RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-bahannya Kuey Teow Kungfu

Bawang besar 2biji (diblend)
bwg putih 5 ulas (diblend)
cili
udang dan sotong (nak letak ayam pun boleh)
lobak merah, putik jagung, bunga kobis (boleh tambah sayur lain yang korang suka)
Kiub pati ayam knorr satu
sos tiram 2sudu besar
tepung jagung tiga sudu besar (dibancuh dgn air sikit)
kueyteow sebungkus dilerai
telur dua biji

Cara-cara membuat Kuey Teow Kungfu

1) Panaskan minyak suku kuali.pecahkan telur sebiji dalam mangkuk dan pukul. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu tepung jagung yang telah dibancuh . Masukkan kueyteow ikut sukatan seorang makan. Kemudian gaul dengan telur. (tepung jagung memberi keragupan lagi pada kueyteow tu)

2) Bila kuali dah betul-betul panas, masukkan kueyteow dan leperkan sedikit. Goreng sehingga garing. (hati-hati masa terbalikkan kueyteow. Boleh hancur jadinya). Dah masak boleh la angkat.

3) Guna minyak yang sama, tumis bawang yang sudah diblend sehingga naik bau. Boleh masukkan juga cili kalau nak pedas.

4) masukkan udang, sotong dan kacau. Agak-agak udang dan sotong masak, masukkan 2 cawan air, kiub pati ayam dan sos tiram (biar ia mendidih)

5) Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayur. Kalau kurang masin, masukkan garam secukup rasa.

6) Kacau-kacau sedikit dan masukkan bancuhan tepung jagung. (Biarkan dalam seminit dah siap)

7) Last sekali tuangkan kuah ke atas kueyteow tadi dan boleh makan.

*Boleh masukkan sedikit perahan limau kasturi kalau suka.


2 comments:

Amanda Suria said...

Sedapnyaaaaaaa....nanti nak buat jugak la...thanks for the resepi ye..

aRzMoHa said...

kuey teow kungfu suatu masa dahulu pernah menjadi kegemaran...hampir setiap malam asyik nak makan ini saja...

lepas ni boleh masak sendiri sebab dah ada resipi

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata