Pharmaton® Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda


Pharmaton® Memberi Ganjaran Terhadap Pencapaian Anda
| Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Setiap orang mesti ada azam masing-masing kan. Boleh dilihat ramai sangat nak kurus, nak cantik, nak berjaya.. Dan semestinya setiap azam tu merupakan sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik. Tapi, kalau tak kuat semangat, azam tu sekadar dimulut ja la.. sia-sia. 

Untuk capai semua azam tu, hati kena kental. Sebab tu Pharmaton nak bagi ganjaran kepada sesiapa yang bersemangat untuk capai azam masing-masing. 


Kempen Ganjaran Pencapaian Anda


Pharmaton telah memperkenalkan kempen "Ganjaran Pencapaian Anda" (Reward Your Achievement) yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.


“Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki Pharmaton®- menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahtera an diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cab aran hidup yang mendatang,” kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.


15 orang rakyat Malaysia akan ditaja Pharmaton ® dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. 


Bukan setakat itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton ® , Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta. 

Sherson Lian, yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personfikasi sempurna seorang pengguna Pharmaton ® , komited untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

“Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan disebabkan itu, Pharmaton® ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini,” kata chef selebriti, Sherson Lian. 

Untuk menyertai peraduan “Ganjaran Pencapaian Anda”

1. Dapatkan borang penyertaan di outlet yang menjual pharmaton
2. Isi borang dan kongsikan mengapa anda patut menang... (dalam 30 patah perkataan atau kurang)
3. kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan 

atau

menerusi Whatsapp di talian 017 235 2960. 




Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my

Mengenai Pharmaton ®

Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Pharmaton ® merupakan jenama multivitamin dewasa No. 1 di Malaysia. Kapsul/caplet makanan tambahan semua dalam satu yang menggunakan formulasi Swiss itu mengandungi vitamin dan mineral penting, di samping Ekstrak Ginseng G115® piawai.

Aspek kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® piawai telah diuji dan dikaji dengan teliti menerusi lebih 30 kajian klinikal. Menerusi penstandardan yang ketat, Pharmaton ® memastikan setiap kapsul/caplet mengandungi kuantiti ramuan yang tepat dan sama. Gabungan Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin serta mineral penting diuji secara klinikal untuk mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan dengan pengambilan 1 kapsul sehari.


2 comments:

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata