Bertatihlah Dengan Kaki Sendiri



Bertatihlah dengan kaki sendiri

Kerana ia lebih mulia
daripada bersayap emas
tetapi milik orang lain

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terlalu bergantung dengan orang sekeliling membuatkan kita takut untuk berdiri dengan kaki sendiri. Kenapa? Takut jatuh? Kalau dah jatuh, bangun la... Seribu kali jatuh, seribu kalilah bangun... Kerana dengan jatuh itulah akan membuatkan kita lebih kuat, lebih tegar untuk menghadapi liku-liku yang akan datang. 

Belajar untuk hidup susah. Tak ada salahnya. Buat apa malu. Kita susah dulu kemudian baru kita nikmati kesenangan hasil usaha kita sendiri. Nak berjaya, nak hidup senang... kita mulakan dari bawah... Kita nak berjaya macam orang lain yang dalam masa yang singkat. Memang tak kan berjaya la kalau mudah putus asa. Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai... Kena ada usaha yang berterusan. 

Ingat balik masa kita mula lahir. Kita tak tahu apa-apa. Bahkan bercakap, berjalan, berlari pun tak tahu. Apa yang kita tahu hanya menangis, Kita sebagai manusia ada tahap perkembangan kita. Dari kanak-kanak sehingga tua. dari tak tahu apa-apa sehingga kita mampu melakukan semuanya sendiri... Berjalan, berlari, melompat.. acap kali jatuh.. kita bangun dan berlari lagi...  Semua itu bukannya mengambil masa sehari dua... bertahun lamanya... 

Kenapa kita tak jadikan kekuatan kita masa zaman kanak-kanak sebagai inspirasi kita ketika kita dah besar??? 

Pesanan ikhlas ini dituju khas buat penulis blog ini Miss Tasha AQisha yang hampir hilang semangat. 


Egonya manusia itu



Bukan milik aku, kau, dia atau mereka...
Kita hanya menumpang...
Tempat aku bukan di sini..
Kau pun bukan di sini...
Sampai masa pulang jugak ke tempat asal...

Tapi, mengapa masih ada yang menongkat langit..
Buat seperti harta dia yang punya..
Patah tongkat baru tahu tinggi atau rendah langit tu..
Dihempap langit sekelip mata...
Baru tahu parahnya untuk mengangkat langit..

Ahh, masih sempat menunding jari..
Apakah dengan menunding jari segalanya bakal selesai...
Kisah ini sudah lama dibangkitkan...
Manusia ini sahaja masih ego...
Kesannya belum ada...
Masih galaklah menongkat langit...

Tak payah salahkan sesiapa..
Tanya diri sendiri..
Ya, salah kita!!!
Kitalah puncanya...
Terlalu ghairah sampai terleka..

Egonya manusia itu...

Mahu hidup dalam keegoan atau ekosistem yang aman???

This entry was posted in