Pakaian Muslimah Popular

Pakaian Muslimah Popular


Pakaian Muslimah Popular | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini tasha nak kongsi berkaitan fesyen. Seperti mana yang kita tahu fesyen kini sentiasa berubah dari masa ke semasa. Paling ketara sekali dapat dilihat fesyen muslimah dalam kalangan fashionista. 

Dapat dilihat sekarang banyak sangat model-model menggayakan pakaian muslimah. Daripada blouse muslimah, baju kurung, jubah malah sehinggalah ke tudung. Ramai yang berlumba-lumba untuk tidak ketinggalan dalam fesyen muslimah ni. Kalau dulu bagi yang berpakaian muslimah fesyen agak kekampungan atau ketinggalan zaman. Sekarang, fesyen inilah yang menjadi tarikan buat wanita muslimah. Siapa cakap bertudung, menutup aurat tidak boleh berfesyen? Jadi, jom kita tengok 3 jenis pakaian Muslimah popular untuk tahun 2016!

3 Jenis Pakaian Muslimah Popular

Pakaian Muslimah Popular

Baju kurung 

Baju kurung terkini atau baju kurung moden sangat menjadi pilihan ramai. Sekarang terdapat pelbagai jenis rekaan yang lebih menarik, dengan fabrik yang lebih malah ianya cukup versatile untuk digayakan walau ke mana jua terutamanya ke majlis-majlis istimewa seperti kenduri perkahwinan dan majlis makan malam. Selain boleh digayakan untuk ke majlis istimewa, baju kurung turut menjadi pilihan buat pelajar yang ingin ke kuliah. Simple tapi versatile. Bagi yang sudah bekerja baju kurung juga boleh untuk ke pejabat atau majlis formal.

Pakaian Muslimah Popular


Jubah 

Jubah adalah sejenis pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Biasanya jubah dipakai oleh golongan yang lebih berumur, namun sekarang dengan rekaan dan warna yang menarik ianya juga menjadi pilihan remaja dan wanita muda. Jubah ini merupakan pengaruh daripada negara Timur Tengah. Apabila ia mendapat tempat di hati wanita Malaysia, pereka mula mereka jubah yang sesuai dengan trend fesyen masa kini. Kini terdapat pelbagai jenis rekaan jubah yang menarik. 

Pakaian Muslimah Popular

Blouse Muslimah


Pakaian Muslimah moden seperti blouse Muslimah dan Muslimah top yang lain kini menjadi pilihan ramai anak muda dan remaja kerana mudah digayakan serta sesuai dengan trend fesyen Muslimah terkini. Padankan Muslimah blouse atau top bersama dengan seluar yang sesuai untuk style maksima! Biasanya blouse muslimah selalu dipakai untuk aktiviti yang tidak formal atau santai. Namun, ada juga blouse muslimah yang digayakan dengan seluar yang sesuai untuk majlis formal atau ke pejabat.

Jadi mana satu fesyen muslimah pilihan anda?



3 comments:

Nadia Johari said...

cantiknya seluar dengan baju tu

Tasha Aqisha said...

cantikkan.. tergugat tengok..

Elif Putrisari said...

cantik sangat pakaian muslimahnya,
jangan lupa tengok blog saya Model baju gamis modern

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata