Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

pcp

Taman Cabaran Putrajaya atau dalam bahasa inggeris Putrajaya Challenge Park (PCP) |  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Taman Cabaran Putrajaya ada 3 aktiviti utama iaitu  Indoor Rock Wall Climbing Complex, Skate Park dan Thrill ParkMountain Bike TrailsUntuk trip kali ini, kami mencuba Indoor Rock Wall Climbing. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Tasha selesaikan misi wall climbing. Seperti biasa trip bersama keluarga Kerlu seramai 40 orang termasuk peserta, urusetia dan instruktor. 


Untuk wall climbing ni terdapat 6 zon yang mempunyai tahap cabaran yang berbeza. 

Zone A Expert Bouldering Wall
Zone B Beginners Bouldering Wall
Zone C Expert Lead Wall
Zone D Top Roping Wall
Zone E Speed Climbing Wall
Zone F Intermediate Lead Wall



Untuk zon A dan Zon B tidak memerlukan tali. Anda boleh climb tanpa tali dan ianya tidak memerlukan instruktor. Walaupun tidak memerlukan tali, susah jugak nak naik tau. Tapi jangan risau kalau panjat tiba-tiba rasa nak jatuh tu ada tilam kat bawah. Background yang dibelakang tasha tu merupakan Bouldering Wall. Tengok tilam dia siap boleh buat baring lagi. ^^

Sebelum nak naik roping wall, tasha cuba dulu naik Bouldering wall. Ini untuk uji tahap kemampuan tasha la. Fuhh, memang agak payah jugak la. 

Roping wall anda sangat memerlukan instruktor nak naik kalau anda merupakan beginner macam tasha. Kalau dah expert, tak payah instruktor pun tak pa. Janji keselamatan kena jaga. 

Pengalaman naik memang sangat mendebarkan sebab tasha memang takut gayat. Awal-awal lagi instruktor dah bagi arahan sebelum dan semasa naik apa yang perlu dilakukan. Masa mula-mula nak naik tu macam susah sikit bagi tasha sebab nak kena cari ruang untuk menapak betul-betul. Batu tu tak semua boleh guna, ada yang kecil. Jadi susah nak pegang atau pijak. Lepas tu bila tangan dan kaki ni mula berpeluh memang akan jadi agak licin. Agak susah nak grip. Banyak kali jugak la tercicir. Tapi tak jatuhke bawah la sebab ada support dari belay. Positifkan diri, kuatkan semangat dan jangan tengok bawah. Alih-alih dah sampai atas dah.

Bayaran di Taman Cabaran Putrajaya

Bayaran masuk RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak/pelajar)
Climbing Rope RM15
Harness RM 5
Climbing Shoes RM 7
Chalk Bag RM 3
Belay Device RM 4

(Bayaran ini hanya untuk 1 sesi/3jam)

Kalau nak jimat pergi la dalam kumpulan. Jadi boleh share barang tu. Diingatkan juga bagi individu yang tiada pengalaman dalam wall climbing ni perlu mendapat bimbingan dari instruktor yang terlatih. Di situ pun ada instruktor ye dan perlukan cas tambahan untuk instruktor. Macam hari tu, kami sudah mempunyai instruktor sendiri. Jadi kami dah tak payah upah instruktor luar. Dah jimat kan. 

Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya

Di buka setiap hari
10am - 8 pm (Isnin, selasa, khamis, ahad)
10am - 10pm (Rabu, Jumaat, Sabtu)
Jumaat tutup 12.30pm-3pm

Contact info

K01, Taman Cabaran Putrajaya,
(Dewan Tembok Mendaki),
Jln. P5, Persint 5, 62200
PUTRAJAYA, MALAYSIA.


Phone:+6 013 4664 363 (Myzy) / +6 017 319 7836 (Muna)
Email: crossmoveadventure@yahoo.com
Follow on: Facebook, Instagram



7 comments:

Mar Mansor said...

good info

nuyui a.k.a miss YUI said...

bestnya aktviti cmni..

alia farhan Said said...

Berani nya tasha...
Akak gayat....
Huhu

husna zahidi said...

menaariknya.. semester nih xtaw nak p uji daya ketahanan kat mana.. xdak destinasi lg.. huhuhu..

YieN said...

Dulu time muda mudi teringin sangat nak wall climbing ni, tp skrg dah anak 2 ni mmg x bernafsu betul, haha~~

timm bill said...

bestnya! nak pi na pi!

Dunia Zumal said...

Wah bestnya, kat Perlis wall climbing tak ada setinggi tu ^-^

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata