Masker Homemade | Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Tips Menjaga Wajah Tanpa Bahan Kimia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Merujuk entry yang lepas iaitu bila jerawat datang, tasha ada bagitahu mengenai kaedah menjaga wajah tanpa sebarang bahan kimia. Dengan hanya menggunakan bahan dari dapur pun boleh menjaga wajah kita. Yang penting kena disiplin, konsisten, sabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Hal ini kerana sel kulit kita akan diperbaharui setiap 21 hari. Jadi janganlah harap kulit akan cantik mulus lepas 3 hari pakai ea... Tu semua bahan kimia la kalau yang pakai 3 hari putih gebu gebas... 

Siapa cakap produk tu tak ada bahan kimia, tu semua tipu... untuk hasilkan sabun yang berbuih pun perlukan bahan kimia.. apatah lagi produk-produk lain. Cuma pastikan bahan kimia yang digunakan tidak berbahaya yang boleh menjejaskan kulit wajah. 


Bahan-Bahan Dapur Untuk Wajah 

Kayu Manis

Kayu manis memberikan aroma manis pada masakan kita dan kayu manis juga merupakan antiseptik yang dapat merawat jerawat pada wajah kita. Kayu manis dapat mengecutkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. 

Kunyit

Kunyit juga merupakan antiseptik, antiradang, anti bakteria dan anti penuaan yang dapat mengecut dan memudarkan jerawat. Sebatian yang membentuk pigmen kuning (curcumin) pula,  membantu untuk mencerahkan kulit. 

Lemon

Selain digunakan sebagai detox, lemon juga mampu untuk merawat jerawat. Malah lemon mampu untuk mencerahkan kulit wajah dan menaikkan seri wajah lagi. Seperti yang kita tahu lemon mempunyai Vitamin C yang baik untuk kulit dan mampu untuk membuang sel-sel kulit yang mati, mengecilkan pori-pori dan mengatasi kulit berminyak.

Masker Wajah Dengan Bahan Dapur


Dengan menggunakan ketiga bahan yang tasha senaraikan di atas tu boleh la dijadikan masker. Kayu manis + Kunyit + lemon. Sebatikan ia, kemudian sapu pada kawasan yang bermasalah atau keseluruh wajah. Elakkan kawasan mata ea.. Untuk permulaan lakukan setiap hari sehingga dapat kulit yang diinginkan. Lepas tu lakukan secara konsisten 3 kali seminggu. Pakai pada waktu malam selama 1-2 jam. Nak pakai semalaman pun boleh. Esok pagi terus cuci sampai bersih.

sekiranya tak nak letak lemon, boleh digantikan dengan air kosong yogurt atau madu. Madu dapat melembapkan kulit wajah tau! Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit kering. 

Kemudian boleh lakukan scrub muka dengan serbuk teh yang sudah digunakan. Serbuk teh dapat menanggalkan kulit mati pada wajah. Sekiranya anda menggunakan scrub dari produk kecantikkan pastikan kandungan bahan kimia yang terdapat tidak banyak ye. 


*** Masker ni bila dah sapu kat muka memang akan pedih, kena tahan la sikit sebab tu tanda bahan-bahan ni mula bertindak. Diingatkan juga, kalau anda ada alahan terhadap bahan-bahan ni jangan guna tau. 

Salam Blogger:
Tasha Aqisha


17 comments:

Nor Marshaliza Shaidan said...

Boleh buat juga ni...tq sis sharing

jemput singgah blog sy RAHSIA AWET MUDA WANITA

Amanina Mads said...

selalu juga buat mcm ni kalau jerawat dh naik. hehee

Anonymous said...

buat la.. mmg best hasil dia..

Anonymous said...

betul tu... nmpak jerawat ja sapu ja... esoknya da kecut

Anonymous said...

Betul tu, saya selalu buat masker madu pada wajah :-)

Dunia Zumal said...

Guna bahan camni jimat belanja kita...

Permatabiru said...

pernah try dulu masa zaman sek..adoii jerawat kecut abis..tapi muka abis tompok2 merah sebab kulit kayu manis tu panas sgt kot hehe...pakai sekali je x buat dah kikiki

el said...

even senang sgt pun tp lau dah malaih tu malaih jugak
hahaha apalah nasib dpt diri sendiri yg malaih bab2 nak cantik ni ekeke

♥TheOnlyFarah♥ said...

wah nice tips tasha.. nnti boleh cuba tengok.. dah lama tak mask muka nie...=D

Murni Alysa said...

akak pernah letak kulit kayu manis pd jerawat. memang ceoat kecut tp pedih muka akak x tahan.. hihihihi

zai zamree said...

nice sharing

Noriza Rahman Momma Vogue said...

Boleh try buat ni..

husna zahidi said...

uish kulit kayu manis kalau letak muka memang pedih..

Siti Yang Menaip said...

rajin nyeee adik manish ni buat masker sndiri..

Kira Sakura said...

wahhhh nak try buat la jugak. nak campur madu. kulit kira kering

Amanina Mads said...

senang nk melambatkan proses jerawat naik di muka kan tasha

aRz MoHa said...

Guna bahan asli lebih baik.

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata