Selamat hari Guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa


Selamat hari Guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Bersempena 16 Mei 2017, tasha nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik. Tak kiralah sama ada mendidik di rumah, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Terima kasih kepad insan-insan yang banyak bersabar mendidik tasha dalam mengenal ABC dan mengenal erti kehidupan. 

Tahun ni ja tak sambut di UPSI, tapi alhamdulillah dapat sambut dengan anak-anak di Tadika tempat tasha praktikal sekarang. 

Tema tahun 2017 sama juga macam tema tahun sebelumnya iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Kenapa tema ini masih dikekalkan? Apa maksud disebalik tema ni?


Maksud Di Sebalik Tema Hari Guru 2017



Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi Guru

Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.


Definisi Pembina

Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.


Definisi Negara Bangsa

Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.
Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Senarai tema hari guru dari tahun 2000 hingga sekarang :-

2016/ 2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

sumber : PKG Tokai

2 comments:

Ucing Kadayan Fan Club said...

Selamat hari guru 2107 (^_^).

Ayue Idris said...

Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

Post a Comment

1) Tinggalkan Jejak, Nasihat, Pandangan, Cadangan, Pengalaman, Soalan...
2) Tinggalkan juga Link Entri Anda untuk Tasha Balas kunjungan
3) Terima Kasih kerana Menjaga Tutur Kata