Taktik Scammer Top up

Taktik Scammer Top up | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Semakin canggih dan semakin berani manusia mencari rezeki dengan cara yang haram sekarang ni. Tanpa memikirkan penat lelah orang mencari rezeki, dengan sekelip mata sahaja scammer ni habiskan duit.Tasha nak ceritakan pengalaman tasha baru-baru ini yang telah ditipu oleh seseorang. Tasha ada dua akaun topup; dealer 68Topup dan master 69 Topup. Untuk akaun master tasha baru ja upgrade pada 1 september 2016. 

Dalam akaun 68Topup ada RM95 dan akaun 69Topup ada RM85. Jenis tasha kalau modal dah tinggal sikit tak boleh topup baru tasha akan tambah modal balik. 


Ingin membeli Topup Celcom

Pada 2 september 2016 pukul 4.34 am, tasha ada terima satu mesej tanya ada topup celcom tak? Tasha masih tidur masa tu memang tak sedar la.. keesokkannya baru tasha tengok mesej. Tasha tak balas apa-apa lagi sebab nombor tu tiada dalam kenalan tasha.


Menyamar sebagai Helpline Company 69Topup

Pagi yang sama tasha check phone dan terima whatsapp berkaitan 69Topup. Jadi terus tasha fikir tu adalah nombor company bagi 69Topup. Tasha tak tengok pun masa bila whatsapp tu dihantar. Terus laju ja tasha reply. Awalnya chat di whatsapp kemudian sambung di telegram. 



 Kemudian bersambung di telegram. Dah follow step yang di ajar semua. kemudian dia tanya baki dalam akaun. Semua baki dalam akaun RM115. Tasha tambah modal kepada sorang dealer tasha RM30 so, balance ada RM85. Lepas tu dia mintak code yang dapat di telegram untuk pengesahan. hati masa tu macam ragu-ragu, tapi entah macam mana laju ja tangan ni bagi code. Sedar tak sedar dengan code tu dia boleh buka akaun telegram kita. Lepas ja dapat code tu terus dia tak balas. 


Pagi tu tasha nak balik ke kampus dah. Dalam perjalanan tu tasha nak jumpa dealer tasha untuk ajar step jual topup semua. Then tasha pelik bila tengok mesej yang dia dapat modal RM30 yang tasha tranfer kat dia dah tak ada. tasha terus check balance tasha ada RM3 lebih sahaja. Hati masa tu memang dah tak sedap dah. Check akaun 68Topup pun ada RM3 lebih sahaja. 

Tasha whatsapp nombor tu semula tapi tiada respon. Terus tasha check bahagian history untuk tengok ke mana duit tu. Apa yang mengejutkan tasha, duit tu telah dikeluarkan oleh nombor yang sama yang pada awalnya ada topup celcom ke tak. Terus syak yang dia scammer. Tasha tanya member yang jadi master jugak, dia cakap tu scammer. Company hanya ada satu nombor sahaja yang digunakan untuk 68topup dan 69topup. 


Tasha memang bengang gila masa tu. Taip mesej pun dah tak fikir apa-apa. Abaikan kata-kata negatif tasha tu. Time marah masa tu taip pun ikut suka ja.. 

Call family memang dah nangis tak tahu nak buat apa. Member suggest tasha uninstall telegram dulu, kemudian baru install balik. Ni bertujuan untuk sekat dia dari access akaun kita balik. 

Selain dari 69topup, scammer ni menipu jugak agent-agent topup dari company lain.


ni sumber dari Facebook Mohd Sobrie
Assalamualaikum Tuan /Puan

Senarai no hp yang disyaki digunakan oleh scammer top up.Mohon viralkan kepada semua ahli supaya berhati2 apabila berurusan dengan no2 di bawah ini.

1.0194167914
2.0164581024
3.0139773984
4.0139400983
5.0139142031
6.0199762300
7.0145327926
8.0107644899
9.01140318364
10.01140338432
11.01125693057
12.0169014567
13.0173704008
14.0135946807
15..01135323147
16.01115444180
17.0122583416
18.01140232046


 Selain tasha ramai dah yang kena tipu.



Jadi pesanan tasha, tasha belajar dari kesilapan mudah percayakan orang, jadi dengan kesilapan yang tasha dah buat ni tasha harap agar semua agent/dealer dari mana-mana company topup supaya lebih berhati-hati. 

Dapat ja mesej-mesej tanya topup, minta code apa-apa jangan bagi. Tasha harap juga si penipu ni mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Carilah rezeki dengan cara yang halal. Walaupun sesusah dan semiskin mana pun kita jangan sesekali musnahkan rezeki orang lain. 




13 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Senang betul dia buat duit.. Manusia skrg dah makin tak waras.. Akak share tau tasha nya entry nie..

Tasha Aqisha said...

boleh akak.. peringatan untuk semua supaya berhati-hati

Ahmad Hasif said...

hurmm benda ni dah lama terjadi duulu lagi.. sebb tu sy dah tak aktif dah jual top up ni.. entah masihh aktif koot akaun sy dulu.. sbb tu pengusaha selalu pesan jgn bg dekat sape2 verification kod hatta jika penguasaha minta pun jangan diberi.. punya la sy punya pengusaha tu jaga security tu.. pengusaha (pengendali servis tu)

husna zahidi said...

teknologi makin bertambah maju, ada saja cara org² mcm ni nak menipu.. smoga kita tidak cepat terpedaya dgn memberi sgala maklumat peribadi..

Nabila Syifa said...

scary mcm2 sekarang ni

lokman amirul said...

lani scammer merata-rata tempat lebih2 lagi sacmmer dari nigeria

cahya hayati said...

Update list no scammer sis..ni yg kc kena sy..
+60199419072
+60199761622

nur sakinah mohd salleh said...

Haii sis...saya nak tanya lepas dia da dpt detect no fon da password tu apa patut kte buat ye lepastu..saya bru je terkena beberapa hari lepas ..erm...Saya da tukar pasword...lepastu sy try tt modal..sje nk tgk msih selamat guna no tu atau tak...tapi hari ni tgk modal saya da hilang lagi...saya btol2 tak tahu mana dia boleh log in ...erm

Tasha Aqisha said...

hi.. sya uninstall telegram..

nur sakinah mohd salleh said...

0199419072
0199761622....no ni la si penipu....
Tasha Aqisha - kalau unistall telegram..lepastu install balik..boleh ke?..walaupun kita da tukar password..

nur sakinah mohd salleh said...

0199419072
0199761622....no ni la si penipu....
Tasha Aqisha - kalau unistall telegram..lepastu install balik..boleh ke?..walaupun kita da tukar password..

Tasha Aqisha said...

ya... inshaa allah boleh...

Unknown said...

pagi nie saya kene tipu jugak...apa patot saya buat?

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata