Resepi Pilihan | Resepi Cheesy Wedges

Nak Tahu Cara Paling Senang Dan Cepat Untuk Buat Cheesy Wedges Sendiri? Guna Resipi Ini!

Bahan-bahan untuk buat wedges: 

- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Minyak

Bahan-bahan untuk buat sos cheesy:

- 3 sudu besar mentega
- 250 ml susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Pewarna kuning (jika mahu)

Cara-cara Untuk Buat Cheesy Wedges: 

1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges.
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges.
3. Goreng.
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega.
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan.
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati.
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul.
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.



Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anum Abdullah
AUTHOR
March 10, 2017 at 12:31 AM delete

wah...senang nya nak buat...

Reply
avatar
March 10, 2017 at 11:58 AM delete

nyum suka makan wedges dengan cheese.(^_^)

Reply
avatar

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata EmoticonEmoticon