Contact Lenses Alaf Baru | Bausch + Lomb Biotrue® ONEday


Bausch + Lomb Biotrue® ONEday Lenses | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni ramai sangat yang suka pakai contact lenses. Sebab tu dapat dilihat lambakan contact lenses di pasaran sama ada di kedai cermin mata, di pasar malam, jual secara online. Masing-masing ada sebab yang tersendiri kenapa suka memakai lenses

Bagi yang mempunyai masalah rabun, semestinya menginginkan penglihatan yang jelas tanpa kaca mata. Bagi yang tidak mempunyai masalah rabun, menginginkan daya tarikan di mata.. kan... Jadi bagaimana korang memilih contact lenses yang baik dan selamat?

Tasha kenalkan dengan korang contact lense alaf baru. Sesuai dengan lifestyle di Malaysia. Kenapa tasha cakap sesuai dengan lifestyle di Malaysia? Teruskan membaca ye....

Tapi contact lenses ni untuk yang rabun sahaja ok sebab tidak berwarna. Kalau yang tak rabun pakai jugak yang clear ni tak tau kata apa dah la...

Apa itu Biotrue Oneday lense?


Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan contact lenses pakai buang harian premium. Diilhamkan oleh mata manusia itu sendiri, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel™, satu inovasi yang menggabungkan bahan terbaik daripada Hidrogel konvensional dan Hidrogel silikon.

Biotrue Oneday sesuai dengan Lifestyle Masa Kini


First day pakai lense. Just love it 

Di Malaysia memang tak boleh lari dari jem, kerja pagi, balik petang. Balik pulak sangkut dengan jem. Kalau pakai contact lense yang biasa memang tak boleh pakai lama kan. Last-last timbul masalah lain pada mata. Dengan Biotrue ni dah tak perlu risau kalau korang sangkut dalam jem lama-lama pun, mata korang still terjaga. Contact lense ni jugak boleh dipakai untuk sebarang aktiviti lasak. Pakai masa hiking, cycling, diving pun boleh ok. (Tapi lepas diving terus buka la... ) 

Tasha lebih prefer pakai contact lenses pakai buang. Sebab kalau yang boleh pakai sebulan tu, korang jamin ke korang dah jaga kebersihan lenses tu betul-betul? Sure ke tak terdedah dengan habuk-habuk? Nak jaga mata better pakai sekali dan buang. Tu pendapat dua kupang tasha la..

Biotrue Oneday lense Kelembapan sehingga 16 Jam


Contact lenses ni tak sama dengan contact lenses yang berada di pasaran sekarang. Ia menggunakan hypergel yang direka khas untuk berfungsi seperti mata kita dengan memiliki 78% kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. 

Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sehingga 16 Jam. Kebanyakkan lenses di pasaran hanya boleh pakai lebih kurang 8 jam sahaja. Lebih dari tu akan nampak mata jadi merah sebab mata kekurangan oksigen.

Biotrue Oneday lense Membekalkan Oksigen Mata



Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia, menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. 

Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi.

Sebab tu mata akan jadi merah dan rasa tak selesa dengan contact lenses. Kekurangan oksigen dalam mata jugak akan menyebabkan lenses menjadi kering.

Biotrue oneday lense memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari. 

Biotrue Oneday Menyediakan Perlindungan UV


Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Tapi korang juga dinadihatkan menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.


Bausch + Lomb Jenama Kesihatan Mata Proffesional

Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras mereka termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Re-nu® dan banyak lagi.

Harga Pasaran Biotrue Oneday lenses


Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping contact lenses ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara. 

Contact lenses ni ada power tau. Boleh cover power sampai 900. So, dah boleh letak tepi cermin mata korang yang tebal tu. Pakai ja ni... hehehe

Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.

cepat dapatkan di kedai optik berhampiran anda.


When you know what your eyes truly need, you choose Biotrue, ONEday.



2 comments:

Azhafizah Md Nor said...

dulu masa mula pakai contact lens beli yang daily use ni tapi lps tu tukar pakai yang sebulan tu..tapi untuk pelbagai aktiviti sesuailah guna contact lens jenis pakai buang ni..bausch and lomb memang bagus kualiti sebab fiza guna solution BL :)

Mar Mansor said...

Nice sharing,,saya memang pengguna lens ni

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata