Shopping Di www.zalora.com

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.... Alhamdulillah barang yang dipesan telah selamat sampai... hehe... first time order dengan zalora... ahad order selasa dah sampai... (ahad biasa la masih cutikan.. isnin hantar... esoknya sampai...) cepat kan... 



Actually, tasha shopping di zalora guna voucer yang tasha dapat... rezeki syawal ^^ terima kasih zalora... dengan voucer RM** tu, tasha beli handbag dengan tudung.... 



tasha macam biasa la seorang pink lover... beg yang dipilih mestilah warna pink jugak... kikiki... yang balance voucer tu baru la beli tudung... actually, ni tudung pertama tasha yang bercorak... susah sebenarnya tasha nak pakai tudung yang bercorak... selalunya tudung plain ja... mungkin nak ubah mood kot... 

sekali sekala kan dapat shopping macam ni.. actually masa nak pilih beg tu memang rambang mata.. cantik-cantik.. harga pun berbaloi... tak rugi la kalau shopping kat zalora... service pun cun...

Style Jam Tangan Wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu wanita sangat mementingkan penampilan. Penampilan yang baik akan memberi keyakinan kepada kita sepanjang hari. Selain baju, beg tangan, mekap, dan gelang, jam tangan juga merupakan salah satu aksesori yang akan menyerlahkan penampilan kita. 

Meh tasha kongsikan style jam tangan wanita yang sesuai untuk pakaian formal. Terdapat tiga jenis style; Jam Tangan Bertali Besi, Jam Tangan Bertali Kulit, dan Jam Tangan Separuh Digital. 


Jam Tangan Bertali Besi 


Jam tangan ini juga dikenali sebagai metal strap watch. Untuk kelihatan lebih elegan, jam tangan ni la yang paling sesuai bagi pakaian formal.. Terserlah keyakinan anda. 


Jam Tangan Bertali Kulit 

Leather strap watch ini juga sangat versatile dan rekabentuknya simple. I like! Boleh disesuaikan dengan mana-mana office attire anda. 


Jam Tangan separuh Digital 


Bagi peminat jam tangan digital, kini anda tidak perlu risau lagi… dah ada jam tangan digital yang mempunyai rekaan yang sesuai untuk pakaian formal. 

Bagi tasha pula, jam tangan ni bukan sahaja sesuai bagi wanita yang bekerjaya.. ianya juga sesuai bagi pelajar-pelajar yang selalu mengenakan pakaian formal untuk ke kelas.. Macam tasha…. ^^ 

Tengah pening-pening nak cari hadiah yang sesuai? Susah apa.. Hadiahkan saja jam tangan…Jam tangan juga merupakan salah satu pilihan hadiah ketika ulang tahun kelahiran, hantaran perkahwinan, ataupun ulang tahun perkahwinan. 

p/s: Birthday tasha nak dekat. Jangan lupa hadiahkan ea... hehe...



Tabur Kata, Tuai Janji


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kotakan janji atau mungkir janji bukanlah hal yang biasa lagi. Ramai yang pandai menabur kata tetapi tak ramai yang mampu menuai janji... dan akhirnya ada hati yang terluka dengan tindakan kita... 

Janji kepada manusia kalau tak tunaikan pun orang marah, apatah lagi janji kita kepada Pencipta kita. Terlalu banyak yang dijanjikan... Tapi apa yang kita buat??? Terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan. Tidak terhintung... 

Cari peluang... Luangkan masa untuk kita muhasabah diri. Cari dimana silap kita. Bangun perlahan-lahan dan baiki kelemahan kita. Bina semula kekuatan dan hiraukan apa yang orang cakap... Tetapkan niat...

Memang untuk bangun semula memang payah. Ada tangis yang perlu diseka, ada luka yang perlu dirawat... Saat itu jika kita fikir tiada sesiapa pun yang sanggup berada disisi kita sebenarnya kita masih ada Allah yang sentiasa menjadi pembakar semangat kita.

Move on! Moving on doesn't mean I forget about things. Its just mean I have to accept what happened and continue living... Janji dengan diri.. Janji dengan Allah... Kuatkan iman untuk menjalani kehidupan yang akan datang... 

Fokus dengan matlamat hidup.. Kejar kejayaan Akhirat, Inshaa Allah kejayaan dunia akan ikut.. 

and I promise to myself that I wont make the same mistake anymore and save my heart for someone who really cares.