Masker Homemade | Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Merujuk entry yang lepas iaitu bila jerawat datang, tasha ada bagitahu mengenai kaedah menjaga wajah tanpa sebarang bahan kimia. Dengan hanya menggunakan bahan dari dapur pun boleh menjaga wajah kita. Yang penting kena disiplin, konsisten, sabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Hal ini kerana sel kulit kita akan diperbaharui setiap 21 hari. Jadi janganlah harap kulit akan cantik mulus lepas 3 hari pakai ea... Tu semua bahan kimia la kalau yang pakai 3 hari putih gebu gebas... 

Siapa cakap produk tu tak ada bahan kimia, tu semua tipu... untuk hasilkan sabun yang berbuih pun perlukan bahan kimia.. apatah lagi produk-produk lain. Cuma pastikan bahan kimia yang digunakan tidak berbahaya yang boleh menjejaskan kulit wajah. 


Bahan-Bahan Dapur Untuk Wajah 

Kayu Manis

Kayu manis memberikan aroma manis pada masakan kita dan kayu manis juga merupakan antiseptik yang dapat merawat jerawat pada wajah kita. Kayu manis dapat mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. 

Kunyit

Kunyit juga merupakan antiseptik, antiradang, anti bakteria dan anti penuaan yang dapat mengecut dan memudarkan jerawat. Sebatian yang membentuk pigmen kuning (curcumin) pula,  membantu untuk mencerahkan kulit. 

Lemon

Selain digunakan sebagai detox, lemon juga mampu untuk merawat jerawat. Malah lemon mampu untuk mencerahkan kulit wajah dan menaikkan seri wajah lagi. Seperti yang kita tahu lemon mempunyai Vitamin C yang baik untuk kulit dan mampu untuk membuang sel-sel kulit yang mati, mengecilkan pori-pori dan mengatasi kulit berminyak.

Masker Wajah Dengan Bahan Dapur


Dengan menggunakan ketiga bahan yang tasha senaraikan di atas tu boleh la dijadikan masker. Kayu manis + Kunyit + lemon. Sebatikan ia, kemudian sapu pada kawasan yang bermasalah atau keseluruh wajah. Elakkan kawasan mata ea.. Untuk permulaan lakukan setiap hari sehingga dapat kulit yang diinginkan. Lepas tu lakukan secara konsisten 3 kali seminggu. Pakai pada waktu malam selama 1-2 jam. Nak pakai semalaman pun boleh. Esok pagi terus cuci sampai bersih.

sekiranya tak nak letak lemon, boleh digantikan dengan air kosong yogurt atau madu. Madu dapat melembapkan kulit wajah tau! Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit kering. 

Kemudian boleh lakukan scrub muka dengan serbuk teh yang sudah digunakan. Serbuk teh dapat menanggalkan kulit mati pada wajah. Sekiranya anda menggunakan scrub dari produk kecantikkan pastikan kandungan bahan kimia yang terdapat tidak banyak ye. 


*** Masker ni bila dah sapu kat muka memang akan pedih, kena tahan la sikit sebab tu tanda bahan-bahan ni mula bertindak. Diingatkan juga, kalau anda ada alahan terhadap bahan-bahan ni jangan guna tau. 

Salam Blogger:
Tasha Aqisha


WORDLESS WEDNESDAY! #24 | Logo Baharu Google


Google Baharu Google : Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini pasti ramai yang sedar perubahan yang berlaku pada logo Google kan. Secara rasminya logo Google telah bertukar wajah. Kalau perasan icon favicon pun dah bertukar.  

Untuk ketahui sejarah Logo Google dengan lebih lanjut boleh layari laman sesawang Sejarah Logo Baharu Google