Taktik Scammer Top up

Taktik Scammer Top up | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semakin canggih dan semakin berani manusia mencari rezeki dengan cara yang haram sekarang ni. Tanpa memikirkan penat lelah orang mencari rezeki, dengan sekelip mata sahaja scammer ni habiskan duit.Tasha nak ceritakan pengalaman tasha baru-baru ini yang telah ditipu oleh seseorang. Tasha ada dua akaun topup; dealer 68Topup dan master 69 Topup. Untuk akaun master tasha baru ja upgrade pada 1 september 2016. 

Dalam akaun 68Topup ada RM95 dan akaun 69Topup ada RM85. Jenis tasha kalau modal dah tinggal sikit tak boleh topup baru tasha akan tambah modal balik. 


Ingin membeli Topup Celcom

Pada 2 september 2016 pukul 4.34 am, tasha ada terima satu mesej tanya ada topup celcom tak? Tasha masih tidur masa tu memang tak sedar la.. keesokkannya baru tasha tengok mesej. Tasha tak balas apa-apa lagi sebab nombor tu tiada dalam kenalan tasha.


Menyamar sebagai Helpline Company 69Topup

Pagi yang sama tasha check phone dan terima whatsapp berkaitan 69Topup. Jadi terus tasha fikir tu adalah nombor company bagi 69Topup. Tasha tak tengok pun masa bila whatsapp tu dihantar. Terus laju ja tasha reply. Awalnya chat di whatsapp kemudian sambung di telegram. 



 Kemudian bersambung di telegram. Dah follow step yang di ajar semua. kemudian dia tanya baki dalam akaun. Semua baki dalam akaun RM115. Tasha tambah modal kepada sorang dealer tasha RM30 so, balance ada RM85. Lepas tu dia mintak code yang dapat di telegram untuk pengesahan. hati masa tu macam ragu-ragu, tapi entah macam mana laju ja tangan ni bagi code. Sedar tak sedar dengan code tu dia boleh buka akaun telegram kita. Lepas ja dapat code tu terus dia tak balas. 


Pagi tu tasha nak balik ke kampus dah. Dalam perjalanan tu tasha nak jumpa dealer tasha untuk ajar step jual topup semua. Then tasha pelik bila tengok mesej yang dia dapat modal RM30 yang tasha tranfer kat dia dah tak ada. tasha terus check balance tasha ada RM3 lebih sahaja. Hati masa tu memang dah tak sedap dah. Check akaun 68Topup pun ada RM3 lebih sahaja. 

Tasha whatsapp nombor tu semula tapi tiada respon. Terus tasha check bahagian history untuk tengok ke mana duit tu. Apa yang mengejutkan tasha, duit tu telah dikeluarkan oleh nombor yang sama yang pada awalnya ada topup celcom ke tak. Terus syak yang dia scammer. Tasha tanya member yang jadi master jugak, dia cakap tu scammer. Company hanya ada satu nombor sahaja yang digunakan untuk 68topup dan 69topup. 


Tasha memang bengang gila masa tu. Taip mesej pun dah tak fikir apa-apa. Abaikan kata-kata negatif tasha tu. Time marah masa tu taip pun ikut suka ja.. 

Call family memang dah nangis tak tahu nak buat apa. Member suggest tasha uninstall telegram dulu, kemudian baru install balik. Ni bertujuan untuk sekat dia dari access akaun kita balik. 

Selain dari 69topup, scammer ni menipu jugak agent-agent topup dari company lain.


ni sumber dari Facebook Mohd Sobrie
Assalamualaikum Tuan /Puan

Senarai no hp yang disyaki digunakan oleh scammer top up.Mohon viralkan kepada semua ahli supaya berhati2 apabila berurusan dengan no2 di bawah ini.

1.0194167914
2.0164581024
3.0139773984
4.0139400983
5.0139142031
6.0199762300
7.0145327926
8.0107644899
9.01140318364
10.01140338432
11.01125693057
12.0169014567
13.0173704008
14.0135946807
15..01135323147
16.01115444180
17.0122583416
18.01140232046


 Selain tasha ramai dah yang kena tipu.



Jadi pesanan tasha, tasha belajar dari kesilapan mudah percayakan orang, jadi dengan kesilapan yang tasha dah buat ni tasha harap agar semua agent/dealer dari mana-mana company topup supaya lebih berhati-hati. 

Dapat ja mesej-mesej tanya topup, minta code apa-apa jangan bagi. Tasha harap juga si penipu ni mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Carilah rezeki dengan cara yang halal. Walaupun sesusah dan semiskin mana pun kita jangan sesekali musnahkan rezeki orang lain. 




SENARAI UNIVERSITI AWAM (UA) UNTUK KEMASUKAN SECOND INTAKE (AMBILAN KEDUA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2016/2017



SENARAI UNIVERSITI AWAM (UA) UNTUK KEMASUKAN SECOND INTAKE (AMBILAN KEDUA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF (IJAZAH PERTAMA)
SESI AKADEMIK 2016/2017 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bagi sesiapa yang berminat untuk sambung degree, UA tertentu ada membuat ambilan kedua. So, ingat tarikh-tarikh penting UA yang buat ambilan kedua ni ye. good luck semua...

Abadikan Kenangan Dengan WePrint Machine


Abadikan Kenangan Dengan WePrint Machine | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Zaman sekarang ni semakin kurang orang nak cuci gambar kan. Sebab apa? Sebab malas nak tunggu lama-lama. Jauh. Jadi sekarang dah tak perlu risau sebab dah ada Weprint machine. 


Apa itu WePrint Machine?

WePrint Machine merupakan mesin pencetak gambar berkualiti tinggi hanya perlu diakses oleh aplikasi wechat. Ianya merupakan mesin pencetak segera yang pertama di Malaysia.Gambar pula boleh dicetak di atas pelbagai jenis material seperti  photo paper, magnetic paper atau dicetak terus secara heat transfer atas cover telefon dan button badge.


5 Langkah Mudah Menggunakan WePrint Machine



Pastikan sebelum mencetak anda telah install aplikasi wechat. 
1. Scan QR code dan follow WePrint Machine di Wechat.
2. Pilih negeri dan event ( birthday, wedding etc)
3. Pilih gambar dan dan klik 'Print Photo'
4. Crop gambar ikut kesesuaian anda dan masukkan ID code yang ditunjukkan pada mesin.
5. Gambar anda siap dicetak. ^^


Jana Pendapatan Dengan WePrint Machine

Kebanyakkan WePrint banyak digunakan di pasaraya untuk menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu ianya sangat sesuai untuk peniaga-peniaga yang ingin promote bisnes anda. Sementara menunggu gambar dicetak, weprint akan memaparkan iklan-iklan. Jadi secara tak langsung ia merupakan marketing yang terbaik. 

Selain daripada itu, contohnya ada majlis bertunang, kahwin,birthday atau apa-apa acara, WePrint sangat membantu untuk abadikan kenangan anda. 

Lepas ni kalau anda nampak WePrint Machine di mana-mana pasaraya anda bolehlah menggunakan kupon diskaun ni. Hanya perlu scan QR Code sahaja.


Siapa Pembekal WePrint?

Liberty printing merupakan pembekal WePrint machine yang diimport secara eklusif. Sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar wePrint di kawasan anda, atau berminat untuk menggunakan servis WePrint atau berminat untuk membeli untuk kegunaan sendiri anda bolehlah hubungi maklumat di bawah:


Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
 Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

Contact number: 019-985 8151 (Elaine)
Email: order@libertyprinting.com.my

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)




Dealer 69Topup | Yuran Rendah Untung Tinggi


Dealer 69Topup | Yuran Rendah Untung Tinggi. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Berminat untuk menjadi dealer topup? Anda boleh berjimat dengan topup kepada diri sendiri dan menjana side income dengan topup kepada orang lain. 

Bukan senang nak dapat offer macam ni. Modal rendah sahaja tapi untung tinggi. Tasha nak bagi Offer yuran RM60 sahaja dan modal permulaan sebanyak RM30 akan diberi.

Group bimbingan secara percuma akan diberi. Tasha akan guide dealer sehingga tahu dan faham cara nak topup, tambah modal. 

Ini adalah percent keuntungan yang anda akan dapat..
cara kiranya keuntungan

contoh Topup maxis RM10

4.10/100 x 10

=0.41

anda untung 0.41 sen 
company akan tolak rm9.59 apabila topup rm10

macam tu jugak untuk telco lain..

Sekiranya berminat untuk berjimat dan jual topup boleh sertai Team Tashaqisha
Whatsapp 0136354165 dengan kata kunci "saya berminat menjadi dealer 69Topup"