Picnic Party Yang Simple dan Menarik



Picnic Party Yang Simple dan Menarik | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari tu sebelum tamatnya semester 6, tasha dan kawan-kawan plan la nak buat outdoor party ala-ala picnic gitu. Actually dari sem 1 sampai la sem 6 dorang la housemate tasha (kecuali sem 2). So, nak pergi mana pun memang kami akan keluar sekali. Tak kira la besar mana pun kereta tu, kami akan sumbat 6 orang jugak. Tapi, baru-baru ni kami baru ja kehilangan sahabat kami. Dengan kehilangan tu membuatkan kami lebih menghargai. Miss u Nani... 😢



Lepas ni masing-masing akan praktikal. Semua jauh-jauh. Lama jugak la nak jumpa semula.. Bila ada masa lapang, terus kami plan nak buat picnic party. Kami pilih tema biru putih. Props yang kami guna pun kertas-kertas yang kami dah guna dulu... Kami tak da la upah photographer professional. mintak kawan-kawan je. Lepas tu upah la sikit... hehe.. Walaupun bukan photographer professional, kami puas hati dengan hasil tangkapan beliau.. 

Benda makan kami masak sendiri seperti mee goreng, sosej, nugget, kentang.. simple ja...

Tasha tak nak merapu panjang-panjang, korang just usha gambar then amik la idea untuk buat picnic party dengan kawan-kawan korang ka, birthday party ka.. mesti lagi meriah kan..


Date : 8 Januari 2017Location : Tasik Proton City, Tanjung MalimPhotographer : Harma IsmailTalents: Tasha, Mirah, Iza, Efy, Mun













Then, waktu malam kami ber Shellout di TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant, Slim River. Harga pakej sangat murah kami amik pakej untuk 4 orang makan cuma RM75 sahaja. Just tambah nasi putih satu lagi ja la.. tu pun penat nak habis kan.. sebab lauk dia sangat banyak..

Tasha tahu shellout kat slim river ni pun sebab terbaca kat blog Nazlee.com

Dah dapat idea nak buat outdoor party?? Meh la share dengan tasha pulak..


1 comments:

Nadia Johari said...

menarik party dia..biru semua

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata