Azam Tahun 2017


Azam Tahun 2017 | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Happy New Year guys! Seriously, cepat sangat masa berlalu. Tup tup dah masuk tahun baru. Tak terasa dah hujung tahun. Rasa macam baru semalam ja habis sekolah. Bila dah bertukar tahun ni, umur pun dah bertukar, komitmen pula makin bertambah... In shaa Allah, tahun ni akan cuba kuat untuk hadapi liku-liku 2017. 

Dah start Latihan Mengajar

In Shaa Allah kalau tiada sebarang kekangan awal febuari 2017, Tasha dah start latihan mengajar (LM) di sebuah tadika di Shah Alam. Bersediakah untuk mengajar ni? Masih berfikir lagi. Takut tak mampu nak jalankan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul. 

Bila orang cakap mengajar budak-budak ni senang ja. Bukan macam budak sekolah menengah. Ye Betul. Tapi kena ingat setiap peringkat pengajaran ada cabaran masing-masing. Masa peringkat kanak-kanak ni la guru-guru tadika perlu bertungkus lumus untuk mengajar. Bukan setakat mengajar ABC 123 sahaja. Tapi disinilah sikap dan perlakuan mereka akan terbentuk. 


Azam 2017 tasha

Bila dah masuk tahun baru ni mestilah ada azam baru kan atau azam lama yang belum tercapai lagi.
Untuk tahun ni, tasha berazam untuk terus diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk habiskan degree tasha dengan baik dan cemerlang. Cepatnya masa. Dah nak habis study la.... 

Tasha harap dapat jalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik dengan baik dan diterima baik oleh seluruh warga tadika tersebut. Bila apa yang dipelajari dapat dicurahkan kepada kanak-kanak terasa tidak sia-sia belajar ilmu ni. Ilmu ni bukan ja untuk guru-guru, tapi boleh juga dipelajari oleh ibu bapa. Sebab tu ibu bapa digalakkan ambil parenting class. Fuh, rasa bangga pulak bila kita ada ilmu ni dapatlah aplikasikan ilmu ni untuk anak sendiri nanti. hehe...

Bercuti ke Sabah. Bulan 10 hari tu memang ke sabah. Ziarah kawan. Tetapi masih ada yang belum terlaksana dan akan dilaksanakan pada bulan 8 nanti. Alhamdulillah tiket flight dah beli. Masa Air Asia buat promosi memang kena grab betul la sebelum terlambat. Sempatlah grab tiket flight KL - KK - KL hanya RM20. Murah gila kan... 

In Shaa Allah akan naikkan sedikit status diri. Mungkin. Tapi tu masih dalam perancangan. Doakan yang terbaik ok.

Apa azam baru korang???


4 comments:

Adam said...

Saya tidak pernah ada azam terutama untuk tahun baru. Azam kalau ada pun saya jelemakan dalam tekad dan berusaha untuk kebahagian di sini dan di sana.

Berapa ramai yg membuat azam sejak tahun 2000 masih belum ada yg ditunaikan lagi.

Sekarang saya mula nak berazam. Azam saya sekarang ualah supaya tidak terikut2 macam orang lain yg suka buat dan tinggalkan azam.

Selamat tahun baru.

E'in said...

semoga tercapai azam 2017 :)

IQ = Iez Qis said...

azam tahun ni nak aktif berblog..hihi

aRzMoHa said...

haaaa nanti 2018 2019 dah bekeluarga...ok gurau ja...
kalau dah bekeluarga apa salahnya kan...

semoga dipermudahkan segala urusan tasha

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata