4 Jenis Kawan Yang Harus Kamu Hati-Hati



4 Jenis Kawan Yang Harus Kamu Hati-Hati | Persahabatan terjalin apabila kita dan seseorang itu sedia menerima untuk mengenali sesama sendiri dan akan membantu jika mempunyai waktu dan kemampuan. Ada yang berkawan dari sejak kecil, ada juga yang berkawan dari sejak sekolah, Universiti, tempat kerja dan secara rambang.

Setiap kawan yang kita perolehi membawa karakter yang berbeza. Sedar tak  dalam banyak-banyak kawan kamu miliki itu, salah sorang mesti ada perangai yang kurang kurang menyenangkan. Sekali gus, menyebabkan persahabatan kamu itu tidak seronok seperti kawan yang lain. Terdapat empat jenis kawan yang harus kamu hati-hati. 

Hati -Hati Dengan Orang Yang Tidak Menghargai

Setiap kali berjanji dia selalu lambat, malah kadang-kadang dia batalkan perjanjian itu tanpa memberi alasan yang kukuh dan jelas. Kawan seperti ini hanya mencari kamu jika perlu tetapi apabila kamu memerlukan seseorang, dia pula hilang entah kemana. Orang seperti ini terlalu memerlukan pengikut atau 'pak turut', bukan sahabat yang seperti kamu fikirkan.

Hati -Hati Dengan Orang Yang Kaki 'Pau'

Pasti ramai mempunyai kawan seperti ini, yang sering meminta atau meminjam sesuatu dari kita tetapi terlupa untuk kembalikan semula. Jika kamu mempunyai kawan seperti ini, kamu harus berhati-hati agar kamu tidak mengalami masalah terutama masalah kewangan.

Apabila kamu memberi sesuatu kepada si dia walaupun bagi kamu hanya pinjaman atau sementara tetapi apabila kamu mahukan semula, pelbagai alasan akan diberi olehnya. Dan lama kelamaan, si dia pun terlupa untuk kembalikan apa yang kamu pernah beri dahulu. Berhati-hati!

Hati -Hati Dengan Orang Yang Suka Mengarah

Ramai yang tidak suka diarah dan paksa untuk melakukan sesuatu. Tetapi, kamu pasti akan mempunyai kawan seperti ini yang suka mengarah atau asyik dia sahaja berkelakuan seperti 'ketua' yang semua perlu mengikut apa yang dia kata, bukan?

Orang seperti ini kamu harus bersifat keras dan tegas. Jangan terlalu mengikut kehendaknya. Barangkali kamu pasti akan menanggung risiko apabila mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak ingini.

Hati -Hati Dengan Orang Yang Psiko

Dengar pada nama sahaja kamu sudah tahu ia tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kamu untuk menjalinkan persahabatan dengannya. Selalunya orang seperti ini akan menggunakan kamu semata-mata untuk cover kerjanya atau perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepadanya sahaja.

Cara permintaannya sangat manis dan pandai berlakon di depan kamu agar permintaannya mudah tercapai. Dia ternyata menyusahkan kamu dan membuatkan kamu tidak boleh menolak permintaannya kerana takut dianggap bukan kawan lagi.

credit : remaja


6 comments:

Nurul Baidurah said...

erhm..nurul pernah kena dengan orang yang suka mengarah..time landskap lah paling nurul tak suka sebab masa tu nurul asyik2 kena suruh ambil barang itu ambil barang ini...last-last..nurul jadi berani dengan orang yang macam ni...nurul tak nak ikut apa yang dia suruh..menyusahkan beb...!!

Eeca Shyaa said...

yang jenis tak makan nasi tapi makan kawan tak termasuk dalam list ke hihihih :P

Pha Is said...

nk kawan kena memilih. bukan nk kawan dengan yg okay je, yg tak okay kita buang...cuma berhati-hati dengan org yg macam tu.....

lokman amirul said...

kena pandai pilih kawan.

aRz MoHa said...

dalam hidup kita pasti akan berjumpa dengan semua jenis kawan-kawan ini. malah bila di tempat kerja pun akan jumpa...

husna zahidi said...

prinsip husna plak jenis berkawan je dgn semua org tp jgn sampai terikut2 perangai negatif dya.. haa!

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata