Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri

Tanda Lelaki Serius Menjadikan Anda Sebagai Isteri | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ramai yang nak tahu macam mana tanda lelaki tu serius untuk jadikan anda sebagai isteri. Info yang ada ni merupakan hasil pembacaan tasha sahaja. Setiap orang mungkin tak sama tanda-tandanya. Ada yang lebih suka diamkan diri ketika bercinta, dah kahwin baru nampak sifat-sifat penyayang dia semua tu.

Sentiasa Membimbing

Lelaki itu akan cuba untuk membimbing perempuan tersebut untuk dijadikan muslimah dan bakal ibu yang baik. Lelaki akan membimbing melalui nasihat dan perbuatan.

Pendengar Yang Baik

Sentiasa menjadi pendengar yang baik. Walaupun apa yang dicerita tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, dia akan cuba menasihati apa yang terbaik untuk setiap masalah anda.

Muhasabah Diri Dan Baiki Diri

Untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah yang baik adalah sangat berat. Jadi, lelaki akan cuba untuk muhasabag diri untuk menjadi yang lebih baik.

Tabungan Khas

Kebanyakkan lelaki akan mula buat tabungan khas untuk kahwin. Bukan untuk semasa kahwin sahaja, tetapi untuk selepas kahwin jugak.

Menjaga Kehormatan Pasangan

Lelaki yang mencintai Allah SWT pasti akan menjaga hubungan dengan sebaik mungkin agar tidak berlandaskan nafsu.

Sentiasa Doakan Pasangan

Selalu akan selitkan nama pasangan dalam doa agar menjadi jodoh yang baik untuk rumah tangga yang akan dibina.

Setia

Dia akan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan dan tidak akan memandang wanita lain. Dekat ka jauh ka dia akan sentiasa ingat pasangannya. Kalau jauh pun dia tak akan cari orang lain kalau dia bosan pun. 

Restu

Pastinya dia akan membawa anda untuk berjumpa dengan keluarganya. Restu ni penting dalam mana-mana perhubungan pun. Kalau tak ada restu terutamanya restu ibu bapa, susah nak dapat keberkatan dan kebahagiaan nanti.

Merisik Dan Meminang

Sekiranya lelaki sudah mampu dalam segala aspek, pasti lelaki akan berjumpa dengan keluarga anda untuk merisik dan meminang.



3 comments:

Siti Nurzafirah said...

ehem2... dah nak sampai ke ni?

Siti Yang Menaip said...

dimanakah dia yang serious ini.. tidak kutemu lagi =P

Dulu Lain Sekarang Lain said...

Yg merisik & meminang paling konfem serius. :D

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata