Kebaikan Air Beras Dalam Kecantikan

air beras


Kebaikan Air Beras Dalam Kecantikan | Sebelum menanak nasi, kamu akan membasuh beras dahulu dengan air sehingga air beras tidak menjadi terlalu warna putih. Air cucian beras itu selalu kamu akan buang kerana kamu fikirkan ia tidak mendatangkan manfaat buat kamu.

Ternyata kamu silap! Terdapat 6 kebaikan air cucian beras boleh digunakan dalam kecantikan. Air beras yang mengandungi pelbagai khasiat tersembunyi yang akan membuat kamu lebih cantik dan jimat dalam mencari produk kecantikan di pusat membeli-belah. 


6 khasiat yang terdapat di dalam air beras 

Warna Kulit

Air cucian beras dapat menghilangkan setiap kotoran dan sebum yang berlebihan yang terdapat pada kulit muka kamu. Cara penggunaannya adalah dengan merendamkan kapas di dalam air cucian beras itu dan lapkan pada kulit muka ada. Jika kamu melakukan ia sebagai rutin, hasilnya kulit wajah kamu akan menjadi lebih lembut dan segar.

Topeng Muka

Selain itu, air cucian beras juga dapat menggantikan topeng muka yang kebanyakkan dijual di premis kecantikan. Cara penggunaannya adalah ambil topeng muka yang sudah tidak pakai atau kain. Rendamkan di dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian letakkan pada wajah kamu dan biarkan selama 15 minit. Kamu akan merasa kesegaran di kulit wajah selepas memakainya.

Pencuci Muka

Air cucian beras selalunya berwarna putih pekat dan ternyata ia mengandungi pelbagai kahsiat di dalamnnya. Kamu boleh menyimpan air cucian beras di dalam botol atau bekas yang sesuai. Ia boleh digunakan sebagai pencuci muka buatan sendiri. Khasiatnya baik untuk mencerahkan kulit muka kamu itu. Kamu akan nampak perbezaannya selepas memakainya secara harian. Ia ternyata lebih selamat daripada produk kosmetik yang sedia ada dan kebanyakkan mengandungi bahan kimia.

Mengecilkan Liang Pori-Pori

Kelebihan menggunakan air cucian beras dalam kecantikan wajah adalah amat baik sekali. Ia dapat mengecil liang pori dan membuatkan kulit wajah kamu lebih segar dan anjal. Cara untuk mengecilkan liang pori ialah rendamkan kapas ke dalam air cucian beras dan lapkan kapas tersebut pada kulit muka. Usap dan urut secara perlahan-lahan setiap kali kamu sapu air cucian beras di muka.

Jerawat

Bukan semua produk kosmetik sesuai dengan kulit wajah kita. Ada produk kosmetik yang akan membuatkan kulit kamu lebih teruk dan hodoh. Ia kerana bahan kimia yang dipakai tidak bersesuaian dengan kulit wajah kamu. Tetapi jangan kamu terkejut bahawa air cucian beras boleh juga menghapuskan jerawat dan jeragat di kulit muka. Air cucian beras ini terbukti dan ternyata dapat menyembuhkan masalah kulit muka secara semula jadi dan lebih cepat.

Pencuci Rambut

Selain pada wajah, air cucian beras juga boleh digunakan sebagai alat pencuci rambut. Dengan air cucian beras ini, ia akan memberi rambut kamu lebih bersinar tanpa memerlukan rawatan yang mahal. Caranya agak mudah, tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan syampu agar bau air cucian beras tidak melekat di rambut.

kredit :Remaja


4 comments:

aRz MoHa said...

info yang menarik mengenai penjagaan kulit muka

Saya Gja said...

suka tips ni. rasa nk simpan air beras sekarang! haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg mcm mcm kegunaan. malas n rjin ja. mls, tu yg buang je. heheh

el said...

wahhhhh pasni kena simpan siap2 air beras tu kat tepi..boleh lah wat treatment muka..thanks sharing ni

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata