Rumah Sewa Terbakar

by - April 13, 2017


Rumah Sewa Terbakar | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pagi tadi, kawan hantar whatsapp gambar rumah terbakar. Masing-masing berharap tu bukan rumah sewa kami. Terus ja call junior kat UPSI. Lemah jantung bila dia sebut, " aha, rumah kita terbakar..." Dok di tadika tadi pun dah rasa tak tenang ja. 

Actually, tu rumah sewa sem lepas. Masa masuk rumah sewa tu, tasha dengan 2 orang kawan lagi beli macam-macam barang. Kemudahan untuk kami memasak jugak. Dapur gas, tong gas, pinggan mangkuk, blender... Kiranya barang dapur dalam rumah tu 80% milik tasha dengan 2 orang kawan lagi. 


Sebelum habis sem 6 hari tu, kami sempat cari pengganti kami untuk stay kat rumah tu sementara kami praktikal.Di sebabkan barang-barang banyak dalam rumah tu, kami tinggal la bagi diorang guna kejap. Lepas tu ada jugak la barang-barang seperti pakaian, buku-buku, baldi dan bermacam lagi yang kami tinggal termasuklah barang arwah kawan tasha. Plan bulan 8 nanti la nak hantar barang-barang arwah ke rumahnya nanti. 


Bila dapat berita rumah terbakar, macam-macam fikir. Kataya berlaku litar pintas. Macam mana berlaku tu wallahualam... Bahagian dapur habis semua hangus. Alhamdulillah, nasib baik tiada kemalangan jiwa. Cuma tu la, terfikirkan barang-barang... hurm.. Dah la dok jauh sekarang ni... 

Tapi, perancangan Allah swt tu maha hebat. Dia memberi kita dugaan serta masalah, Dia juga yang memberi kita jalan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian semua ni.. Moga hati terus tabah dan redha.





You May Also Like

3 comments

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata