Selamat Hari Guru 2016 | Guru Pembina Negara Bangsa

bakal cikgu anak awak

Selamat Hari Guru 2016 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Untuk julung kalinya tasha mengucapkan selamat hari guru buat kedua ibu bapa tasha yang merupakan guru pertama yang banyak bersusah payah membesarkan tasha. 

Dan juga buat guru-guru yang pernah mengajar tasha dari tadika sehinggalah pensyarah di UPSI. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dan didikan semua, tasha berjaya berada di tahap ini. Walaupun ada pahit manisnya dalam meniti liku-liku. 

Bila dah lama meninggalkan alam persekolahan, kenangan yang paling manis adalah saat bersama rakan-rakan dan guru-guru. Saat kena denda ramai-ramai, mandi air katak berjemaah, cerita hantu malam-malam, menyanyi tengah malam. Bila dah habis zaman sekolah mana nak cari dah kenangan macam dulu. 

Tak lupa jugak bila ada detik-detik touching dengan cikgu, jatuh bangun cikgu yang selalu bagi semangat dan dorongan. Adakala dipinggirkan cikgu juga yang setia ada memberi sokongan. 

Alhamdulillah, bila semakin dewasa kita semakin mengenal erti kehidupan. Dimana kita boleh bangun bila jatuh sendiri. Kita boleh berjalan sendiri bila tiada yang mengiringi. Dan menjadikan hati lebih kuat dan tabah.

Terima kasih cikgu!
Terima kasih kerana bersusah payah mendidik budak degil ini menjadi seperti sekarang ^^

Tanpa anda semua, tiadalah saya disini. 

Tadika Kemas Kg Selat Bagan Nyior (1997-98)
Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior (dari Pra sekolah 1999-2005)
Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi (2006-2010)
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri (2011-2012)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (sekarang)

Inshaa Allah bakal guru anak-anak anda suatu hari nanti..

Born To Be A Great Teacher.




8 comments:

Ahmad Hasif said...

Waalaikummusalam..
semoga mereka yang telah mendidik kita berada didalam kesejahteraan kesihatan yang baik..

ooo.. dari upsi ye, amik bahagian ape?

Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye

Bina Blog Berkualiti site...

ezyra taharin said...

rindu pula time zaman sekolah

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt hari guru tasha =)

aRz MoHa said...

Selamat hari guru buat tasha bakal cikgu ya...

el said...

selamat hari guru kepada parents tasha

Nurmujahidah Ismail said...

biarlah lambat, selamat hari guru jugak. muja ni lepas dah belajar jdi cikgu, barulah tahu manis pahitnya. huhuu

husna zahidi said...

selamat pagi cikgu! :D

Eintan Nurfuzie said...

orang pulau rupenye

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata