RINDU SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pasti kita sudah biasa dengar dengan "Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan". Bagaimana perpisahan itu terjadilah yang akan memberi kesan kepada kita. Andai berpisah hidup pasti sedihnya hanya sementara kerana satu saat pasti bertemu. Namun anda berpisah alam, hanya Allah swt sahaja tahu bagaimana untuk tanggung kesedihan itu. Terutama hilang seseorang yang sangat rapat dengan kita.. Tawanya, guraunya, gelagatnya.. hanya tinggal kenangan.

Saat itu, detik itu bagaikan satu mimpi ngeri dan hanya berharap ianya satu mimpi ngeri. Mainan tidur semata dan hilang bila terjaga. Hebat perancangan Allah. Telah dia bukakan hati kami untuk Sabah pada ketika itu. Dan itulah kali terakhir kami melihat dia. Orang yang selalu penuh dengan senyuman, gelak tawa, masih mampu tersenyum walaupun tidak seperti dulu. Ditahan air mata, namun hati ini tak kuat. 

Rindu! Itu sahaja yang dirasakan saat ini. 
Namun, kita perlu redha. Terima qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk dia. Perancangan Allah itu lebih baik. Daripada dia menanggung siksa di dunia, biarlah dia rehat dan tenang di sana.

Tenanglah sahabat disana.. Satu saat pasti kita bertemu..