Delegasi IPT 2015


Delegasi IPT 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 9 November yang lalu. Program 4 hari 3 malam ini berjaya menghimpunkan 14 kelab rekreasi  IPT seluruh malaysia. Antara yang terlibat:



  1. Kelab Kembara MSU
  2. ARC IIUM (Adventure and Recreational Club IIUM)
  3. Persi (Persatuan Rekreasi UITM Perak)
  4. Kresma (Kelab Rekreasi UITM Malaysia) 
  5. Kelab Kembara UMT
  6. Karen (Kelab Rekreasi UNITEN)
  7. T-Rex (Kelab Rekreasi UMP)
  8. Cheveyo (Kelab Sukan Lasak Upsi)
  9. Kerlu (Kelab Rekreasi Luar Upsi) 
  10. Kerex (Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrim UTeM)
  11. Kelab Kembara UTHM
  12. KRUM (Kelab Rekreasi Unikl MIIT)
  13. UMAGS (UNISEL)
  14. Re-X (Kelab Rekreasi UITM KB)

Delegasi IPT 2015


Program ini berlangsung selama 4hari 3malam. Bermula pada 6-9 November 2015 di Teratak Riverview, Tanjong Malim, Perak. Atas kekangan waktu dan jarak perjalanan kelab lain ke destinasi, program ini secara rasminya bermula pada 7 November 2015. Kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan kecil seperti Brooks, North Face, ... 

Kami juga perlu melakukan aktiviti dan memasak mengikut kumpulan yang diberi. Nama kumpulan tasha adalah Brooks yang terdiri daripada Nik (Utem), Nicky (MSU), Bah (Unikl), Alif (UMT), Kak Aida (KERLU). 

Talk By S.O.S and Hike to Waterfall (7 November )


Aktiviti pada pagi itu adalah mendengar taklimat Search and Rescue daripada En. Muzafar Mohamad (Director of Silver outdoor Sport). Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada kami apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa berlakunya sesuatu yang tidak diingini.  

Usai taklimat, kami mula memasak untuk hidangan tangahari sebelum memulakan pendakian ke Lubuk Kawah. Walaupun tasha tinggal di Tanjong Malim, itu merupakan kali pertama tasha menjejakkan kai ke Lubuk Kawah. Perjalanan ke lubuk kawah memakan masa hampir 2 jam. Trail ke sana pada awalnya agak santai. Seperti trail ke Sungai Chiling. Namun, makin lama trail semakin curam dan masing-masing kelihatan agak kepenatan untuk mendaki. Dan untuk pertama kalinya tasha kena gigit dengan pacat. Hiking sebelum ini tak pernah lagi menderma darah kepada makhluk itu. Bukan main besar lagi dia.. Dah kenyang katakan...

Aktiviti pada waktu malam pula, kami diminta untuk membuat satu kertas kerja bagi mendapatkan tajaan berkaitan dengan outdoor. Bagi kumpulan tasha kami mencadangkan agar membuat aktiviti bersama masyarakat orang asli. Seperti kita tahu, masyarakat orang asli mempunyai banyak ilmu pengetahuan mengenai outdoor dan ilmu itu boleh kita pelajari dan aplikasi apabila berada di dalam hutan. Selain itu, kami juga mencadangkan untuk membuat Corporate Social Responsibility (CSR), dimana membuat khidmat masyarakat pula kepada mereka setelah mereka berkongsi ilmu dengan kita.


Corporate Social Responsibility di Kampung Balun (8 November)



Hari seterusnya kami membuat CSR di Kampung Balun. Antara CSR yang kami buat adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, sekolah, membantu golongan kelainan upaya, membuat aktiviti dengan kanak-kanak dan aktiviti rewang.

Tasha and the gang telah meluangkan masa dengan kanak-kanak tadika pasti di kampung Balun. Semestinya ramai kanak-kanak yang mencuit hati. Gelagat mereka yang sentiasa buat kami terhibur. Untuk kanak-kanak comel ini kami sediakan bahan mewarna untuk mereka. Memang terhibur tengok gelagat masing-masing ketika mewarna. Pada sebelah petang pula, kami meneruskan aktiviti riadah bersama penduduk disitu.

Untuk aktiviti pada malam tersebut, kami telah diminta untu membuat satu persembahan parodi. Bab ni memang lemah sikit. Tasha bukan ada bakat-bakat berlakon, menyanyi bagai ni. Tapi apakan daya, hentam saja la... Ada yang menghiburkan ada juga kurang terhibur. Ermm, macam group tasha.. hahaha. Anggap saja sebagai pengalaman kan. 

Hardcore Hunting (9 November)


Merupakan hari terakhir kami. Jadi aktiviti untuk hari terakhir adalah Hardcore Hunting. Konsep aktiviti ni macam explorace tapi telah diubah suai sesuai dengan aktiviti outdoor. Ada 11 check point yang melibatkan survival outdoors antaranya water crossing, tubing (boleh rujuk video untuk lihat lebih banyak aktiviti Hardcore Hunting) . Dan adalah insiden yang membuatkan trauma tu kembali semula. Baru masuk check point kedua dah asma.

Bila kita dapat kawal sesuatu ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita, tetapi bila sesuatu itu merupakan ketakutan buat kita tidak ada apa yang mampu untuk mengatasinya melainkan cuba melawan. Namun, bila tasha tak dapat nak kawal arus air sungai yang deras tu, tasha dah mula panik akhirnya tersungkur. There another long story about my trauma with water. hahaha....

Lepas habis sahaja hardcore hunting, kami mula membuat persiapan untuk majlis penutup pada petang tersebut. Terasa sangat sekejap masa berlalu. Terdapat banyak happy sad story sepanjang berlangsungnya program ni. Yang penting ilmu yang dikutip akan diaplikasikan untuk kehidupan yang akan datang.

Walaupun berlainan IPT, kami kongsi satu minat yang sama !

Jumpa lagi untuk delegasi akan datang..




Salam Newbie,
Tasha Aqisha












WORDLESS WEDNESDAY! #27 | Delegasi IPT 2015


THE SUMMIT of IPT Outdoor Recreational Assembly 2015, Organised by Kelab Kembara MSU, Management & Science University - 'All for one, One for all'


Pertemuan kelab rekreasi seluruh IPT akan berhimpun di teratak riverview Tanjong Malim selama 4 hari. Selamat menjalani cuti mid sem bersama keluarga KERLU dan Cheveyo UPSI serta kawan-kawan baru.. ^^^


Contest Review Lynk.My 2015

Jom join Contest Review Lynk.My 2015 . Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini terasa nak join contest. Punya la banyak contest sekarang ni yang tertarik menarik. Sampailah tasha tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Lynk.my . Hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan dan berbaloi. 

Contest Review Lynk.My 2015

Dengan contest Review Lynk.My 2015 macam ni la kita dapat memantapkan teknik penulisan dan teknik SEO. Contest Review Lynk.My 2015 berlangsung 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Jadi masih ada peluang untuk rebut wang tunai yang bernilai RM4000. Banyak tu!!! Dan untuk 50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com.

Macam mana Nak Join Contest Lynk.my 2015?

1. Kena ada akaun lynk.my
2. Masuk ke Link ini
3. Review Lynk.my dan masukkan hadiah dan kategori penyertaan mengenai contest review lynk.my 2015.
4. Hantar link penyertaan ke contest@lynk.my dengan format yang betul.

Untuk contest ini anda bebas menulis dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris tanpa had patah perkataan. Janji jangan ada unsur plagiarism ....

Apa itu Lynk.my? 

Lynk.my merupakan laman web yang dapat menyingkatkan url blog atau entri dan link tersebut boleh menjana pendapatan blogger. Url blog tasha yang telah dipendekkan oleh Lynk.my adalah http://lynk.my/GSP . Link url kita boleh kongsikan dimana-mana sahaja sama ada di blog, Facebook, twitter dan pelbagai media sosial yang lain. 

Tawaran Istimewa Untuk Pengiklan Lynk.my

Para pengiklan juga boleh mengiklankan dengan harga yang rendah, berpatutan dan berbaloi. Pendaftaran adalah PERCUMA. Hanya keluarkan modal serendah RM10 sahaja, para pengiklan mampu iklan pelbagai jenis produk, servis dan lain-lain yang ingin diiklankan.

Bagaimana Lynk.my membuat pembayaran?


1. Jumlah didalam akaun lynk anda
3. Pilihan Akaun Bank yang Anda Gunakan
4. Masukkan Jumlah Yang ingin Dikeluarkan
5. Tekan "Request Withdraw" untuk proses Pengeluaran dan permintaan anda akan pending untuk pengesahan pihak lynk

** Proses pengeluaran memakan masa sekurangnya 14 hari waktu bekerja.sebagai contoh sekiranya anda membuat request withdraw pada 28 hb.Ia akan diproses selepas 28 hb iaitu bermula pada hari bekerja.

Senarai Hadiah Contest Review Lynk.My 2015 Mengikut Kategori

Semua hadiah adalah dalam bentuk wang ringgit Malaysia yang akan dimasukkan terus ke akaun pemenang. ( No akaun dan bank pemenang perlu diisi ketika mendaftar di lynk.my )

TOP lynkUNDI

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP SEO 

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200


· Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com


Klik Gambar untuk undi Tasha ^^