Kenali Sikap Anda Berdasarkan Warna

Kenali Sikap Anda Berdasarkan Warna | setiap orang mempunyai warna kegemaran. Dan Adakah anda tahu bahawa setiap warna itu melambangkan sikap anda yang sebenar. Betul atau tidak jom semak sama-sama. 

Kelabu

Kamu merupakan seorang yang romantis apabila bersama pasangan atau orang yang tersayang. Peminat warna kelabu juga suka mengelamun atau berangan. Kamu juga suka akan ketenangan dan tidak suka tempat yang terlalu ramai atau padat. Tetapi pada masa yang sama kamu juga suka akan cabaran. Meminati warna kelabu menunjukkan kamu seorang yang penyabar. Walaupun banyak bersabar kamu juga suka bergosip atau bersembang tentang sesuatu bersama orang yang kamu percayai. Paling menarik sekali, dalam sabar juga kamu memiliki sifat yang agak mengada-ngada.




Biru

Kamu seorang yang bersifat teratur kerana kamu suka meletakkan sasaran dalam melakukan sesuatu. Kamu merupakan seorang yang setia tidak kira dalam perhubungan atau kenalan. Jika lihat pada melakukan sesuatu, kamu seorang yang jujur dan tidak mudah mengalah. Kamu juga kadang-kadang bersikap tegas dan serius dalam melakukan kerja. Walaupun tegas, kamu mudah memaafkan seseorang apabila dia melakukan kesalahan terhadap kamu. Perjalanan hidup kamu sering dilimpah dengan pelbagai rezeki. Mungkin kamu perasan atau tidak.



Coklat

Kamu merupakan seorang yang suka merendah diri dan tidak suka menunjuk apa yang kamu miliki kepada orang ramai. Orang sekeliling kamu suka akan kamu kerana sifat kamu yang begitu sopan, penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini kerana kamu sentiasa berhati-hati dalam apa yang kamu lakukan. Kamu susah untuk dipercayai kerana kadang-kadang kamu takut untuk membuat keputusan.



Hitam

Hitam melambangkan kamu seorang yang suka bersendirian. Kamu mudah berfikir buruk atas sesuatu yang terjadi kerana kamu agak sensitif dan mudah tersinggung. Walaupun kamu suka buat hal sendiri, kamu merupakan seorang yang kuat apabila berdepan dengan cabaran atau halangan yang menimpa. Kamu juga seorang yang setia dan prihatin tentang apa yang terjadi serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang kamu rasa tidak pasti.



Jingga

Jika di lihat pada warna jingga ia amat terang dan menyerlah. Ia menunjukkan kamu seorang yang suka bersaing dan sukakan aktiviti lasak. Orang sekeliling kamu mudah mempercayai kamu kerana kamu merupakan seorang yang garang dan hati kering (iaitu buat tidak kira apa terjadi). Tetapi kadang-kadang sifat kamu ini menyakitkan hati sesetengah pihak kerana kamu sukar untuk mendengar kata dan sukakan perhatian orang ramai.

Pink

Lihat sahaja pada warna ini kamu pasti sudah tahu bahawa kamu seorang yang manja dan penyayang. Kamu tidak suka akan pergaduhan atau perselisihan faham. Kamu juga suka berfikir dan tidak banyak bercakap dengan orang sekeliling kamu. Walaupun mempunyai sifat yang manja, dalam diam kamu juga seorang yang tegas dan romantik. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kamu akan cepat marah tetapi mudah untuk reda.



Putih

Putih jika di lihat melambangkan kesucian. Orang yang suka akan warna ini melambangkan dia seorang yang berfikiran positif. Jika kamu suka akan warna ini, kamu seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu. Orang sekeliling suka akan dengan kamu kerana sifat kamu yang ramah dan sopan santun. Kamu juga tidak suka menyusahkan orang lain, sebaliknya menghulurkan bantuan pada yang perlu. Sifat kamu juga mudah berubah-ubah mengikut keadaan ketika itu.

Merah

Merah melambangkan seseorang itu bersifat berani, tegas dan disiplin. Jika kamu memilih warna merah sebagai warna kegemaran, kamu seorang yang mudah terasa jika ditegur. Kamu juga seorang yang tamak tidak kira apa jenis situasi pasti ada niat disebaliknya. Bagi kamu, persahabatan adalah penting dan kamu tidak suka akan pergaduhan. Kamu suka hidup mewah dan tenang bersama orang yang kamu sayang.


Ungu

Kamu merupakan seorang yang berdiri di atas kaki sendiri. Kamu tidak suka diperintah atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Kamu juga merupakan seorang yang bermurah hati dan kreatif. Sifat unggu ini menunjukkan kamu seorang yang bijak dan agak sensitif. Dalam kebijaksanaan itu kamu suka mencari jalan inisiatif sendiri dalam menyelesaikan sesuatu dan akan menggunakan orang lain untuk menyelesaikan.


Kuning

Kuning melambangkan kamu seorang yang tidak memiliki pendirian tetap kerana kamu suka mendengar kata orang lain dan sukar untuk membuat keputusan. Tetapi kamu seorang yang rajin kerana kamu suka belajar benda yang baru dan mencari ilmu terutama membaca buku-buku ilmiah. Kamu juga seorang yang penyabar dan hidup kamu sering didatangi cabaran.



Sumber : Remaja


This entry was posted in

2 comments:

Liyana said...

Hadoih , padan benar warna jingga tu . Lol . Yg annoying tu memang takboleh deny . Kihkih

The Talking Diary

Siti Nurzafirah said...

suka biru walaupun baju tak banyak warna biru... hehe

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata