Egonya manusia itu



Bukan milik aku, kau, dia atau mereka...
Kita hanya menumpang...
Tempat aku bukan di sini..
Kau pun bukan di sini...
Sampai masa pulang jugak ke tempat asal...

Tapi, mengapa masih ada yang menongkat langit..
Buat seperti harta dia yang punya..
Patah tongkat baru tahu tinggi atau rendah langit tu..
Dihempap langit sekelip mata...
Baru tahu parahnya untuk mengangkat langit..

Ahh, masih sempat menunding jari..
Apakah dengan menunding jari segalanya bakal selesai...
Kisah ini sudah lama dibangkitkan...
Manusia ini sahaja masih ego...
Kesannya belum ada...
Masih galaklah menongkat langit...

Tak payah salahkan sesiapa..
Tanya diri sendiri..
Ya, salah kita!!!
Kitalah puncanya...
Terlalu ghairah sampai terleka..

Egonya manusia itu...

Mahu hidup dalam keegoan atau ekosistem yang aman???

This entry was posted in

7 comments:

Liyana said...

yeah , keegoan manusia kini makin menjadi-jadi . entah apa yang dikejar entah menjadi atau tidak . entahlah . manusia dan ego bukan senang nak dipisahkan . hm .

The Talking Diary

Aqil Neo said...

Manusia pnuh dgn keegoan nya sndiri...btw visit mine Catatan Mohamad Aqil http://aqilneo.blogspot.com/

Anonymous said...

yup... ego dan manusia tak dpt dipisahkan... tapi kita sndri yang mengawal ego tu.. jgn biar ego yang kwal kita. kan

Anonymous said...

betul tu... ego..

Puteri Afiqah said...

Manusia sekarang dah takde kesedaran nak sayang alam sekitar. huhu

Siti Yang Menaip said...

kena sentiasa rendah diri.. baru kita x bongkak sngt..

Shahida Dzulkafli said...

Sekarang nie akibat keegoan manusia ekosistem makin tenat... Xtau lah nak sedarkan macam mana lagi..Kerakusan mengatasi sifat sayang..

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata