Buzzme Travel Simcard


Buzzme Travel Simcard | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekarang ni semua orang perlukan internet. Pergi mana-mana pun internet benda pertama yang dicari. Kalau pergi luar negara mesti susah nak cari simcard yang ada internet yang murah-murah kan. Asyik travel ke luar negara, banyak jugak simcard yang kita beli. Last-last balik malaysia bukan boleh pakai pun kan.

Baru-baru ni tasha sempat hadir ke majlis pelancaran M8 World Sim, Buzzme World Sim oleh Enabling Asia Tech Sdn. Bhd. (EA). Yang bestnya pasal sim ni pengguna tak perlu risau kalau bil naik melambung bila guna internet di luar negara. Sebab sim ni adalah prepaid sim. Nak guna baru topup. 



Kelebihan Buzzme World Simcard

  • Tempoh sah 1 tahun.
  • 20% baki kredit yang tinggal akan dibawa ke bulan seterusnya.
  • Internet Roaming tanpa had.
  • Tawaran insurans PA (kemalangan peribadi) yang bernilai RM100,000.
  • Tambah nilai melalui sistem atau di 7eleven

5 Cara Mudah Menggunakan Buzzme World Simcard

Buzzme World Simcard ini cuma berharga RM99 ( ada nilai kredit sebanyak RM50). Simcard ini boleh dibeli secara online di website www.m8.com.my , 7-Eleven dan E-Pay (Touch Point). Lepas dah boleh boleh ikut step di bawah ni. 
  1. (Permulaan) – Masukkan simcard Buzzme kedalam handphone anda, sambung kepada Wi-Fi dan muat turun aplikasi M8 World Sim.
  2. (Log Masuk) – Masukkan nombor telefon dan kata laluan yang tertera diatas simcard. Kemudian terus daftarkan butiran peribadi seperti yang diminta. Tunggu sehingga anda menerima SMS dan e-mel.
  3. (Sebelum penerbangan) – Anda boleh melanggan plan mengikut negara yang anda pergi dan bayar menggunakan kad (visa/mastercard/E-pay). 
  4. (Tiba Ke Destinasi) – Boleh log masuk di aplikasi dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus menggunakan internet dari nombor tersebut. 
  5. (Pulang ke negara asal) – Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor talipon asal anda.

Untuk keterangan lanjut

011-34004400 (hotline)
hello@buzzme.com.my (email)


1 comments:

Ahmad Hasif said...

mcm menarik juga ni... quota ia mcm mane?


Jalan-jalan Sini,

Website Tempah Kuih Semperit Enak.

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata