Kisah Guru Praktikal

by - March 06, 2017


Kisah Guru Praktikal | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah dah hampir sebulan tasha bergelar sebagai guru praktikal di sebuah tadika swasta di Shah Alam. Mood masih teruja, happy walaupun penat melayan setiap kerenah budak-budak ni. Kalau tak ada budak-budak ni sunyi pulak.

Tasha praktikal selama 4 bulan sahaja (2 bulan di tadika dan 2 bulan di taska). Untuk 2 bulan pertama ni tasha kena mengajar di tadika dulu. Dalam kelas tu ada lebih kurang 16 orang dan macam-macam ragam. Ada yang mengelat tak nak belajar, ada yang slow learner, ada yang suka nangis, ada yang low self esteem.  Dan sebagai guru sabar tu kena letak paling atas sekali. Sebagai pendidik, kita la kena corakkan mereka. Yang mengelat nak belajar, kita buat aktiviti best-best. Yang slow learner kita bimbing sampai dapat. Yang suka nangis kita hiburkan dia. Yang low self esteem kita bina self esteem dia. 

Yes, kalau sebut guru tadika ja mesti orang ingat kita kena lemah lembut selalu. Tak boleh marah, kena manja-manja baru la budak-budak berani dekat dengan kita. Tapi ingat first impression tu penting. First day masuk kelas kena tunjuk jugak muka tegas kita. kadang-kadang budak-budak ni nak uji kita ja. kalau terlalu berlembut, nanti budak-budak ambil kesempatan. Time tu kalau kita marah pun tak kan makan saman. 

So, harap-harap tasha terus kuat untuk mendidik anak bangsa ni. Walaupun hanya seketika. 

Rabu ni dah nak kena observe... seram sejuk ja ni....


You May Also Like

1 comments

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata