Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung Reehans Pilihan Muslimah - Merupakan telekung yang direka khas sesuai dengan wanita muslimah moden. Bagi memenuhi tuntutan Islam dalam menutup aurat ketika solat, telekung ini tidak jarang dan tidak menampakkan susuk badan. Telekung yang mudah disarung, tidak panas dan selesa pastinya menjadi pilihan utama. Jadi dengan terciptanya Telekung Reehans, pasti ianya memenuhi citarasa pengguna.

Sebagai seorang yang beragama Islam, menutup aurat merupakan perkara wajib tidak kira walau dimanapun kita berada sama ada keluar berjalan-jalan, dengan bukan mahram dan juga ketika solat. Tahu tak menutup aurat merupakan salah satu syarat sah solat seseorang? Ya, sekiranya tidak menutup aurat ketika solat, maka batallah solat kita. 
Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”.

Terdapat tiga jenis koleksi Telekung Reehans iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur, dan Reehans Rania. Telekung Reehans merupakan telekung one piece. Hanya perlu sarung sahaja, tak perlu lagi untuk menyarung kain untuk menutup bahagian kaki.


Koleksi Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Telekung Reehans Balqis


Reehans Balqis merupakan telekung yang bercorak. Telekung ini menggunakan fabrik English Cotton yang berkualiti tinggi dimana Reehans Balqis selesa dipakai, lembut, dan tidak panas. 

Reehans balqis mempunyai 24 jenis corak berbunga-bunga dengan pelbagai warna yang menarik. Antaranya adalah Balqis in Flower White with Light Blue, Balqis in Flower Pink White, Balqis in Flower Pearl Blue, Balqis in Flower Sweet Light Pink, Balqis in Flower Sweet Purple dan macam-macam lagi. (Boleh Lihat Sini)

Reehans Balqis mempunyai dua saiz iaitu M (sesuai untuk individu dengan ketinggian 140cm- 160 cm) dan L (sesuai untuk individu dengan ketinggian 150cm - 175cm)

Harga bagi Reehans Balqis adalah RM 190.00 sahaja. 

Telekung Reehans Nur


Reehans Nur merupakan telekung plain yang mempunyai ropol di bawah dengan menggunakan fabrik Italian Velentro yang berkualiti tinggi dimana selesa dipakai, lembut, dan tidak panas.  

Reehans Nur mempunyai 7 warna pilihan. Antaranya adalah Dusty Pink, Grey, Light White, Mint Blue, Purple Violet, Vanilla Cream, dan Green Ocean.  (Boleh Lihat Sini)

Harga bagi Reehans Nur adalah antara RM 200.00 - RM 230.00 sahaja. 

Telekung Reehans Rania


Reehans Rania merupakan telekung plain yang tidak mempunyai ropol di bawah dengan menggunakan fabrik Italian Velentro yang berkualiti tinggi dimana selesa dipakai, lembut, dan tidak panas.  

Reehans Rania mempunyai 2 warna pilihan iaitu Dusty Pink dan Vanila Cream. (Boleh Lihat Sini)

Harga bagi Reehans Rania adalah antara RM 240.00 sahaja. 

Info Lanjut dan Tempahan

814-B, LORONG TUNKU MOHAMAD,
JALAN PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,
05050 ALOR SETAR, KEDAH, MALAYSIA.
WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com

Telekung ini merupakan inovasi pertama buat muslimah yang menginginkan Pakaian Solat yang Pratikal, Selesa dan Diyakini. Sesuai dengan tagline Telekung Reehans.
"Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria"

Kesemua koleksi Telekung Reehans ini sesuai untuk kegunaan harian, hadiah perkahwinan, hadiah pertunangan, hadiah hari jadi, hadiah hari wanita dan hadiah hari ibu.



Jelajah Kampus

Jelajah Kampus | Universiti Pendidikan Sultan Idris

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Misi hari ni tasha dengan my bestfriend jalan-jalan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (kampus lama). Sebenarnya kami jelajah kampus lama adalah ambil gambar untuk menyertai pertandingan Happy 58th Merdeka Days, Malaysia. Contest ni akan tamat pada 1 September.  

Lokasi | Bangunan Suluh Budiman

Lokasi yang dipilih merupakan sekitar Bangunan Suluh Budiman. Hal ini disebabkan bangunan tersebut merupakan Muzium Pendidikan Nasional pertama Malaysia. Muzium ini telah diilhamkan sejak tahun 1950 lagi. Dahulu ia dikenali sebagai Muzium Sultan Idris Training College (SITC). Muzium ini hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim.

Replika Loceng Agung

view belakang tu merupakan tempat letaknya loceng agung UPSI. Bertujuan untuk memanggil pelajar-pelajar berkumpul satu masa dulu. Sekarang loceng tu dah tak ada. Tau pi mana. Yang ada cuma replika saja.  Lokasi ni berhadapan dengan Dewan SITC. 


Disebabkan tak ada orang nak ambil gambar, kami pun ambil gambar sendiri. huhu... Nak buat gesture H, tapi rasa macam tak jadi la pulak. hahahaha....

Laman Batik UPSI



Laman Batik UPSI ni baru ja diubahsuai. Dulu tak la secantik sekarang ni. Sekarang memang cantik. Kreatif orang yang buat ni. 

Ok,sampai sini dulu jelajah kampus UPSI buat masa ni. Jelajah yang seterusnya? Any suggestion?

Blog Bertukar Wajah | Mesra SEO

Blog Tasha Aqisha Bertukar Wajah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, siap sudah wajah baru blog tasha ni. Dah tak ada bunga-bunga, warna-warni semua tu. Motif utama tasha tukar wajah sampai jadi simple macam ni disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kurangnya mesra SEO. 
Kredit :HH

Macam Mana Nak Tahu Blog Mesra SEO?

Hari ni, #Bloggerutara ada sembang-sembang pasal SEO. Jadi, dengan tekadnya tasha cari info pasal Blog yang Mesra SEO. Tahu siapa yang menjadi rujukan tasha? Mestilah Sifu Hasrul Hassan . Walaupun baru baca sikit, input yang diberikan memang banyak dan sangat membantu tasha. Tasha ada baca macam mana nak kenal pasti blog yang mesra SEO. Caranya adalah dengan bantuan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/seo-doctor/ . Sekiranya anda nak tahu macam mana nak check. Boleh la ke blog Sifu http://www.hasrulhassan.com/2014/06/tips-kenalpasti-blog-mesra-seo.html


Menurut sifu, sekiranya bendera  tu berwarna merah, blog mempunyai masalah dan kita boleh tahu masalah tersebut dengan klik pada bendera tersebut. Untuk template blog tasha yang lama memang naik merah. Masalah Heading terutamanya. Bila tukar template yang baru.. Alhamdulillah... settle.... 

Semak Peratusan SEO

Kemudian, kita boleh semak peratusan SEO blog kita dengan http://chkme.com/page-seo-tools . Hari ni #Bloggerutara dah listkan peratusan SEO masing-masing. Terima kasih abang long #bloggerutara arzmoha yang sudi share pasal ni. 

Hanya masukkan link sahaja. Dengan Chkme kita dapat tengok juga masalah blog kita yang perlu diperbaiki. Seperti yang tasha cakap tadi, blog tasha mempunyai masalah Heading. Dia akan naik BAD. Stress bila nampak Bad kan. Bila dah tukar baru dah jadi GOOD. I like! 

Pada mulanya peratusan SEO tasha adalah 17% ketika semak dengan menggunakan template yang lama. Setelah template bertukar baru, perusan telah meningkat kepada 59%. Last tasha semak adalah 80%. See... betapa SEO memainkan peranan yang sangat penting. 

Jadi, jom sama-sama kita belajar SEO untuk meningkatkan mutu blog kita. 

Tasha Aqisha





Contact



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tasha merupakan Blogger yang berasal dari Langkawi. Mempunyai minat yang mendalam terhadap outdoor activities dan penulisan blog. 

Blog ini merupakan blog yang menceritakan tentang aktiviti harian, minat, review produk, informasi terkini dan sebagainya. 

Sebarang pertanyaan, cadangan, review, jemputan dan sebagainya sila hubungi saya di:


Yang benar,
Tasha Aqisha

Akuarium Public Phone


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebelum zaman telefon pintar, Public Phone ni la tempat yang paling orang suka bergayut. Sanggup beratur panjang-panjang... Kalau duit syiling tu simpan banyak-banyak... Tapi sekarang duit syiling 10 sen pun buat tak endah ja...

Bila zaman public phone ni semakin ditelan zaman.. hanya tinggal pondok public phone ja la.. Ada berapa kerat ja yang boleh guna lagi... Tapi orang sekarang mana nak guna dah,.. Dicontengnya, dirosakkannya... Itulah sikap vandelisme yang tak patut ada dalam diri kita... 

So, daripada terbiar macam tu ja, Osaka telah menjadikan ruang public phone kepada akuarium. Cantikkan... Kaedah ini dapat membantu untuk mencantikkan kawasan tersebut daripada diconteng atau dirosakkan oleh individu yang tak bertanggungjawab... Bayangkan kalau macam-macam ikan ada.. mesti lawa... ^^

Bila Jerawat Datang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... jerawat dan tasha memang tak dapat dipisahkan... kini makin menjadi-jadi... bila nak okay ja mesti dia muncul lagi... sampailah mak tasha suruh pergi klinik takut ada penyakit kulit katanya... kulit tasha sangat sensitif. Kena gigit nyamuk ka luka ka memang akan meninggalkan kesan yang tak elok... sebab tu dia suruh pergi klinik takut ada alahan apa-apa... (errr.... jerawat disebabkan alahan jugak ka??)


Tapi kalau nak pergi klinik mesti mahal kan...  so, tasha mintak la petua sikit dari kawan tasha.. mana tau kesannya bagus... selalu guna produk moden ja.. ni nak try rawatan tradisional.. bebas bahan kimia.. kot berkesan.. nanti boleh share...
baru hari pertama cuba... kena tunggu dalam seminggu.. kalau ada perubahan tasha update...

kalau ada yang nak kongsi petua boleh la kongsi... mana tau boleh cuba nanti....