Bercuti di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

resort noba

Bercuti di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Seperti yang kita tahu Langkawi merupakan sebuah pulau pelancongan yang sangat popular. Untuk pengetahuan umum, Langkawi dikelilingi oleh 99 buah pulau yang kecil. Tasha nak share sebuah resort yang terletak di salah satu pulau di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting. 

Dan pulau tersebut merupakan kampung halaman tasha. Ramai yang masih tidak tahu akan adanya perkampungan di pulau tersebut. Di Pulau Dayang Bunting hanya ada satu buah kampung sahaja iaitu Kampung Selat Bagan Nyior. 90% pulau tersebut adalah hutan. 

Ada yang bertanya "ada sekolah kat situ?" "Ada elektrik tak?" "Ada kemudahan apa ja kat situ?" Sebenarnya di situ ada pelbagai kemudahan kecuali shopping complex sahaja yang tiada. 

Apa yang menarik tentang Resort Noba?



1) Resort ini terletak ditepi laut. Bagi sesiapa yang nak lari dari kesibukan kota tu boleh la datang ke sini. Dapat menikmati kesegaran angin laut. petang-petang boleh pusing kampung dan ke pulau sebelah iaitu Pulau Tuba. Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting dihubungkan dengan sebuah jambatan. View atas jambatan pun best. Boleh pancing ikan buat yang kaki pancing la.



2) Makan 4 x sehari cuma RM 40/seorang. Dapat pulak makan menghadap laut macam tu. Selalu makan nampak jalan raya raya, dengar bunyi kereta lalu lalang. Kali ni makan nampak laut, bot pulak yang lalu lalang. 


3) BBQ RM 45 seorang. Bukan senang nak dapat makan makanan laut yang segar dan murah macam ni. Kalau di pekan susah nak dapat makanan laut segar. Kalau beli dekat supermarket ja mesti ikan dah mata merah dah. Udang pulak lemau ja tengok. Rasa makanan laut yang segar dengan tak segar lain tau. Manis dia tu sukar diungkapkan. Cewah... 



4) Harga chalet bermula dari RM 65 lengkap dengan aircond. Bagi yang bawa keluarga besar anda boleh sewa homestay terus, lagi jimat kan. Kat sini kalau anda nak honeymoon, buat family days, event sekolah, nak bercuti dengan kawan-kawan, yang jauh-jauh datang nak meminang orang di kampung ni pun boleh sewa di chalet. Haha... 

Untuk ke resort ini anda perlu menaiki bot penumpang dari Jeti pelancongan Langkawi. Tambang untuk ke Pulau Dayang Bunting adalah RM5/sehala. 

Untuk tempahan

No. telefon :016-3350527
Facebook: Resort Noba


Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan.


0 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata