Rahsia Tahi Lalat Di Muka


Rahsia Tahi Lalat Di Muka | Assalamualaikum. Siapa ada tahi lalat? Angkat bahu. Cuba perhatikan muka masing-masing di hadapan cermin ataupun tanya ja kawan-kawan. Ada tak tahi lalat di sekitar muka? 

Kalau ada tahi lalat di muka, cuba tengok area mana tahi lalat tu. 

Tahu tak setiap tahi lalat tu melambangkan karakter kita. Betul tak? Kalau nak tahu kena la baca sampai habis.


1# TENGAH DAHI : Orangnya seorang yang degil dan agak keras kepala.

2# TENGAH KENING : Golongan yang kuat berfikir.

3# ATAS KENING : Seorang yang cekal dan tidak mudah berputus asa.

4# TEPI MATA : Jika kamu lelaki, kamu seorang yang sangat gentleman. Jika perempuan, kamu mempunyai karakter lemah-lembut dan seksi.

5# DI KENING : Bertuah, pandai dan bijak. Malah, ada sifat artistik.

6# HIDUNG : Sangat cerewet dan agak sukar untuk di fahami.

7# DAGU : Sangat aktif dan sentiasa bergerak ke sana-sini.

8# BAWAH MATA : Cepat gemuruh dan mudah bimbang.

9# TELINGA : Berpendidikan, tertib dan terjaga perwatakannya.

10# BAWAH BIBIR : Manis dan pemalu orangnya.

11# ATAS BIBIR : Kuat berleter, mempunyai kata-kata yang ‘tajam’ dan kuat memerli.

12# TEPI BIBIR : Bijak menyusun kata dan selalu menggunakan ayat-ayat manis untuk memikat orang.

13# KELOPAK MATA : Kuat bergaduh, selalu ‘panas’ dengan ahli keluarga dan agak garang orangnya.


2 comments:

Anis Khalilah said...

Nice sharing ^^

Siti Nurzafirah said...

tak ingat tahi lalat ada kat mana.. nanti nak cermin balik.. hehe

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata