Bercuti di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

resort noba

Bercuti di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu Langkawi merupakan sebuah pulau pelancongan yang sangat popular. Untuk pengetahuan umum, Langkawi dikelilingi oleh 99 buah pulau yang kecil. Tasha nak share sebuah resort yang terletak di salah satu pulau di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting. 

Dan pulau tersebut merupakan kampung halaman tasha. Ramai yang masih tidak tahu akan adanya perkampungan di pulau tersebut. Di Pulau Dayang Bunting hanya ada satu buah kampung sahaja iaitu Kampung Selat Bagan Nyior. 90% pulau tersebut adalah hutan. 

Ada yang bertanya "ada sekolah kat situ?" "Ada elektrik tak?" "Ada kemudahan apa ja kat situ?" Sebenarnya di situ ada pelbagai kemudahan kecuali shopping complex sahaja yang tiada. 

Apa yang menarik tentang Resort Noba?



1) Resort ini terletak ditepi laut. Bagi sesiapa yang nak lari dari kesibukan kota tu boleh la datang ke sini. Dapat menikmati kesegaran angin laut. petang-petang boleh pusing kampung dan ke pulau sebelah iaitu Pulau Tuba. Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting dihubungkan dengan sebuah jambatan. View atas jambatan pun best. Boleh pancing ikan buat yang kaki pancing la.



2) Makan 4 x sehari cuma RM 40/seorang. Dapat pulak makan menghadap laut macam tu. Selalu makan nampak jalan raya raya, dengar bunyi kereta lalu lalang. Kali ni makan nampak laut, bot pulak yang lalu lalang. 


3) BBQ RM 45 seorang. Bukan senang nak dapat makan makanan laut yang segar dan murah macam ni. Kalau di pekan susah nak dapat makanan laut segar. Kalau beli dekat supermarket ja mesti ikan dah mata merah dah. Udang pulak lemau ja tengok. Rasa makanan laut yang segar dengan tak segar lain tau. Manis dia tu sukar diungkapkan. Cewah... 



4) Harga chalet bermula dari RM 65 lengkap dengan aircond. Bagi yang bawa keluarga besar anda boleh sewa homestay terus, lagi jimat kan. Kat sini kalau anda nak honeymoon, buat family days, event sekolah, nak bercuti dengan kawan-kawan, yang jauh-jauh datang nak meminang orang di kampung ni pun boleh sewa di chalet. Haha... 

Untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot penumpang dari Jeti pelancongan Langkawi. Tambang untuk ke Pulau Dayang Bunting adalah RM5/sehala. 

Untuk tempahan

No. telefon :016-3350527
Facebook: Resort Noba


Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan.


Kenali Sikap Anda Berdasarkan Warna

Kenali Sikap Anda Berdasarkan Warna | setiap orang mempunyai warna kegemaran. Dan Adakah anda tahu bahawa setiap warna itu melambangkan sikap anda yang sebenar. Betul atau tidak jom semak sama-sama. 

Kelabu

Kamu merupakan seorang yang romantis apabila bersama pasangan atau orang yang tersayang. Peminat warna kelabu juga suka mengelamun atau berangan. Kamu juga suka akan ketenangan dan tidak suka tempat yang terlalu ramai atau padat. Tetapi pada masa yang sama kamu juga suka akan cabaran. Meminati warna kelabu menunjukkan kamu seorang yang penyabar. Walaupun banyak bersabar kamu juga suka bergosip atau bersembang tentang sesuatu bersama orang yang kamu percayai. Paling menarik sekali, dalam sabar juga kamu memiliki sifat yang agak mengada-ngada.




Biru

Kamu seorang yang bersifat teratur kerana kamu suka meletakkan sasaran dalam melakukan sesuatu. Kamu merupakan seorang yang setia tidak kira dalam perhubungan atau kenalan. Jika lihat pada melakukan sesuatu, kamu seorang yang jujur dan tidak mudah mengalah. Kamu juga kadang-kadang bersikap tegas dan serius dalam melakukan kerja. Walaupun tegas, kamu mudah memaafkan seseorang apabila dia melakukan kesalahan terhadap kamu. Perjalanan hidup kamu sering dilimpah dengan pelbagai rezeki. Mungkin kamu perasan atau tidak.



Coklat

Kamu merupakan seorang yang suka merendah diri dan tidak suka menunjuk apa yang kamu miliki kepada orang ramai. Orang sekeliling kamu suka akan kamu kerana sifat kamu yang begitu sopan, penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini kerana kamu sentiasa berhati-hati dalam apa yang kamu lakukan. Kamu susah untuk dipercayai kerana kadang-kadang kamu takut untuk membuat keputusan.



Hitam

Hitam melambangkan kamu seorang yang suka bersendirian. Kamu mudah berfikir buruk atas sesuatu yang terjadi kerana kamu agak sensitif dan mudah tersinggung. Walaupun kamu suka buat hal sendiri, kamu merupakan seorang yang kuat apabila berdepan dengan cabaran atau halangan yang menimpa. Kamu juga seorang yang setia dan prihatin tentang apa yang terjadi serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang kamu rasa tidak pasti.



Jingga

Jika di lihat pada warna jingga ia amat terang dan menyerlah. Ia menunjukkan kamu seorang yang suka bersaing dan sukakan aktiviti lasak. Orang sekeliling kamu mudah mempercayai kamu kerana kamu merupakan seorang yang garang dan hati kering (iaitu buat tidak kira apa terjadi). Tetapi kadang-kadang sifat kamu ini menyakitkan hati sesetengah pihak kerana kamu sukar untuk mendengar kata dan sukakan perhatian orang ramai.

Pink

Lihat sahaja pada warna ini kamu pasti sudah tahu bahawa kamu seorang yang manja dan penyayang. Kamu tidak suka akan pergaduhan atau perselisihan faham. Kamu juga suka berfikir dan tidak banyak bercakap dengan orang sekeliling kamu. Walaupun mempunyai sifat yang manja, dalam diam kamu juga seorang yang tegas dan romantik. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kamu akan cepat marah tetapi mudah untuk reda.



Putih

Putih jika di lihat melambangkan kesucian. Orang yang suka akan warna ini melambangkan dia seorang yang berfikiran positif. Jika kamu suka akan warna ini, kamu seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu. Orang sekeliling suka akan dengan kamu kerana sifat kamu yang ramah dan sopan santun. Kamu juga tidak suka menyusahkan orang lain, sebaliknya menghulurkan bantuan pada yang perlu. Sifat kamu juga mudah berubah-ubah mengikut keadaan ketika itu.

Merah

Merah melambangkan seseorang itu bersifat berani, tegas dan disiplin. Jika kamu memilih warna merah sebagai warna kegemaran, kamu seorang yang mudah terasa jika ditegur. Kamu juga seorang yang tamak tidak kira apa jenis situasi pasti ada niat disebaliknya. Bagi kamu, persahabatan adalah penting dan kamu tidak suka akan pergaduhan. Kamu suka hidup mewah dan tenang bersama orang yang kamu sayang.


Ungu

Kamu merupakan seorang yang berdiri di atas kaki sendiri. Kamu tidak suka diperintah atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Kamu juga merupakan seorang yang bermurah hati dan kreatif. Sifat unggu ini menunjukkan kamu seorang yang bijak dan agak sensitif. Dalam kebijaksanaan itu kamu suka mencari jalan inisiatif sendiri dalam menyelesaikan sesuatu dan akan menggunakan orang lain untuk menyelesaikan.


Kuning

Kuning melambangkan kamu seorang yang tidak memiliki pendirian tetap kerana kamu suka mendengar kata orang lain dan sukar untuk membuat keputusan. Tetapi kamu seorang yang rajin kerana kamu suka belajar benda yang baru dan mencari ilmu terutama membaca buku-buku ilmiah. Kamu juga seorang yang penyabar dan hidup kamu sering didatangi cabaran.



Sumber : Remaja


This entry was posted in

12 Cara Jawab Telefon Yang Betul


"Sebenarnya cara kita menjawab telefon yang diamalkan adalah salah dan kebanyakannya adalah sama. Pernah tak anda terfikir untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannya."


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: Entah. saya kat sini. Mana la saya tau sape kat sana..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: nak cakap, cakap ja la. Buat apa tanya saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanya boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ada rumah?
Jawapan: mak tak da di rumah.bapak ade la pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat apa tu?
Jawapan: kan saya tengah bercakap dengan awak kat telefon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap dengan siti?
Jawapan: maaf. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya... terima kasih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengan dia.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maaf.

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul la tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kita wajib jawab)


This entry was posted in

Dexandra Versace Bright Crystal For Her


Dexandra Versace Bright Crystal For Her | It Delightfull Scent. Antara wangian yang dicari-cari oleh ramai ladies. Sebabnya, aroma perfume ini sangat Gorgeous, Soft, and Pleasant. Tone wangiannya memang Light and Easy, aroma yang sangat tenang as Crystal Water tetap menyerlahkn aura Elegant, Classy, Feminine, Happy and Romantic. Antara wangian yg sesuai dipakai from youth to middle women . A very safe scent for office wear..

Kategori Versace Bright Crystal:

[Fresh Floral] Pada awalnya ada bau fresh, breezy and airy. Selepas beberapa minit barulah kecantikan aroma yang tersembunyi sebelum ni terserlah. Dan perfume ini juga ada bau citrus, light floral and sangat aquatic. 

Aura Wangian Versace Bright Crystal :

Aroma Dexandra Bright Crystal yang delicate floral, fresh, airy and breezy ini menyerlahkan sisi anda yang Elegant, Feminine, Beautiful, Bright and Happy Heart.

Penggunaan Versace Bright Crystal :

[Anytime, Anywhere] Sesuai dipakai oleh semua peringkat umur, terutama young ladies, sebab aromanya bercirikan feminine dan happy. Wangiannya juga sangat versatile dan sangat sesuai untuk dipakai ke semua acara. Tetapi,disebabkan ianya bercirikan fresh floral, ia lebih sesuai dipakai waktu siang. 

Kekuatan Bau Versace Bright Crystal :

[Soft to Moderate] Mempunyai aroma aquatic membuatkan baunya light and mild. Ia tidak meninggalkan any 'trail' atau 'ekor' wangian, tetapi sekali spray, dapat buatkan ofis anda berbau harum! Jangan overspray, semua Dexandra menggunakan pati EDP, pakai secara berlebihan hanya akan buatkan baunya 'padat' dan 'tidak cantik'!


Dexandra  35ml EDP
Spray 2-3 spritz sehari cukup penggunaan untuk 2-3 bulan. Spray 4-5 spritz sehari cukup untuk penggunaan sebulan. Dexandra DIJAMIN bau wangiannya mirip original dan bertahan sehingga 8 jam jika spray di nadi dan sehingga 2 atau lebih hari pada pakaian.

Untuk Order 

Harga Kasih Sayang:
RM65(excluding postage)
SM : RM 7.00
SS : RM 11.00
*2 botol ke atas jadi RM60/sebotol

Sebarang pertanyaan boleh
SMS/WHATSAPP ; 0136354165 (tasha)
Page : Ushaa Beauty

Sumber: flavoriscents


myLESEN 1 Rakyat 1 Lesen JPJ 2016 Fasa 2.0


Program myLesen Fasa 2.0 kini kembali. | Program myLesen ini pernah dilancarkan pada tahun 2015 dan kini kembali lagi. Program sangat sesuai dilancarkan untuk remaja yang belum memiliki lesen. Apa yang bagusnya ia dapat mengelakkan remaja daripada memandu tanpa lesen. Malah yuran pendaftaran yang ditawarkan untuk program myLesen ini sangatlah murah. 

Sekiranya anda berumur 16 tahun ke atas dan belum memiliki sebarang lesen memandu, maka anda layak untuk memohon lesen memandu kelas B2.

Harga yang ditawarkan hanya RM299 termasuk GST.

Anda boleh mula mendaftar di Institut Memandu yang berhampiran bermula 6 April- 6 Jun 2016.

Syarat Program myLesen

  1. Terbuka kepada individu 16 tahun ke atas.
  2. Belum mempunyai sebarang kelas lesen memandu. 
  3. Warganegara Malaysia & PR.
  4. Bayaran RM299 termasuk GST
  5. Bayaran tambahan dikenakan sekiranya gagal di Bahagian 1 / 2 / 3. (Kecuali Ujian Bertulis & Lisan)
  6. Gagal Ujian komputer 2 kali, layak ambil ujian bertulis. 
  7. Gagal Ujian bertulis  2 kali, layak ambil ujian lisan.
  8. Perlu selesaikan program khas ini dalam tempoh 4 bulan. Selepas daripada itu, calon akan terkeluar dari program.



Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

pcp

Taman Cabaran Putrajaya atau dalam bahasa inggeris Putrajaya Challenge Park (PCP) |  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Taman Cabaran Putrajaya ada 3 aktiviti utama iaitu  Indoor Rock Wall Climbing Complex, Skate Park dan Thrill ParkMountain Bike TrailsUntuk trip kali ini, kami mencuba Indoor Rock Wall Climbing. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Tasha selesaikan misi wall climbing. Seperti biasa trip bersama keluarga Kerlu seramai 40 orang termasuk peserta, urusetia dan instruktor. 


Untuk wall climbing ni terdapat 6 zon yang mempunyai tahap cabaran yang berbeza. 

Zone A Expert Bouldering Wall
Zone B Beginners Bouldering Wall
Zone C Expert Lead Wall
Zone D Top Roping Wall
Zone E Speed Climbing Wall
Zone F Intermediate Lead Wall



Untuk zon A dan Zon B tidak memerlukan tali. Anda boleh climb tanpa tali dan ianya tidak memerlukan instruktor. Walaupun tidak memerlukan tali, susah jugak nak naik tau. Tapi jangan risau kalau panjat tiba-tiba rasa nak jatuh tu ada tilam kat bawah. Background yang dibelakang tasha tu merupakan Bouldering Wall. Tengok tilam dia siap boleh buat baring lagi. ^^

Sebelum nak naik roping wall, tasha cuba dulu naik Bouldering wall. Ini untuk uji tahap kemampuan tasha la. Fuhh, memang agak payah jugak la. 

Roping wall anda sangat memerlukan instruktor nak naik kalau anda merupakan beginner macam tasha. Kalau dah expert, tak payah instruktor pun tak pa. Janji keselamatan kena jaga. 

Pengalaman naik memang sangat mendebarkan sebab tasha memang takut gayat. Awal-awal lagi instruktor dah bagi arahan sebelum dan semasa naik apa yang perlu dilakukan. Masa mula-mula nak naik tu macam susah sikit bagi tasha sebab nak kena cari ruang untuk menapak betul-betul. Batu tu tak semua boleh guna, ada yang kecil. Jadi susah nak pegang atau pijak. Lepas tu bila tangan dan kaki ni mula berpeluh memang akan jadi agak licin. Agak susah nak grip. Banyak kali jugak la tercicir. Tapi tak jatuhke bawah la sebab ada support dari belay. Positifkan diri, kuatkan semangat dan jangan tengok bawah. Alih-alih dah sampai atas dah.

Bayaran di Taman Cabaran Putrajaya

Bayaran masuk RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak/pelajar)
Climbing Rope RM15
Harness RM 5
Climbing Shoes RM 7
Chalk Bag RM 3
Belay Device RM 4

(Bayaran ini hanya untuk 1 sesi/3jam)

Kalau nak jimat pergi la dalam kumpulan. Jadi boleh share barang tu. Diingatkan juga bagi individu yang tiada pengalaman dalam wall climbing ni perlu mendapat bimbingan dari instruktor yang terlatih. Di situ pun ada instruktor ye dan perlukan cas tambahan untuk instruktor. Macam hari tu, kami sudah mempunyai instruktor sendiri. Jadi kami dah tak payah upah instruktor luar. Dah jimat kan. 

Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya

Di buka setiap hari
10am - 8 pm (Isnin, selasa, khamis, ahad)
10am - 10pm (Rabu, Jumaat, Sabtu)
Jumaat tutup 12.30pm-3pm

Contact info

K01, Taman Cabaran Putrajaya,
(Dewan Tembok Mendaki),
Jln. P5, Persint 5, 62200
PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Phone:+6 013 4664 363 (Myzy) / +6 017 319 7836 (Muna)
Email: crossmoveadventure@yahoo.com
Follow on: Facebook, Instagram



Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Siapa yang dah cuba Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum? Berkesan tak dengan anda? Mula-mula tasha tengok serum ni macam was-was pun ada. Sebab sebelum ni tasha pernah cuba satu serum yang agak popular la jugak. Tapi tak sesuai dengan tasha. Bila pakai ja asyik berminyak. Pada mula nak hilangkan parut jerawat, tapi bila guna serum tu muka makin berminyak dan jerawat lagi suka naik. Sangat stress pada masa tu. 


Sekarang ni pun tasha masih dalam proses baik pulih kulit selepas bergelumang dengan jerawat. Dah banyak produk yang tasha cuba. Alhamdulillah, sekarang kulit dah makin pulih. Jerawat pun tak naik banyak macam dulu. Ramai yang dah mula tegur kulit muka makin sihat, makin berseri-seri.

Berbalik kepada topik asal, Tasha kenal dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ni pun masa pergi Sepetang Bersama Blogger 2016 hari tu. Ephyra ada buat offer besar-besaran. Jadi tasha yang pada awalnya ragu-ragu, beranikan diri untuk cuba Serum Ephyra ni. 

Tasha dah cakap pada diri sekiranya tasha pakai serum ni dan ternyata berminyak, tasha akan berhenti terus guna. Tapi Alhamdulillah, pertama kali pakai, serum ni cepat ja meresap masuk dalam kulit dan TIDAK BERMINYAK LANGSUNG. Tu yang buat tasha suka pakai serum ni.

Lepas dua hari pakai, parut makin cepat ja pudar. Jerawat batu yang baru ja tumbuh cepat ja surut. Yang best lagi, walaupun kita berpeluh, muka tak kan nampak kusam.

Sekarang ni sebelum pakai foundation tasha akan sapukan dulu serum dimuka. Best sangat!!!



10 KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )10. Memberikan efek kilauan pada wajah

CARA MENGGUNAKAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM


1. Cuci muka dengan sabun muka Ephyra Skin Bar
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan 2-3 titis Ephyra Skin Nano Advance Repair serum ke atas telapak tangan
4. Gunakan hujung jari, ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada beberapa bahagian muka dan leher
5. Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam ke luar, sapukan sehingga serum meresap. Untuk hasil yang maksimum, gunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum setiap hari, siang dan malam

HARGA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)

Harga Promosi
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)
Sesuai untuk semua jenis kulit


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui
Website : www.oceanlife2u.com
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Hotline number : 0197373770 @ 0193800779
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577

Pemberitahuan | Sekolah Ditutup Esok Kerana El Nino

Sekolah Ditutup 22 April 2016 kerana El Nino | Pemantauan oleh Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang melanda Perlis, Jerantut dan Termeloh. Ketiga-tiga kawasan ini mencatat suhu tertinggi dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Walaupun cuti, tidak bermakna anda boleh membawa anak-anak berjalan-jalan, bersiar-siar dan bersuka ria di luar. Elakkan terdedah di luar dalam tempoh yang terlalu lama dan banyakkan minum air kosong .


Servis Sewa Fanpage Murah




SERVIS SEWA FANPAGE KEPADA PENIAGA ONLINE DENGAN HARGA PROMOSI

KELEBIHAN MENJADI ADMIN DI TashaQisha.CoM

  1.  Boleh Post apa saja PRODUK (Kecantikan, kesihatan, kurus, pakaian)
  2.  Post tiada had dan post berjadual dibenarkan.
  3.  Boleh tag,share post dari fanpage sendiri.
  4.  Jarak masa antara post 10minit, 20minit, 30minit
  5.  Page TashaQisha.CoM terhad untuk 8 Admin sahaja
  6. Page TashaQisha.CoM mempunyai lebih 12k++ likers. Peluang untuk meningkatkan jualan adalah tinggi.
  7. Boleh invite rakan-rakan untuk like page.

PERKARA YANG DILARANG

  1. Tidak dibenarkan mengubah Gambar,Cover page dan info Fanpage.
  2. Tidak boleh menjual produk yang sama dengan Owner fanpage (DExandra & Vit C Powder Nlee Beauty)
  3. Admin tidak dibenarkan menggunakan inbox Page yg disewa tanpa kebenaran dengn membuka atau membalas mesej.
  4. sebarang post yang berunsur fitnah, lucah, politik terlampau dan perkauman akan dipadam serta merta tanpa sebarang Amaran Oleh Owner Fanpage.
  5. Pin Post tdk dibenarkan
  6. Sebarang perisian Autopost tidak dibenarkan (cth: Hootsuite dan lain2) 
Sekiranya berminat anda boleh PM tasha di facebook atau page TashaQisha.CoM 





MDeC Sepetang Bersama Blogger 2016


Sepetang Bersama Blogger 2016. | Alhamdulillah semalam 16 April #SBB2016 sudah melabuhkan tirainya. Event tahunan anjuran Denaihati Network yang berlangsung di Hotel Grand Champbell , Kuala Lumpur yang berhadapan SOGO. 

#SBB ni merupakan event tasha yang pertama bersama dengan kawan-kawan blogger. Jadi agak janggal jugak sebenarnya, sebab tasha seorang yang agak pasif tapi bila dah kenal betul-betul tasha seorang yang sangat aktif.

Penaja Sepetang Bersama Blogger 2016

#SBB2016 telah ditaja oleh penaja yang hebat-hebat belaka seperti :

  1. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Aleeya’s Kitchen
  7. Zeeta Magis Aura Mawar
  8. Simply Umrah
  9. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  10. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  11. Yeos Malaysia
  12. eQurban
  13. Jemaah Bisnis Denaihati
  14. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  15. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  16. AE Consultancy Services
  17. PenMerah Network
  18. Sohaini Cookies
  19. Jus Bob Nanas
  20. CVS Production
  21. Kotak Lensa
  22. Jam Tawaf Denaihati

Memori Sepetang Bersama Blogger 2016

Walaupun tasha tak menang cabutan bertuah, Alhamdulillah tasha bertuah sebab hadir ke event ni. Macam-macam ilmu yang tasha dapat belajar, duduk semeja dengan otai-otai yang tak lokek ilmu. Dapat berkenalan dengan lebih dekat sesama blogger. Itu dah cukup bermakna buat tasha.

Tapi, masa daftar setiap peserta telah mendapat goodies bag dan dalam beg tu ada macam-macam seperti mug dari Ephyra, Tshirt SBB, buku nota SBB, air Yeos, air Upin Ipin, Maggi Asam Laksa Sohaini Cookies dan buku Mudahnya berniaga bersama CD Magnet kekayaan dan kejayaan Dr Azizan Osman.

semasa SBB jugak ada sales besar-besaran dari Ephyra dan Zeeta. Jadi apa lagi tasha grab la Ephyra Skin Nano, Inteemor dan Zeeta Serum Mawar. (Nantikan Review)















JUMPA DI SBB TAHUN DEPAN PULA Ye




Magic Jelly | Gel Kecantikan Serbaguna


Magic Jelly Gel Kecantikan Serbaguna | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Magic Jelly kini dengan formula baru yang lebih hebat dengan tagline "Protect, Repair, Enhance"

Apa itu Magic Jelly?

Magic Jelly adalah gel kecantikan yang boleh digunakan satu badan oleh semua peringkat umur. Ianya gabungan 4 bahan semulajadi iaitu Aloe Vera, Timun, Sengkuang dan Bunga Chamomile. Tekstur yang ringan dan cepat meresap dan tidak melekit sama sekali. Yang penting Magic Jelly bebas bahan kimi bahaya seperti Mercury, Hydroquione, Streroid atau pewarna tiruan. 

1 Botol boleh tahan 3-4 bulan bergantung juga berapa kali anda guna. 
Reka bentuk botol yang kecil ni dan mesra travel. 
BOTOL KALIS CAHAYA MATAHARI yang melindungi kandungan gel di dalam supaya composisi kimia tidak berubah apabila terkena haba dan akan memberi efek kepada pemakai.
Ada kelulusan KKM.


Kegunaan Magic Jelly

  1. Membunuh Jerawat
  2. memudarkan parut
  3. menyerikan kulit kusam
  4. mengurangkan kulit berminyak
  5. melegakan eczema
  6. mengecilkan pori
  7. menguatkan akar rambut
  8. melambatkan penuaan kulit
  9. melembapkan bibir kering
  10. melembutkan rambut kasar
  11. merawat luka dengan cepat
  12. membuang daki dan sel kulit mati
  13. mencerahkan kulit
  14. melembapkan kulit
  15. membuat solekan bertambah glowing
  16. melegakan sunburn
  17. merawat dan melegakan melecur
  18. melembutkan kulit muka dan badan
  19. mengurangkan kelemumur
  20. melebatkan bulu mata dan kening
  21. melegakan buasir
  22. melegakan ruam lampin
  23. dan banyak lagi 

Cara Menggunakan Magic Jelly

Basuh muka
Pakai toner
Sapu magic jelly ke seluruh muka.
Sapukan dengan urutan ke atas.
Pakai krim siang atau krim malam

atau

Basuh muka
Pakai toner
Pump magic jelly dan letak krim bersama,
sebatikan dua product ni
Sapukan wajah dengan urutan ke atas

atau

Basuh muka
pakai toner
pump magic jelly
sapukan wajah dengan urutan ke atas

Untuk rambut sapukan sebagai serum ketika rambut basah dan biarkan kering.


Testimoni Tasha Tentang Magic Jelly

First time tasha pakai Magic Jelly ni sebagai pelembap. Yang bestnya Magic Jelly ni cepat ja meresap dan kulit. Sebelum tidur tasha akan apply Magic Jelly dan keesokannya kulit lembap dan tidak berminyak. I Like !!! Selalunya kalau bangun tidur mesti berminyak ja muka kan. 

Lepas tu tasha apply Magic Jelly sebagai base make up tasha. Selain memberi kelembapan pada kulit, magic Jelly ni pun boleh melegakan sunburn. Asyik panas ja sekarang kan. Even pakai UV Krim, mesti kesan sunburn tu ada walaupun sikit. Dulu kalau sunburn tasha akan sapu alovera kat muka. Kat rumah ada la alovera tu, tapi bila kat kolej mana la nak cari alovera tu. Dengan magic Jelly ni dah tak payah nak cari alovera dah. Picit picit sapu kat muka ja. 3 Minit dah siap.

Actually ada banyak lagi testimoni pengguna lain. Boleh terjah kat sini http://www.lovera.com.my/testimonials/

Info


Harga Pasaran: RM70
Facebook Page: Lovera Malaysia

Instagram: 
@LoveraMalaysia 
@Lovera.Testimonials
@Lovera.Info
#MagicJellyLovera

Email: hello@lovera.com.my
No Telefon: +6011 3234 8255



WORDLESS WEDNESDAY! #31 | Magic Jelly Review


Magic Jelly From Lovera Malaysia | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera produk untuk review dah selamat sampai ke tangan tasha. Dapat produk magic jelly dari #loveramalaysia. Sekali imbas baca mengenai produk ini ialah boleh digunakan untuk satu badan. 

Review akan menyusul di BLOG TASHA AQISHA. 

Sesiapa yang mempunyai produk dan nak tasha review/iklankan meh DM/whatsapp

Harga review boleh bawak bincang.





Setiap Kata-kata Itu Satu Doa


Setiap kata-kata itu satu doa. Oleh itu, selalu la sebut benda yang elok supaya ia memberi kesan yang baik untuk kita. 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sebenarnya tasha hairan sejak dua menjak ni, ramai sungguh yang panggil tasha dengan gelaran 'Puan'. Tasha masih gelaran 'cik' ok, 'Puan' tu akan datang. 

Hari tu ada kawan tanya tasha dah kahwin ka? Dah tunang? atau bakal tunang? Sampai sekarang mereka ingat tasha dah bertunang. hehe.. bertunang tu belum tapi calon dan plan untuk bertunang tu inshaa Allah ada. Its ok, just doakan yang terbaik untuk tasha. 

Siapakah calonnya? Biarlah rahsia. Dah sampai masa tasha akan umumkan pilihan hati ni. 



Kenapa Beg Perempuan Besar?


Kenapa beg perempuan besar? Selalu menjadi tanda tanya buat lelaki kan. Tak kisah la handbag ka, beg roda ka, beg galas ka. Kebanyakkannya besar-besar. Dah macam poket doraemon, apa yang boleh sumbat dia sumbat dalam beg tu. Macam-macam ada. 

Bagi tasha kalau pergi mana-mana; kelas, jalan-jalan and so on, tasha akan pastikan benda-benda penting tasha dah bawak. Jadi, tak perlu la nak risau barang apa yang tertinggal dan tak perlu nak patah balik ke rumah. 

Bila nak solat kat mana-mana pun tak payah risau kalau pakai make up. Boleh cuci terus make up kat muka. Untuk pengetahuan ye, masalah jerawat, kulit kusam dan lain-lain tu berpunca dari kesan make up yang tak dicuci dengan bersih. 

tips: so, pakaila makeup yang senang dicuci ^^

Barang apa yang penting dalam beg?

Benda penting yang kena ada dalam handbag tasha adalah;
  1. Matte Mousse Sunscreen
  2. Garnier Compact Powder
  3. lipstip
  4. Beauty Soap
  5. Biore sun block
  6. miracle bio water
  7. Dexandra Perfume
  8. Vitamin C powder Nlee Beauty
  9. Dompet
  10. powerbank
  11. Phone
  12. Tisu
  13. Novel (kalau jalan jauh)
Jadi, sebab tu tasha pilih beg dari zalora ni sebagai pilihan hati tasha. Handbag MinMin tasha tebus coupon yang tasha dapat dari contest CouponBelanja hari tu. Alhamdulillah rezeki. macam tau-tau ja tasha tengah usha handbag baru. 

Sesiapa yang nak dapatkan diskaun untuk shopping online boleh la tengok di CouponBelanja. Dalam entry yang lepas tasha ada kongsikan macam mana nak guna CouponBelanja dengan menggunakan smartphone. -----> Bagaimana Cara Untuk Menggunakan CouponBelanja Versi Mobile?

Selamat ber 'shopping' 



Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2016


Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2016
Lokasi: Sarawak

Pembantu Pendaftaran KP17 (21 Kekosongan)

Gaji: RM936.00 – RM3,424.00
Kenaikan Tahunan: RM95.00
Syarat Minima: SPM

Deskripsi Tugas:

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Calon yang berminat boleh membuat permohonan online/kemaskini di SPA 



credit : kerja kosong jpn



Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini