri kita sahaja yang mampu bangkit kembali.. Kena percaya dekat diri.. Sesungguhnya jatuh atau gagl itu bukanlah bermakna pengakhiran buat kita..

Dunia Zumal said...

Mendalam betul maksudnya tu Tasha, apa pun moga segalanya dipermudahkan...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam tasha,
uols masih muda
panjang lagi perjalanan
chaiyok3
don't give up naaaaaa

#BloggerUtara

Shazz93 Kisstherain said...

Nice one girls..

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata