Train Like a Beast, Look Like a Beauty! - Cassey Ho's

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Work out. Setiap orang ada tujuan masing-masing untuk work out. Nak kurus. Nak fit. Nak sihat. Dan setiap orang ada cara tersendiri. 

Sesetengah orang nak kurus. Nak kurus dengan cepat. Ambik pil sana sini. Yup, sangat berkesan. Tapi sampai bila nak bergantung dengan pil saja. Mampu ka nak beli pil tiap-tiap bulan. So, workout la jalan mudah.. Goal di sini bukan nak kurus.. tapi nak fit.. dapatkan tubuh badan ideal... BMI yang seimbang...

Mengharapkan pil kurus..Tahan perut.. Malas nak work out... Arghh.. alasan semata. Kita memang digalakkan untuk senaman kan... Jadi, kenapa nak malas... Sehari 60 minit tu dah cukup berbaloi... 30 minit pagi, 30 minit petang... 

Jangan pernah control bab makan. makan ja apa yang anda nak makan.. Tapi dalam kuantiti yang sedikit dan kerap... meh, nak bagi petua cepat kenyang... ni tasha ada baca dalam satu ig yang di post oleh ayuni_chocolate. Kalau anda perasan la apa yang dikatakan oleh dia...


1) air masak kena minum banyak.. sekurangnya 3liter/ 8gelas air masak..
2) makan 5-6 kali sehari
3) berjalan/senaman 45 minit sehari
4) Banyakkan warna biru sebab dipercayai mampu menghalang selera makan
5) jangan simpan si besar. maksudnya baju yang besar kalau dah capai berat badan ideal.
6) makan dalam pinggan yang kecil
7) banyakkan bijirin
8) makan bila lapar. Nak tahu sama ada anda makan kerana nafsu atau lapar. Elakkan ambil makanan yang diidamkan.
9) bertenang ketika makan. Makan secara perlahan untuk cepat kenyang. Otak manusia mengambil masa 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang.
10) makan buah lebih baik dari jus buah sebab cepat kenyang

 Nak tahu lebih tips boleh la tengok ig dia..

Macam mana nak pastikan kita minum air kosong yang cukup dalam sehari???

bangun pagi = 1 gelas
sarapan = 1 gelas
minum pukul 10 pagi = 1 gelas
lunch = 1 gelas
minum petang pukul 3 = 1 gelas
minum petang pukul 6= 1 gelas
dinner = 1 gelas
supper = 1 gelas

(Make sure gelas jangan besar sangat.. nanti jadi lebihan air...ikut keperluan tubuh badan)

Diingatkan juga kandungan air yang melebihi keperluan badan akan mendatangkan kesan bahaya kepada buah pinggang. Bergantung kepada amalan diet, senaman dan persekitaran kita... nak tahu lebih lanjut mengenai bahaya lebihan air tengok sini >> Kesan Minum Air Berlebihan

Tanda air dah cukup dalam badan:

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

Tak sempat la nak work out. Malas nk jogging. malas nak keluar. Nak kena pergi Gym ka? ala duit lagi.. Work out pun boleh buat di rumah. Macam mana nak work out? Tak tahu... 

Setiap orang ada idola work out masing-masing.. Tak ada jugak? Tanya pak cik google...

Idola work out tasha adalah Cassey Ho's.. ada banyak tips, ada banyak work out... 

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Bahagia Itu Pilihan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Bahagiakah anda hari ini? Kenapa bahagia? dan kenapa tidak? 
Bahagia itu wujud dengan kehendak kita sendiri... Bukan orang lain!!! Ada pelbagai definisi bahagia dan setiap individu mempunyai definisi yang tersendiri...

Bagaimana dengan tasha pula?
Bagi tasha bahagia itu tidak perlu dikejar kerana ianya tidak terletak pada orang lain. Bahagia itu akan datang sendiri apabila kita berasa tenang. 

Apabila kita meletak kebahagiaan kepada orang lain, kita akan mengejar orang itu... dan tiba masanya kita akan tersungkur.... Namun, sekiranya kita tidak meletakkan kebahagiaan kepada orang lain, bahagia itu akan datang sendiri... 

Kita boleh bahagia tanpa bantuan orang lain. Itulah pilihan yang perlu kita lakukan. Kita akan bahagia apabila setiap perkara yang kita inginkan berjaya dilakukan. Itulah kepuasan... Tidak terlalu mengharapkan orang lain... 

Inilah yang terjadi pada masa kini. kita perlu ubah mind set kita.. Terumata sekali kepada pasangan yang bercinta. Jangan terlalu mengharapkan/ meletakkan kebahagiaan 100% pada pasangan anda. Terlalu mengejarnya... Seharian tidak contact bagai cacing kepanasan... Tak bahagia hidup tanpanya... Hari-hari moody... Sedangkan dia bahagia dengan dirinya sendiri... Bila break, meraung bagai orang gila... oh no!!!

Bahagia itu milik kita... ada dalam diri kita... carilah bahagia dalam hidup kita...

Bahagia kita bukan ada pada orang lain...
Bahagia kita adalah tanggungjawab kita untuk mententeram dan membahagiakan hati kita...
Bila susah hati, dekatkan diri dengan Allah swt.. Itulah kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki...
Dan pasti kita akan lebih kuat untuk meneruskan hidup ini dan lebih bahagia dengan pilihan yang telah dibuat... 

Bahagia itu bukan untuk dikejar, bahagia itu akan muncul dengan sendirinya...
apabila hati berasa tenang